Pengikut

Khamis, 5 Januari 2012

Kentang Putar a.k.a Kentang Lenyek

 

kuih & masakan41

Petang ni terasa nak makan kentang putar plak memandangkan bahan pun ada. Lagipun dalam proses nak perabihkan susu segar yang ada sikit lagi kt dalam peti ais. Laaa apa susah minum jela perabih! Hahaaa kalau boleh minum camtu bagi perabih dah lama dah aku minum tapi susu segar lain aku takleh minum kecuali susu segar HL je yang tekak aku boleh telan.

Kentang pun ada 3 biji lagi. Ambil sikit untuk buat kurma ayam dan selebihnya aku rebus la untuk buat kentang putar ni.

DSCN7361

Untuk kentang lenyek;

  • Bila dah rebus aku lenyek. Lepas lenyek aku letak satu sudu besar mentega, garam, lada sulah, sedikit lada hitam tumbuk dan susu segar. Kacau sebati.

Untuk sos;

  1. 3 sudu besar mentega aku masukkan dalam kuali. Pastu letak bawang besar dadu aku campak dalam kuali. Tumis dua bahan tu.
  2. Pastu aku letak dua sudu tepung gandum, aku goreng lagi sampaiii..tak melekat pada kuali.
  3. Aku masukkan 2 cawan air, lada hitam tumbuk, setenngah kiub pati ayam dan sedikit garam. Kacau hingga pekat dan likat.
  4. Untuk bagi warna cantik ala ala brown, aku letak kicap dua tiga titik.

Oklah,kan sedap jugak dan boleh makan sepuas-puasnya bila buat sendiri. Lepas makan aku dah rasa kenyang, rasa macam dah takleh masuk nasi. Tiba-tiba tengah melayankan tengok tv, harumnya bau kurma ayam campur kentang dan carrot yang dimakan oleh seorang budak tu. Cisss menggoda aku untuk makan nasi plak. sabar..sabarrrr..setakat ni masih boleh bertahan lagi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...