Pengikut

Selasa, 31 Januari 2012

Roti Jala Sambal Sardin

 

kuih & masakan55

Kuih yang berwarna purple ala-ala pink itu adalah roti jala. Menu saat kelaparan waktu malam padahal kul 7.00 petan dah bantai sepinggan nasik. Aiyakkk selalu makan banyak,kan.. abis apa nak dikata dah itu memang kesukaan saya..suka makan!! hahaa…

Makan roti jala dengan sambal sardin. Best! Takyah ada kari..ada sardin pun dah layann.

Ermmm adunan roti jala aku tepung, garam, telur sebiji dan susu cair. Air tu letak ikut kesesuaian la. Aku selalu test kat acuan, agak keluar elok tak menitik satu-satu ataupun tak kuar laju cam air paip tu kira adunan dah ok lerr..

Coconut Ice Blended @ Langkawi

 

DSCN3729

Tetiba teringat pada Coconut Ice Blended kat atas tu masa bercuti kat Langkawi tahun lepas. Sedapnyaaa…kat sini ada jual ke tak ek..

101NIKON1

Aku beli yang special ditambah dengan aiskrim vanilla. Yumm yummm terasa isi kelapa diblend+air kelapa+ais+susu segar dan aiskrimnya. Lemak-lemak manis gituuu..adehhh air  pun nak lemak-lemak jugak ke? Tapi lain rasanya dengan Coconut Shake yang biasa aku makan tu. Yang ni lagi sedap!

DSCN3736

Siang hari tak pasti plak gerai tu buka ke tak. Kami beli pada waktu malam semasa berjalan berdua-duaan menikmati angin malam di tepian Pantai Cenang. Ohh miss the moment..

Isnin, 30 Januari 2012

Kek Pisang Coklat Chip Berkismis

 

Teluk Intan Jan 2012_118

Semalam ingat nak buat nasi dagang pakai beras yang dibeli kat Kelantan masa balik raya puasa tahun lepas. Dari hari ke sehari asyik tangguh je nak buat nasi dagang. Semalam bila buka almari ambik beras..huaaa dah rosaklah. Dah berbubuk pun. Nak tak nak 2 kilo beras nasi dagang terpaksa dihunbam ke tong sampah!!

Teluk Intan Jan 2012_116

Balik dari teluk intan hari tu bwk satu sisir pisang lemak manis. Aku pun jadikan pisang itu sebagai kek. Tapi dah tukar sikit kek pisang yang biasa tu ke lebih moden sikit..cewahh moden konon!.

Ala aku ni kalau bab menukar dan menambah resepi memang suka. Suka try and error. Kek pisang ni aku pakai separuh gula pasir, separuh gula merah memandangkan stok gula dah abis. Aku tambah coklat chip, buah ceri dan buah kismis dalam tu.

Teluk Intan Jan 2012_117

Memang sedap dan lazat sangat. Yela semua barang ada termasuk coklat chip, aku ada tambah sikit coffe emulco dalam 1/2 s/k. Tapi bila dah tambah-tambah ni, kek jadi berderai sikit..aku rasa ia mungkin lebih sesuai diletakkan dalam muffun cup. Alahh resepi pun aku tengok ala-ala muffin gak sebab pakai susu segar lagi.

Resepi asal tak pasti dari blog mana sebab disalin atas kertas. Kertas resepinya pun entah kemana.

Ahad, 29 Januari 2012

Mandi manda @ Kuala Woh

 

Teluk Intan Jan 2012_17

Sambungan dari entry semalam sewaktu berpiknik di Air Terjun Kuala Woh. Entah apa adik beradik tu tengah berbincang di tepi jambatan gantung.

Teluk Intan Jan 2012_18

Saat-saat aku berendam dalam air terjun. Best sangat…airnya sejuk dan deras..

Teluk Intan Jan 2012_112

Dalam taknak datang tu..dia jugak yang beria mandi.

Teluk Intan Jan 2012_110

Apakah yang diusahakan oleh mereka ini. Sungguh tekun sekali.

Teluk Intan Jan 2012_111

Oooooo sedang memacakkan batu-batu. Yang runcing di bawah dan yang besar di atas.

Teluk Intan Jan 2012_114

Lagi batu-batu yang dipacakkan.

Teluk Intan Jan 2012_113

Lagi gambar si dia yang tengah mandi.

Teluk Intan Jan 2012_115

Masing-masing..bila dah puas mandi dan kesejukkan plus kelaparan.

Sabtu, 28 Januari 2012

Hutan Lipur Kuala Woh

 

Teluk Intan Jan 2012_1

Cuti Tahun Baru Cina hari aku balik kampung suami kat Teluk Intan. Tapi puas jenuh kalau dok umah saja. Usaha pujuk memujuk suami ke Teluk Batik akhirnya berjaya jugak dengan sokongan mak mertua dan adik-adik ipar sebagai pelakon pembantu..hehe..

