Pengikut

Isnin, 3 Disember 2012

rasa

Rasa macam nak tutup je blog ni..malas yang amat nak update...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sabtu, 20 Oktober 2012

sukaneka

Sukaneka jam 4.30 ptg. Suka suki je, tiup belon smpai pecah, bawa air dalam straw dan kepit belon. Aku masuk tiup belon sampai pecah. Nak semput aku tiup belon dan takut plak belon pecah padahal aku wajib pecahkan belon..pucat beb! Tapi kumpulan aku menang 2 game dari 3 game.

Published with Blogger-droid v2.0.8

apartment mardi

Dah check in di apartment mardi. Ok la selesa tapi tak tahu berapa harga. Sejukkkkkk pijak pantai...

Published with Blogger-droid v2.0.8

cameron highland

Sampai sudah di cameron highland. Persinggahan pertama di bharat tea. Pastu teruskan perjalanan ke brincang. Makan tengahari. Oiii boleh tahan garang dan kurang ajarnya peniaga kedai pada pelanggan ni brincang food court. Ceittt..! Hangin aku...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Isnin, 15 Oktober 2012

belajar buat nasi tandoori

Khamis lepas belajar buat nasi tandoori ngan pegawai2 yang pergi kursus kejuruteraan makanan. Dalam bahasa pasarnya ala belajar masak2. Tapi sebab rasmi, nama pun kena rasmi la. Skop kursus..masak2 masakan produk berasaskan ternakan.

Idea nak masak kat ofis..ala selalu...kan selalu masak dan makan. Nampaknya bahagian iat. Tak sia2 dpt gak belajar cara nak buat nasi tandoori.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sabtu, 6 Oktober 2012

I love u, stupid!

Oh aku sedang demam novel i love u stupid! Demam dan idola pada wataknya firman dan iris.
Kisah yang lengkap dengan cinta dan kasih sayang. Cinta dan kasih pada islam,tuhan,manusia, keluarga, negara dan alam.
Cukup lengkap..dengan kata-kata nasihat yang cukup banyak. Berbalooooiiii sangat.

Karya kedua melur jelita.

Rasa macam nak peluk tiap2 malam buku ni buat tidur.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Isnin, 17 September 2012

Sarapan dan kek batik

Hari ni ari ketiga cuti..yehayyy sonoknya tapi esok dah keja..tak sonoknya..

Hari kedua cuti bersama suami, dok sama pun bukan selalu dapat bersama-ssma di hari minggu. Jadi hari ni masak nasi lemak utk sarapn sama-sama. Selalu tak sempat nak sarapan bersama-sama, maklumlah dia terpaksa keluar 'menoreh' di awal pagi.

Sebab semalam pegi beli lauk kat pasar borong. Ohhh kegilaan tahap maksimum tgk seafood yang segar2 di awal pagi. Abis borong. Yang tak boleh blah...balik terus stim barang2 seafood bagi makan nti tetap fresh. Eh..ads lagi yang tetinggal belum stim.

Udnag tu terus masak pagi ni buat sambal utk nasi lemak..

Selalu makan nasi lemak beli hari2, sekali sekala kena la buat sendiri utk menajamkan skill dan supaya tak lupa.hehe..

Yang kek tu, kek batik. Aku habiskan biskut merie. Kononya beli sebelum raya haritu nak buat kek lapis. Tapi tak terbuat pun. Nak makan saja macam tu saja mmg tak la orang dlm umah ni. Jadikan kek batik jela, untung2 habis jugak nanti.

Resepi kek batik dari blog kak nani model 80an. Mak hanis zalikha tu Link tak ingat.

Dia punya bahan, seketul mentega di cairkan dalam periuk, masukkan setin susu pekat dan 250gm milo. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan biskut meria tiger. Kacau bagi rata dan masukkan dalam loyang atau caserol.

Published with Blogger-droid v2.0.8
Published with Blogger-droid v2.0.8

Selasa, 4 September 2012

airport

Nak balik kuala lumpur dah. Shopping tak hengat duniaaa. Beg kena cas lebih. Kelam kabut aku tadi. Buka plastik ikat plastik akhirnya tak cukup gak. Nasib baik barang2 sopim kat idaman suri hand carry je. Kalau tak tak tau la bape..

Published with Blogger-droid v2.0.8

Isnin, 3 September 2012

pulau beras basah

Aku tak tau nape dipanggil beras basah masa lepak kat pulau tu takde plak nampak beras. Macam pulau tinggal tapi bersih je.

Ok lepas tgk eagle makan, kami dibawa ke pulau beras basah.

Seronoknya tempah omputeh dan omarab mandi. Kami tengok je selama sejam setengah tu. Diaorg takpe la bukak baju seluar je terus tenjun. Naik sarung balik baju putih nampak segala-galanya bila basah tu..aiyaa melalut plak dah.

Aku sempat gak makan sebungkus nasi lemak yang dibawa lebih sarapan pagi..hohoho...

Published with Blogger-droid v2.0.8

eagle feeding

Lebih kurang sejam di tasik dayang bunting, kami dibawa ke pulau singa utk melihat eagle feeding. Ini jela gambar yang ada dalam tablet. Tak berapa nak clear sangat. Burung pun banyak jgk, ada besar kecik putih dan merah.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tasik Dayang Bunting

Semalam kami ambil pakej island hopping. Kena bayar rm25 seorang. Jadi bertolak la kami ke jeti yang aku tak tau apa namanya. Gambar sekitar tasik dayang bunting.

Kera banyak maaa..hati-hati dengan plastik makanan yang dibawa sebab akan diragut oleh sang kera. Ada plak lera yang mengawan depan-depan orsang..iskkk tak malu langsung.

Masa nak turun dan naik ke tasik dayang bunting tu agak mengah sikit. Tasiknya sedalam 10 meter tak merasa la nak mandi. Mat mat dan minah salleh dan arab jela yang turun mandi.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Ahad, 2 September 2012

jeti kuala perlis

Sekarang tengah menunggu feri jam 9. 30 pagi. Dah lepas sarapan laksa kuala perlis dah ni. Pagi-pagi dah dsntap laksa.

Jeti kuala perlis ni dah lain. Dalam proses renovate. Bilik air pun dah cantik..ala-ala bilik air kat alamanda plak. Ermm aku rasa jeti ni akan dinaiktaraf jeti beraircond kot.

Mujur jgk ambik bas malam adri kelantan, kalau naik bas siang hari entah2 tak sempat nak naik feri kalau sampai lebih dari pukul 7.00 petang.

Published with Blogger-droid v2.0.8

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...