Pengikut

Isnin, 9 Januari 2012

Biskut Coklat Chip Oreo

 

kuih & masakan51

Semalam teringin plak nak makan biskut. Terbayang plak biskut ala-ala famous amos yang glamer itu. Bahan-bahan pun ada, buat sendiri jela. Lagi berbaloi. Rasanya lebih kurang je cuma biskut aku takde kekacang sebab takde stok. Aku dah ubat sikit dari resepi asal tambah oreo yang diblend kasar.

kuih & masakan48

Aku buat separuh dari resepi asal. Hasilnya pun tetap banyak lebihkurang dalam 70-80 biji. Itupun jenuh jugak la nak membakar maklumlah oven kecik. Boleh masuk satu tray je setiap masa dengan 16 biji biskut.

Bahan-bahan;

  • 1 cawan mentega
  • 3 cawan tepung gandum (aku pakai tepung naik sendiri sebab tepung gandum dah habis)
  • 1 s/k baking soda
  • 1 1/2 cawan gula.
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 2 cawan oreo yang diblend kasar.
  • coklat chip (sukatan ikut suka, aku pakai chip hitam dan chip putih)
  • 1 s/k garam halus
  • 2 biji telur.
  • 1 s/k baking powder
  • 1 s/k esen vanilla.
  • Kekacang – tak letak pun takpe.

kuih & masakan49

Cara-cara;

  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Tambah telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati.
  • Tambahkan tepung, serbuk koko, garam, baking powder dan baking soda.
  • Kemudian masukkan oreo, coklat chip hitam dan coklat chip putih.
  • Gaul sebati.
  • Lepas tu bentukkan bulat-bulat diatas dulang pembakar yang disapu majerin dan kertas serap minyak. Letak dalam jarak 1 hingga 2 inci sebab biskut ni kembang dan jadi besar.

kuih & masakan50

Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 30 minit. Dah masak, sejukkan sebelum disimpan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...