Teluk Intan Jan 2012_11

Pada mulanya sebelum suami setuju ajak nak pergi Teluk Batik je, maklumlah dekat sikit. Bila dah dibagi greenlight, aku pujuk gi tempat jauh sikit itupun atas bantuan keluarga mertua. Akhirnya sampai la kami ke Hutan Lipur Kuala Woh di kaki gunung/bukit Cameron Highland. Lagi 60 KM nak sampai ke Cameron Highland. Dari Teluk Intan plak lebih kurang sejam maklumlah cuti, kereta banyak. Kiri kanan jalan nak ke Air Terjun tu pun dah lalu perkampungan orang asli.

 

Teluk Intan Jan 2012_13

Dah sampai pun.  Papan tanda bernombor tu menunjukkan tapak untuk perkhemahan serta gazebo. Selesa sangat sebab semua lengkap.

Teluk Intan Jan 2012_14

Cantik jugak tempatnya sebab dikelilingi pokok-pokok menghijau.  Boleh rentas jambatan gantun jugak kalau tak gayat. Alah tak gayat la, rendah je. Lagi tinggi masa naik jambatan gantung kat Taman Negara sebab tingginya di puncak pokok.

Teluk Intan Jan 2012_16

Inilah antara adik-adik ipar yang ikut. Baju biru tu mak mertua yang sporting.

Teluk Intan Jan 2012_15

Semua gazebo dah tempat perkelahan dah penuh maklumlah dah tengahari baru sampai. Terpaksa ambil tempat kat ceruk-ceruk batu. Makanan tengahari untuk berkelah pun takde bawak sebab last minute punya plan. Kebuluran betul kami sekadar harapkan bekalan keropok dan kacang yang dibeli di stesyen minyak.

Jumaat, 27 Januari 2012

Cheezy potato ball

 

DSCN7417

beberapa hari yang lepas aku buat bebola sendiri. Aku pakai kentang je. Lepas rebus kentang dan lecek. Aku gaulkan dengan 4 keping daging burger. Campur sedikit Mozarella Cheese dan Cheddar Cheese. Garam aku takde letak dah sebab masa rebus kentang pun dah letak garam, daging burger pun dah masin. Cuma kalau sekali lagi aku buat ni, aku kena tambah tepung la sikit tak bagi pecah bila goreng.

DSCN7413 DSCN7414

Lepas dah gaul rata aku celup dalam telur dan salut dengan serbuk roti. Pastu aku bekukan dan goreng bila nak makan. Tapi sekarang dah habis pun.

Khamis, 26 Januari 2012

Tak selamat

 

DSCN7706

Ini sajalah makan malam aku untuk malam ini..karipap daging dan semug air milo. Karipap tu beli frozen punya ngan sis azilah ab. talib. 35 biji berharga rm17 je..sedap! Kulit kat luar tu memang rangup.

DSCN7705

Ermmm Apa perasaan anda jika duduk dalam umah sendiri pun dah rasa takut dan tak selamat..??

Redah+Pasrah = Seronok jugak…

 

Jumaat lepas kami berdua telah pulang ke kampung tanpa dirancang. Petang jumaat tu siap sopim sakan lauk-pauk kat pasar tani untuk bekalan masak memasak selama 4 hari . Tetiba plak suami bagitau nak balik kampung dia.

Ayaaaiiii .. aku ni kalau tak bersedia dari segi mental dan fizikal memang terasa 50 peratus saje perasaan nak balik tu. Cuba bagitau dari awal mesti aku redha…kalau dah last minute ni terpaksa PASRAH je la.

Mak mertua aku biasanya akan serahkan pada aku hal memasak dan dia plak cuma jadi pembantu je. Macam aku pandai masak je,kan tapi sebab aku tak pandai tu yang buat aku berat tulang. Aku nak masak apa?? Uwaaa..Aku paham la sebab dia takde anak perempuan yang besar, semua anak lelaki bujang kecuali yang paling bongsu sekali.

Dah aku rasa kali ni aku memang rasa menantu paling teruk sekali. Serba malas!! Semua mak mertua yang buatkan..aku tolong sikit-sikit je. Aku janji aku tak buat lagi…taknak la mertua terasa hati..aku plak yang rasa tak sedap hati. Mak mertua macam mak sendiri jugak.

Sebenarnya kali ni takdela rasa teruk sangat macam dulu-dulu sebab aku lupa la adik bongsu suami aku dah anak dara..dah boleh harap untuk tolong masak memasak kat dapur. Rajin plak tu..

2012-01-24 0011Aku tak boleh lupa betul la dengan masakan mertua. Akibat kemalasan aku itu, aku dapat merasa sarapan pagi lempeng kelapa paling sedap in the world. Memang terasa lemak kelapanya..mabelessss. Tapi kari daging tu aku la yang buat..ngehngehngeh.

2012-01-24 001

Tengok…sampai sekarang aku masih terasa kemelelehan air liur bila teringan akan menu diatas.

Rompakan, Tikam dan Kelar

 

Lama tak menulis di sini. Cuti raya cina.. blog saya pun cuti jugak.Tapi tak kisah la update tak update takde sapa yang datang baca pun. Apa nak kisahkan sangat. Saya sebenarnya masih trauma dengan kejadian yang berlaku di blok kuaters saya.

