Pengikut

Rabu, 4 Januari 2012

Bicara Hati

 

DSCN7356

Baru jam 8.30 malam mata dah ala-ala kuyu dah. Ni mesti gara-gara makan malam dengan nasi lemak. Tapi cepat-cepat naik dok atas sofa..kalau melayankan baring kat depan tv berselimutkan toto tu sahih hanyut sampai pagi esok kot.

Malam ni rasa nak makan nasi lemak plak. Kalau beli payah betul nak jumpa sambal yang betul-betul kena ngan selera. Alaa yang sendiri buat pun belum tentu sedap tapi takpelah sebab sesuai ngan selera sendiri. Orang cakap tak sedap pun tapi kita makan sedap kat tekak kita.

Oleh sebab ikan bilis dah abis, aku buat sambal terung jela. Cuma aku gorengkan terung tu asinng. Sambal tetap bahan cam biasa buat sambal untuk nasi lemak iaitu cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan mesti ada. Letak asam jawa sikit dan letak bawang besar banyak-banyak. Tang banyak bawang tu susah yang nak cari. Letak bawang banyak sedap la sambal ada rasa-rasa manis bukannya manis gula..

Perap ayam tapi malas plak nak goreng. Makan sambal terung ngan telur rebus jela. Postpone pagi esok la buat sarapan ayam dah diperap tu.

Sape tengok drama Bicara Hati semalam kat astro? Drama yang diadaptasi dari novel paling digemari, disukai dan sayangi. Baca ulangkali pun tak puas. Cuma kalau tengok drama ni tak puas sebab dah tergambar lakon layar masa baca novel. Tengok drama kena ikut 100% apa yang pengarah drama tu bagi..kalau baca novel tu kita diberi peluang mengarah sendiri cerita tu ikut citarasa kita..ahakksss

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...