Pengikut

Isnin, 30 Januari 2012

Kek Pisang Coklat Chip Berkismis

 

Teluk Intan Jan 2012_118

Semalam ingat nak buat nasi dagang pakai beras yang dibeli kat Kelantan masa balik raya puasa tahun lepas. Dari hari ke sehari asyik tangguh je nak buat nasi dagang. Semalam bila buka almari ambik beras..huaaa dah rosaklah. Dah berbubuk pun. Nak tak nak 2 kilo beras nasi dagang terpaksa dihunbam ke tong sampah!!

Teluk Intan Jan 2012_116

Balik dari teluk intan hari tu bwk satu sisir pisang lemak manis. Aku pun jadikan pisang itu sebagai kek. Tapi dah tukar sikit kek pisang yang biasa tu ke lebih moden sikit..cewahh moden konon!.

Ala aku ni kalau bab menukar dan menambah resepi memang suka. Suka try and error. Kek pisang ni aku pakai separuh gula pasir, separuh gula merah memandangkan stok gula dah abis. Aku tambah coklat chip, buah ceri dan buah kismis dalam tu.

Teluk Intan Jan 2012_117

Memang sedap dan lazat sangat. Yela semua barang ada termasuk coklat chip, aku ada tambah sikit coffe emulco dalam 1/2 s/k. Tapi bila dah tambah-tambah ni, kek jadi berderai sikit..aku rasa ia mungkin lebih sesuai diletakkan dalam muffun cup. Alahh resepi pun aku tengok ala-ala muffin gak sebab pakai susu segar lagi.

Resepi asal tak pasti dari blog mana sebab disalin atas kertas. Kertas resepinya pun entah kemana.

1 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

hari tu balik kampung mak aku buat kek pisang mcm ni la sedapp tapi xletak kismis apa la ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...