Tentang rompakan dan samun. Kejadian tu berlaku pada pagi selasa lepas. Lebih kurang jam 6.00 pagi atau 6.30 pagi. Mengejutkan, kan? Kejadian berlaku di awal pagi. Selalu kita dengar waktu tengah malam.

Yang saya trauma tu bukan sebab berlaku pada saya tapi berlaku pada rumah yang satu blok dengan saya bezanya cuma aras sahaja. Patutla pagi tu masa tengah tidur bunyi siren yang panjangggggggggg..

Saya tak dapat nak dikir apa yang berlalu tetapi saya hanya menyambung tidur. Itulah orang kita, saya tak kata orang lain..diri saya sendiri pun. Tak kisah dengan hal-hal sekeliling sebab tu la penyamun dan pencuri berleluasa. Diorang fikir dan dah memerhati tempat tersebut takde komuniti kejiranan yang baik.

Perompak tersebut telah mengelar leher dan menikam belakang mangsa. Menakutkan! Perompak tu telah menyamun barang kemas dan wang tunai. Mengikut yang diperkatakan memang Fasa 18R12 dan 18R13 banyak berlaku rompakan dan kecurian motosikal memandangkan tempat tu agak sunyi.

Saya tidur pun tak lena sampai ke pagi. Takut..takut…hanya berserah pada tuhan dan keajaiban Ayat Kursi dan 3 Qul.

Jumaat, 20 Januari 2012

Hari ini hujan lebat sangat,kan?

 

Hari ini hujan lebat sangat,kan?

Pagi tadi syiokkkkkkk tido…jam bunyi pun tak layan. Selalu pegang jugak hp buat snooze kalau taknak bangun lagi.

Tapi tadi, deringan jam henpon suami tu pun buat tak layan (deringan jam dia memang kuat gila. Kalau sekali dengan rasa macam nak hentak je henpon dengan tukul. Mungkin sebab tenggelam dengan bunyi hujan. Menjadi lagu untuk tidur lena plak.

Tapi hati berdetik dalam tidur..nape tak bunyi-bunyi lagi jam ni. Ambik henpon…huaaaaaaaaargggggg dah 7. 16 pagi.

Alamak! Kelam kabut bangun kejut suami lagi. Dah lewat. Dahla pagi ni janji dengan kawan-kawan pejabat nak masak-masak untuk sarapan. Buat nasi berlauk plak tu.

Takpelah lewat pun sebab pagi ni aku tak stress nak ngadap kereta yang sangattttttttttttt banyak kat jalan keluar umah aku depan sekolah tu sebab ada pemandu hari ni. Tambahan lagi hari hujan bertambah-tambah sesak sebab ibubapa hantar sendiri anak-anak diorang.

Apa-apa pun semasa entry ni ditulis, aku tengah kekenyangan makan sarapan pagi serupa makan tengahari sebab makan nasi putih berlaukkan daging masak kicap, telur dadar dan sayur goreng. Homemade lagi…eh silap..officemade!

Khamis, 19 Januari 2012

Sob..sob..perbelanjaan melebihi pendapatan!!

 

Hari ni terlampau kenyang. Rasa sebu je. Pagi tadi bergotong royong masak nasi goreng kat pejabat sebanyak 9 pot untuk sarapan pagi.

Lepas makan nasi dengan menambah..cisss makan untuk sarapan pun siap bertambah kan..pastu gi dengan amanat KP kat dewan .. rasa macam mau baring je kat celah-celah kerusi tu..mengantuk yang amat hasil dari makan 2 pinggan nasi goreng.

Siap dengar amanah..ada makan lagi..ingatkan kuih muih je. Tapi ada nasi lemak!! Kenyang..tapi nak makan jugak! Tak kira! Belasah jela ambik nasi lemak sikit..karipap dan kuih pulut panggang. Air teh plak menambah 2 kali.

Dan hasilnya…sampai sekarang perut kenyang je. Takde tanda-tanda perut meminta makanan. Tengahari dengan senang hatinya meronda ke bangunan KBS untuk mendapatkan hasil sopim untuk hari ni.

Terbeli plak blaus sehelai. Semalam ronda kat jualan di Perbadanan Putrajaya menghasilkan @ terbeli sebotol madu  dari IRAN. Sehari sebelum tu ada gak..beli quran digital berharga RM250. Aku rasa minggu ni aku sangat-sangat boros. Tak masuk lagi dengan bayar yuran ke hari keluarga KESUVET di Gambang Resort dan pendahuluan lawatan puspanita dan ansuran bulanan ke Vietnam.

Sob..sob..perbelanjaan melebihi pendapatan!!

