Pengikut

Jumaat, 20 Januari 2012

Hari ini hujan lebat sangat,kan?

 

Hari ini hujan lebat sangat,kan?

Pagi tadi syiokkkkkkk tido…jam bunyi pun tak layan. Selalu pegang jugak hp buat snooze kalau taknak bangun lagi.

Tapi tadi, deringan jam henpon suami tu pun buat tak layan (deringan jam dia memang kuat gila. Kalau sekali dengan rasa macam nak hentak je henpon dengan tukul. Mungkin sebab tenggelam dengan bunyi hujan. Menjadi lagu untuk tidur lena plak.

Tapi hati berdetik dalam tidur..nape tak bunyi-bunyi lagi jam ni. Ambik henpon…huaaaaaaaaargggggg dah 7. 16 pagi.

Alamak! Kelam kabut bangun kejut suami lagi. Dah lewat. Dahla pagi ni janji dengan kawan-kawan pejabat nak masak-masak untuk sarapan. Buat nasi berlauk plak tu.

Takpelah lewat pun sebab pagi ni aku tak stress nak ngadap kereta yang sangattttttttttttt banyak kat jalan keluar umah aku depan sekolah tu sebab ada pemandu hari ni. Tambahan lagi hari hujan bertambah-tambah sesak sebab ibubapa hantar sendiri anak-anak diorang.

Apa-apa pun semasa entry ni ditulis, aku tengah kekenyangan makan sarapan pagi serupa makan tengahari sebab makan nasi putih berlaukkan daging masak kicap, telur dadar dan sayur goreng. Homemade lagi…eh silap..officemade!

2 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

sokmo macam tu kalau si suami ada hehe

Bila Hati Azwani Berbicara berkata...

penatla...huahuahuaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...