Pengikut

Khamis, 12 Januari 2012

Demo Kuih Kaswi

 

Minggu lepas (khamis) aku dan kengkawan kat pejabat belajar buat kuih. Kuih tu untuk dibuat makan selepas majlis bacaan yassin bahagian pada jumaat pagi. Jadi, alang-alang nak buat kuih tu, kita minta la orang yang bertanggungjawab ajarkan sekali. Dan permohonan tersebut diterima dengan senang hati. Belajar free of charge.

2012-01-05 0012 

Ini gambar yang aku tangkap masa demo tu. Daripada simpan aje baik aku tepek kat blog. Antara bahan-bahan yang diperlukan. Air gula melaka, tepung gandum, kapur makan, tepung ubi, daun pandan. Gula pasir sekali ada jugak.

2012-01-05 0013 Cara-cara yang ditunjukkan oleh ‘cikgu’ merangkap makcik, nenek dan cc kat bahagian. Opsss nenek? Abislah aku kena marah kat beliau kalau beliau baca kenyataan ini..ampunkan saya penunggu gua!

2012-01-05 0014 Oleh sebab orang yang berpengalaman yang mengajar. Jadi takde la sukatan. Kena pandai-pandai sendiri la nampaknya nanti bila buat..sob..sob.

2012-01-05 0015 Kena belajar tengok adunan terakhir tu jadi macamna. Itu petua dia samada bahan yang dimasukkan tu cukup ke tak .

2012-01-05 0016

Sedia untuk dikukus.

Tapi aku belum cuba buat lagi. Barang-barang dah beli tadi. Mungkin petang ni atau esok aku buat.

Cara nak buat dah belajar tapi semestinya aku kena cari sukatan bahan-bahan kat internet. Kali pertama nak buat tak reti nak agak sendiri bahan-bahan tu lagi.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...