Rabu, 18 Januari 2012

Nasi Serai




Tengahari ni pun masih lagi makan nasi serai dan kari daging semalam punya. Memang masak banyak pun semalam. Cuma hari tambah lauk lagi ayam goreng berempah. Nasi masih ok macam baru masak. Itu la kelebihan beras siam ni. Walaupun dah semalaman masih belum keluar tanda-tanda akan basi. Bukan beras siam beli kat pasaraya tu..tapi memang beras pure thai dalam guni tulisan siam lagi yang aku beli kat kelantan. Pernah jugak beli beras siam di pasaraya tu tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan..nasi lembik, berlekit-lekit dan cepat basi.
Apa nak buat, lepas ni kalau beras kat umah ni nak habis..terpaksa balik kelantan beli kot. Bukannya nak menganaktirikan beras Malaysia..aku makan lorrr…bukan tak makan tapi aku lebih berselera makan dengan beras siam tu sebab dah terbiasa dari kecil. Harga pun bukan murah..5 kilo RM30 tapi berbaloi la dengan kualiti. Kalau nak masak nasi minyak, beriani takyah nak beli beli beras bastmathi dah sebab beras ni pun dah panjang, berderai dan kurang kanji. Tapi kalau beli beras basmathi untuk makan sebagai nasi putih je, tak sedap plak.

Nasi serai ni kali kedua aku cuba buat. Kali pertama kat sini. Kalau dulu aku ketuk-ketuk je tapi kali ni aku blend sebab serai yang ada tak banyak. Kalau ketuk aku risau tak jadi nasi serai sebab tak rasa serai.
  • Aku blend serai, bawang merah, bawang putih.
  • Aku tumis rempah 4 beradik (kulit kayu masis, buah pelaga, ….bla..bla) dengan minyak sapi.
  • Pastu aku masukkan bahan blend. Aku tumis sampai naik bau dan bwng2 garing.
  • Beras aku dah basuh, aku masukkan 1/2 kiub pati ayam dan garam. Bila bahan tumis dah garing aku masukkan dalam rice cooker tu.
Kari tu plak aku pakai daging tetel. Sedap jugak makan daging ni sbb bukannya daging semata-mata tapi ada urat. Makan urat rasa kenyal-kenyal..nyum..nyum. Tapi nak masak tetel tu bukan main lama. Daging tetel tu aku tak rebus asing. Aku renih sekali ngan bahan-bahan rempah.
Aku tumis bawang merah, bawang putih, halia. Pastu masukkan rempah kari daging. Tumis hingga naik garing. Bila dah garing tu aku masukkan tetel dan air asam jawa. Masukkan air beberapa kali dan renih je la atas tu sampai tetel empuk. Kentang pun aku masukkan jugak. Bila dah empuk baru aku masukkan santan, garam,gula dan gula melaka. Tapi kari ni tak manis ye, gula dan gula melaka tu sekadar nak balance kan rasa kari. Apa nak buat, itulah yang aku belajar dari mak aku..kami orang kelantan,kan!
Dalam nasi serai ni aku tak buat acar atau sayur sebab tu aku terus tambah sayur campuran dalam nasi.

Oreo Cheese Cake

 

kuih & masakan54

Tak elok sikit gambar yang ditangkap ni sebab ambik bawah cahaya lampu. tangkap waktu malam.

Kek yang dibuat hari minggu lepas. Resepi kat sini ye dari blog Ummizaihadi. Agak mencabar sikit nak buat kek ni, nak mengadun memang senang tapi nak membakar tu boleh buat sakit jiwa.

Sakit hati betul pakai loyang yang boleh buka tepi tapi kena bakar guna bain marie. RIsau kalau air masuk ke dalam loyang melalui mana-mana ruang yang tak rapat. Tapi kalau loyang aku tu aku rasa memang masuk air pun sebab kek aku lembap je.

Sebenarnya kek ni aku  buat untuk suami aku. Aku buat pun beberapa jam sebelum dia balik Kedah. Tapi bila sampai masa dia nak balik ke kedah. Bila nak potong kek lembik lagi. Aku potong jugak dia hancur @ memang tak keras lagi. Kalau ikutkan memang kena simpan lama dulu dalam peti ais baru boleh dipotong. Ini tak sampai tiga jam lepas masak terus nak potong memang kirim salam laaa..

Tak dapat dia bawak balik kek tu. Dapat bawak balik biskut coklat chip oreo yang aku simpankan untuk dia sebekas. Kek keju oreo ni pun aku simpankan sebekas untuk dia makan bila dia balik hujung minggu ni. Harap-harap masih ok lagi. Seminggu? Boleh ke tahan??

Selasa, 17 Januari 2012

Kaswi

 

kuih & masakan53

Akhirnya menjadi jugak kuih kaswi aku sesuai dengan selera aku. Masa belajar ritu kan belajar dengan orang yang dah tereerrr..tak main dah sukatan. Adjust sendiri je masuk bahan. Takpelah camtu, belajar teknik pun dah ok.

Bila dah balik nak buat sendiri. Aku cuba cari resepi sukatannya untuk kat sini. Tapi tak menjadi. Kali pertama kenyal macam makan getah! Yang tu memang buanglah.

Kali kedua dah sedap dah..balance dia punya rasa..tapi aku nak lagi lembut.

Kali ketiga yang aku buat tu la yang gambar kat atas tu. Itu memang tak main sukat-sukat dah..memang bahan pun campak-campak je. Air tu memang aku letak banyak sangat sebab nak bagi lembut.

DSCN7403

Buat satu loyang. Makan kat umah sikit..selebihnya bekalkan untuk suami aku bawak balik Kedah. Rezeki dia buat balik kaswi, cadangnya nak bagi kek. Nanti akan ku ceritakan di entry lain. Kelapa  pun tinggal sikit je, ini kira tabur je ni dalam bekas..takde golek-golek dalam kelapa dah takut tak cukup.

Isnin, 16 Januari 2012

Pastry daging burger

 

Terasa lama sangat tak mengedik kat sini. Lalu singgah blogwalking je. Nak buat entry sangat malas walaupun berlambak gambar-gambar. Lama aku tak tangkap gambar diri sendiri rupanya. Asyik dok tangkap gambar orang lain dan gambar makanan je.

kuih & masakan52

Eh yeke dah lama tak menggedik..? bukan semalam ada buat entry ke..

Makanan kat atas tu pun makanan untuk orang malas. Aku ni kalau bab makan, ok je telan semua asal sesuai ngan selera. Yang tu pun pakai pastry ready made. Inti aku pakai daging burger..cerai beraikan daging tu. Ek? Cerai berai ke? bahasa baru ye?

Pastu aku ambik daging burger, letakkan atas pastry empat segi tepat tabur mozarella cheese. Aku lupa plak nak letak bawang holland. Aku ni penggemar bawang holland, suka letak banyak-banyak dalam telur dadar, sayur goreng atau apa-apa jela makanan yang bersesuaian. Terasa macam makan ulam plak kalau ada bawang ni banyak-banyak.

Ok..lepas siap tutup buat tiga segi cam kat atas tu. Aku tekan tepi dengan garfu. Kelar kat bahagian atas dan sapu dengan telur kuning.

Bakar dengan suhu 200 darjah celcius dengan 20 hingga 30 minit. Itupun ikut oven masing-masing la.

Bila masak, meleleh-leleh mozzarella cheese..yummyyyyyyy

Ahad, 15 Januari 2012

Tamat Sudah ASST?

 

Dah tamat baca novel Awak Suka Saya Tak? (ASST?). Novel terbaik yang pernah aku  baca. Kisah yang penuh kasih sayang melimpah ruah dalam novel ni memang best sangat. Sampaikan ayat-ayat dalam novel tu terulang-ulang di fikiran aku. Sangat kagum dengan perwatakkan Hilman Yong dan Intan Zulaikha di dalam novel ni.

Novel ni bukan sekadar hanya bacaan ringan..banyak nilai-nilai positif yang boleh kita ambil. Watak-watak yang dicipta oleh penulis memang bercirikan nilai-nilai baik yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Saya rasa saya dah angau dengan kisah cinta Hilman Yong dan Inta Zulaikha. Kalau la saya sendiri yang mengalaminya..alangkah bahagianya. Hehe..tapi takpelah..tak sama macam hilman yong layan intan pun takpelah..asalkan disayang dan dicintai suddehhhhh. Ada ke lelaki dan wanita yang sesempurna itu di dunia ni. Mungkin ada…”dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil”.

Ciri-ciri Hilman Yong yang Berkarisma, menjunjung tinggi agama, budaya dan adat. Sangat menghormati wanita, penuh dengan kasih sayang, sangat memahami, seorang yang sangat sabar, penuh kelembutan dan sangat sopan.  Manakala Intan pula memang sangat-sangat menjaga auratnya dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Ciri-ciri tersebut bukan susah sangat,kan..boleh dipupuk dalam diri. Antara nak dengan tidak aje.

Siapa peminat novel tu memang aku suggest sangat-sangatlah beli buku ni. Memang tak rugi. Banyak nasihat, hadis-hadis nabi dan info-info berguna diselitkan. chewaahhhhhhh…!

Khamis, 12 Januari 2012

Demo Kuih Kaswi

 

Minggu lepas (khamis) aku dan kengkawan kat pejabat belajar buat kuih. Kuih tu untuk dibuat makan selepas majlis bacaan yassin bahagian pada jumaat pagi. Jadi, alang-alang nak buat kuih tu, kita minta la orang yang bertanggungjawab ajarkan sekali. Dan permohonan tersebut diterima dengan senang hati. Belajar free of charge.

2012-01-05 0012 

Ini gambar yang aku tangkap masa demo tu. Daripada simpan aje baik aku tepek kat blog. Antara bahan-bahan yang diperlukan. Air gula melaka, tepung gandum, kapur makan, tepung ubi, daun pandan. Gula pasir sekali ada jugak.

2012-01-05 0013 Cara-cara yang ditunjukkan oleh ‘cikgu’ merangkap makcik, nenek dan cc kat bahagian. Opsss nenek? Abislah aku kena marah kat beliau kalau beliau baca kenyataan ini..ampunkan saya penunggu gua!

2012-01-05 0014 Oleh sebab orang yang berpengalaman yang mengajar. Jadi takde la sukatan. Kena pandai-pandai sendiri la nampaknya nanti bila buat..sob..sob.

2012-01-05 0015 Kena belajar tengok adunan terakhir tu jadi macamna. Itu petua dia samada bahan yang dimasukkan tu cukup ke tak .

2012-01-05 0016

Sedia untuk dikukus.

Tapi aku belum cuba buat lagi. Barang-barang dah beli tadi. Mungkin petang ni atau esok aku buat.

Cara nak buat dah belajar tapi semestinya aku kena cari sukatan bahan-bahan kat internet. Kali pertama nak buat tak reti nak agak sendiri bahan-bahan tu lagi.

Rabu, 11 Januari 2012

Masak dan makan

 

Sejak akhir-akhir ni sangatlah malas nak masak. walaupun hari-hari masak berkuah spt kari, kurma, sup, masak kicap siap tambah lagi lauk goreng-goreng spt aym goreng ke, telur dadar ke tapi satu je yang aku malas. Nak masak sayur!!

Aku akan ambil jalan masukkan sayur terus dalam kari, kurma, sup dan masak kicap. Tapi masukkan sayur yang sesuai la spt carrot. Carrot jela kot yang selamat dalam masakan tersebut selain kentang tapi sebab kentang bukan sayur,kan???? Kalau tak silap aku la sebab kentang jenis karbohidrat. ermm betulkan aku jika silap.

Tiap-tiap malam plak makan nasi sejak akhir-akhir ni…sob;..sob habislah. Kalau tak masak ada budak plak sorang kat umah ni nak makan. Kalau masak, aku pun siap tibai makan sekali..payah aku nak menolak bab makan apalagi kalau dah ada depan mata Smile

Terfikir kejap

 

Dari semalam lagi aku baca kat banyak blog-blog gosip dan bukan blog gosip dok post pasal pergaduhan Rita Rudaini dengan adik iparnya si Zaquan tu. Masing-masing dok berbalas-balas kat twitter..adalah tweet perkara-perkara yang mengaibkan.

Cuma aku terdetik sikit di hati…ada yang copy paste kat blog pasal tweet tweet diorang ni. Pastu  datang plak blogger lain copy paste plak kenyataan tu letak kat blog sendiri. Dah jadi berantai-rantai lak.

Dan..setiap blogger tu bila dah penghujung entry diorang konon-konon bagi nasihat la tak elok berperang kat tweeter sbb menjatuhkan maruah ..mengaibkan diri sendiri dan keluarga.

Tapi aku rasa macam sama je…yang dok copy paste tweet-tweet tu pun membawa ke mengaibkan orang. Apa tak boleh ke kalau kita baca tweet tweet tu, simpan sendiri dan biarkan jela diorang. Jangan nak memperbesarkan hal tu….biarkan diorang selesaikan masalah keluarga diorang sendiri. Tak pasal-pasal plak  kau jadi batu api yang bikin panas pastu menyebarkan plak ke seantero dunia.

Selasa, 10 Januari 2012

Madu

 

madu

Tak perasan pun ada madu luar negara ni kat ofis. Sapa yang bagi pun tak tau. Tersimpan elok di atas kabinet pantry tak berusik. Sapa yang pergi luar negara dan belikan buahtangan madu ni. Rasa macam dah lama  kot sebab dah hampir expired. Ermmm madu ada expired jugak ek? Saya pun tak tau. Saya tak tau juga apa beza madu tualang kat malaysia dengan madu autralia red gum honey ni. Tapi saya rasa orang beli ni dengan harga yang mahal sebab dibeli kat luar negara. Saya berkenankan botolnya kecil, comel dan ada pelekat yang cantik.

Nak try search kejap…

Red Gum  = Redgum (Marri) trees are widespread in the Australian bushland and generally flower each year, usually from February to March producing a light coloured honey with sweet perfumed tones.

Nak berkongsi tips berkenaan madu dari www.gumtreeapiary.com.

  1. · When measuring, dip the spoon in hot water first so the honey slides off easily.
  2. · Use light coloured honey for light coloured cakes, biscuits and stewed fruits.
  3. · Use a darker honey for stronger flavour in gingerbread, chocolates etc.
  4. · Cakes and biscuits made with honey keep longer as honey absorbs and retains moisture.
  5. · Honey helps baked foods stay soft and can improve the texture and flavour.
  6. · Use the same measure when substituting honey for sugar but reduce liquid content by a ¼.
  7. · Always keep the lid on your honey and in a dry place - but not in the fridge.
  8. If your Honey has candied / crystallised, either: Place it in a black bag in direct sun light (the black bag protects the honey from harmful UV rays that would other wise harm your honey).
  9. Or Stand the container of honey in a sink of very warm water.
  10. With either of these methods, periodical stirring of the honey is recommended to return the honey to its natural fluid state.
  11. Please don't microwave your honey, as this will destroy all the natural goodness of your honey.

Tanda

 

Sejak minggu lepas dan hingga hari ni mood memang merundum jatuh ke 0..malas yang amat. Pastu mengantuk kat ofis satu hal. Nak kata tak cukup tido..macam biasa je aku tido. Tapi feel tido tu mungkin berlainan sikit..terbayangkan kisah percintaan Hilman Yong dan Intan Zulaikha yang sangat romantis dan kelakar. Ok tutup bab tu..itu sebenarnya takde kena mengena pun ngan mood saya yang merundum.

Saya sangat penat dan mengantuk. Sebab makan banyak ke apa. Dan juga kerap pening kepala, kerap selesema dan demam. Adakah ini tanda-tanda ketuaan. Saya sebenarnya jarang sangat sakit. Tapi bila selalu sakit jadi tertanya-tanya la plak…hehe.

Orang kata sakit penghapus dosa. Tapi sedar-sedar diri la oiiii sebelum terlambat. Jaga kesihatan sebelum dapat bermacam-macam penyakit yang merbahaya. Minta dijauhkan.

Isnin, 9 Januari 2012

Biskut Coklat Chip Oreo

 

kuih & masakan51

Semalam teringin plak nak makan biskut. Terbayang plak biskut ala-ala famous amos yang glamer itu. Bahan-bahan pun ada, buat sendiri jela. Lagi berbaloi. Rasanya lebih kurang je cuma biskut aku takde kekacang sebab takde stok. Aku dah ubat sikit dari resepi asal tambah oreo yang diblend kasar.

kuih & masakan48

Aku buat separuh dari resepi asal. Hasilnya pun tetap banyak lebihkurang dalam 70-80 biji. Itupun jenuh jugak la nak membakar maklumlah oven kecik. Boleh masuk satu tray je setiap masa dengan 16 biji biskut.

Bahan-bahan;

  • 1 cawan mentega
  • 3 cawan tepung gandum (aku pakai tepung naik sendiri sebab tepung gandum dah habis)
  • 1 s/k baking soda
  • 1 1/2 cawan gula.
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 2 cawan oreo yang diblend kasar.
  • coklat chip (sukatan ikut suka, aku pakai chip hitam dan chip putih)
  • 1 s/k garam halus
  • 2 biji telur.
  • 1 s/k baking powder
  • 1 s/k esen vanilla.
  • Kekacang – tak letak pun takpe.

kuih & masakan49

Cara-cara;

  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Tambah telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati.
  • Tambahkan tepung, serbuk koko, garam, baking powder dan baking soda.
  • Kemudian masukkan oreo, coklat chip hitam dan coklat chip putih.
  • Gaul sebati.
  • Lepas tu bentukkan bulat-bulat diatas dulang pembakar yang disapu majerin dan kertas serap minyak. Letak dalam jarak 1 hingga 2 inci sebab biskut ni kembang dan jadi besar.

kuih & masakan50

Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 30 minit. Dah masak, sejukkan sebelum disimpan.

Ahad, 8 Januari 2012

Spagetti Carbonara.

 

kuih & masakan47

Memang nampak tak menyelerakan tapi boleh tahan sedap gak. Nampak kering sikit sebab aku tak cedok kuah banyak sangat kat dlm pinggan aku lagipun aku gaul semua sekali bila dah masak sos.

Kali pertama aku cuba buat sendiri spagetti sos cabonara ni. Takde pakai sos ready made dalam tin. Buatnya pun tak susah pun.

Sebenarnya ini makanan makanm malam hari apa ntah. Tapi aku ingat masa ni aku memang takde mood nak buat apa-apa entry bila blog lama hilang. Saat tu kemurungan melanda.

Kalau pagi ni aku buat nasi goreng je. Tengahari tak tau lagi sebab sekarang tengah bakar biskut. Biskut apa? Biskut Famous Amos ataupun Oreo ataupun Biskut Coklat Chip Oreo. Ayoo penat jugak nak tunggu semua biskut dibakar maklumklah oven kecik je. Sekali masuk cuma satu tray je.

kuih & masakan44

Bebola ayam untuk spagetti ni pun aku buat sendiri jugak. Ayam kisar+garam+lada sulah+sedikit tepung diadun sebati. Asas mengentel bebola tu aku ingat masa tengok demo dari usahawan IAT anjuran bahagian aku masa MAHA kalau tak silap tahun 2007 dulu. Buat bebola tanpa mesin. Keluarkan adunan tu dari celahan antara ibu jari dan jari telunjuk, pastu tarik ngan ngan sudu. Memang payah nak cerita sebab kena tunjuk. Bila dah buat bulat-bulat aku rebus sampai masak.

kuih & masakan45

Sos putih plak aku tumis bawang putih dan bawang besar dengan mentega. Masukkan sedikt tepung, kacau hingga melekat di kuali. Masukkan susu segar dan sedikit air. Masukkan bebola ayam, garam dan serbuk oregano. Aku tambah cheddar cheese dan Mozarella cheese sikit. Kacau hingga pekat. Boleh la kot..ala-ala. Kalau tak sama yang sebenarnya pun yang penting selera masing-masing dapat terima.

Sabtu, 7 Januari 2012

Novel Awak Suka Saya Tak?

 

Sumber gambar.

Saya rasa Novel Awak Suka Saya Tak? macam ‘fenomena’ plak sekarang kepada peminat-peminat novel. Sana sini dok bercerita novel ni. Mula-mula saya nampak kat kedai buku, saya hanya pandang sebelah mata saja. Rasa taknak beli. Hati saya berkata ishhh tebalnya..mahal plak tu..RM35.00. Saya cuma takut beli mahal-mahal bila baca akan mengecewakan saya. Bila baca sinopsis kat belakang novel tengok nama Hilman Yong..ermm aku kureng sikit kalau ada watak bangsa asing ni..takut takde feel nak bayangkan bila baca..haha..maklumlah lelaki cina yang bukan idola saya sbb saya rasa tak hensem bila bermata sepet. Saya suka lelaki yang bermata bulat. Hahaaa…nak baca buku pun cerewet gila. Lagi satu aku suka baca novel yang ‘berilmu’..yang mempunyai pengajaran dan bimbingan kepada pembaca bukan sekadar cerita cinta yang ‘kosong’.

Ok..bila saya dapat cerita atau review yang positif mengenai novel ni melalui blog-blog lain selain blog Melur Jelita sendiri yang saya follow, carta buku terlaris di beberapa buah kedai buku   saya tak teragak-agak nak dapatkan jugak.

Ini kot yang dibayangkan sebagai Hilman Yong.

Dengan watak Hilman Yong, lelaki mualaf yang digambarkan seperti pelakon Korea yang kacak tu..maksudnya takde rupa lelaki cina yang tulen sebab Hilman Yong dah dicampurkan dengan darah Cina, Korea dan Amerika tapi ditulis watak peribadi berdasarkan akhlak nabi kita. .

Novel ni sangat sangat best sampaikan saya rasa saya tak boleh nak tidur malam bila baca novel ni. Terasa nak baca lagi..lagi nak tau cerita seterusnya. Saya teringat kata-kata penulis yang mungkin tak terdapat kisah romantik dalam novel ni tapi penuh dengan kasih sayang. Novel ni buat saya tersenyum dan ketawa sendiri sebab ada part yang kelakar.

Sebenarnya saya belum habis lagi baca novel ni lagi baru mukasurt 346 daripada 1056 mukasurat. Novel yang penuh mesej contohnya bila Intan menasihati Lily mengenai cinta yang kita boleh ambill juga untuk panduan kita sebagai pembaca;

“Cinta hanya untuk Allah SWT. Kalau untuk manusia, hanya sayang saja. Tetapi ada yang tak puas hati. Baginya cinta sesama manusia boleh asalkan berdasarkan cinta kepada Allah SWT. well, whatever la asalkan tahu menjaga diri dan terus diikat dengan tali penikahan yang suci. Tak perlu berlama-lama bercinta dan kenal hati budi. Dah serasi dan suka, terus nikah aje tak usah banyak cerita.”

Dan ini pula dinasihatkan Intan kepada Lilysecara halus memandangkan Lily mencintai Azad dan hanya bertepuk sebelah tangan lagipun Intan tahu bahawa Azad tu buaya darat sedangkan Lily tak tahu..tapi dalam novel ni disebutkan sebagai buaya karat.

“Syarat pertama dalam bercinta dan dicintai Lily harus mencintai Allah dan Rasul. Seterusnya mencintai ibubapa dan diri sendiri. Pilih lelaki yang mencintai Allah. Seterusnya mencintai dengan setulus hati, tanpa apa-apa alasan. Tidak akan jatuh cinta dengannya selagi dia tidak melafazkan cinta. Jangan jatuh cinta dengannya selagi tidak yakin dia mencintai dan jujur dengan Lily. Jangan mengikat diri dengannya selagi dia bukan suami yang sah. Never ever biarkan diri terpesona dan hanyut dalam keasyikan cinta bersamanya.”

Cara penulis berdakwah kepada pembaca melalui Hilman Yong dan Intan Zulaikha melalui perbualan biasa mereka contohnya mengenai cinta dan romantik..kata hilman pada intan..

“Ya, kerana cinta itu bukan untuk manusia saja, seperti Intan dan saya. Cinta dan perasaan romantik itu paling utama kepada Allah. Kalau tidak kerana cinta dan romantiknya perasaan Baginda SAW terhadap Allah, tidaklah Baginda bersusah payah bangun malam berqiamullail sedangkan baginda sudah dijamin di syurga. Sudah diberi berbagai-bagai janji oleh Allah. Tidakkah Baginda SAW meragui Allah? Tidak sama sekali. Tetapi Baginda terus beribadat dan beramal kerana kecintaan Baginda SAW yang tinggi kepada Allah. Cinta Rasul dan Nabi kepada ALlah sangat tinggi maqamnya. Tak tercapai oleh kita, manusia biasa."

Dan banyak lagi la..saya malas nak salin. Lagipun hak cipta terpelihara. Kena baca sendiri novel ni dari awal sebab memang best.

 

.

102NIKON

Lagi satu banyak perkara dan istilah mengenai sukan berkuda diselitkan kat sini kerana kuda kerana minat Hilman Yong.

102NIKON1

Dibayangkan Hilman Yong kacak dengan t-SHirt POLO, cermin mata hitam dan bertopi menaiki kuda dan ketika bersukan Polo. Suka berkuda, sukan golongan elit. Rumah Hilman Yong yang diceritakan tu pun buat aku ‘wooowwww’.

Nampak cam gedik dan gatal plak aku bercerita pasal kekacakkan Hilman Yong kat enty sini. Entah-entah ada yang nak termuntah kot. Jangan salah faham..aku cuma obses pada novel AWAK SUKA SAYA TAK ? je ek..

 

di tampal juga pada blog Melur Jelita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...