Pengikut

Sabtu, 7 Januari 2012

Novel Awak Suka Saya Tak?

 

Sumber gambar.

Saya rasa Novel Awak Suka Saya Tak? macam ‘fenomena’ plak sekarang kepada peminat-peminat novel. Sana sini dok bercerita novel ni. Mula-mula saya nampak kat kedai buku, saya hanya pandang sebelah mata saja. Rasa taknak beli. Hati saya berkata ishhh tebalnya..mahal plak tu..RM35.00. Saya cuma takut beli mahal-mahal bila baca akan mengecewakan saya. Bila baca sinopsis kat belakang novel tengok nama Hilman Yong..ermm aku kureng sikit kalau ada watak bangsa asing ni..takut takde feel nak bayangkan bila baca..haha..maklumlah lelaki cina yang bukan idola saya sbb saya rasa tak hensem bila bermata sepet. Saya suka lelaki yang bermata bulat. Hahaaa…nak baca buku pun cerewet gila. Lagi satu aku suka baca novel yang ‘berilmu’..yang mempunyai pengajaran dan bimbingan kepada pembaca bukan sekadar cerita cinta yang ‘kosong’.

Ok..bila saya dapat cerita atau review yang positif mengenai novel ni melalui blog-blog lain selain blog Melur Jelita sendiri yang saya follow, carta buku terlaris di beberapa buah kedai buku   saya tak teragak-agak nak dapatkan jugak.

Ini kot yang dibayangkan sebagai Hilman Yong.

Dengan watak Hilman Yong, lelaki mualaf yang digambarkan seperti pelakon Korea yang kacak tu..maksudnya takde rupa lelaki cina yang tulen sebab Hilman Yong dah dicampurkan dengan darah Cina, Korea dan Amerika tapi ditulis watak peribadi berdasarkan akhlak nabi kita. .

Novel ni sangat sangat best sampaikan saya rasa saya tak boleh nak tidur malam bila baca novel ni. Terasa nak baca lagi..lagi nak tau cerita seterusnya. Saya teringat kata-kata penulis yang mungkin tak terdapat kisah romantik dalam novel ni tapi penuh dengan kasih sayang. Novel ni buat saya tersenyum dan ketawa sendiri sebab ada part yang kelakar.

Sebenarnya saya belum habis lagi baca novel ni lagi baru mukasurt 346 daripada 1056 mukasurat. Novel yang penuh mesej contohnya bila Intan menasihati Lily mengenai cinta yang kita boleh ambill juga untuk panduan kita sebagai pembaca;

“Cinta hanya untuk Allah SWT. Kalau untuk manusia, hanya sayang saja. Tetapi ada yang tak puas hati. Baginya cinta sesama manusia boleh asalkan berdasarkan cinta kepada Allah SWT. well, whatever la asalkan tahu menjaga diri dan terus diikat dengan tali penikahan yang suci. Tak perlu berlama-lama bercinta dan kenal hati budi. Dah serasi dan suka, terus nikah aje tak usah banyak cerita.”

Dan ini pula dinasihatkan Intan kepada Lilysecara halus memandangkan Lily mencintai Azad dan hanya bertepuk sebelah tangan lagipun Intan tahu bahawa Azad tu buaya darat sedangkan Lily tak tahu..tapi dalam novel ni disebutkan sebagai buaya karat.

“Syarat pertama dalam bercinta dan dicintai Lily harus mencintai Allah dan Rasul. Seterusnya mencintai ibubapa dan diri sendiri. Pilih lelaki yang mencintai Allah. Seterusnya mencintai dengan setulus hati, tanpa apa-apa alasan. Tidak akan jatuh cinta dengannya selagi dia tidak melafazkan cinta. Jangan jatuh cinta dengannya selagi tidak yakin dia mencintai dan jujur dengan Lily. Jangan mengikat diri dengannya selagi dia bukan suami yang sah. Never ever biarkan diri terpesona dan hanyut dalam keasyikan cinta bersamanya.”

Cara penulis berdakwah kepada pembaca melalui Hilman Yong dan Intan Zulaikha melalui perbualan biasa mereka contohnya mengenai cinta dan romantik..kata hilman pada intan..

“Ya, kerana cinta itu bukan untuk manusia saja, seperti Intan dan saya. Cinta dan perasaan romantik itu paling utama kepada Allah. Kalau tidak kerana cinta dan romantiknya perasaan Baginda SAW terhadap Allah, tidaklah Baginda bersusah payah bangun malam berqiamullail sedangkan baginda sudah dijamin di syurga. Sudah diberi berbagai-bagai janji oleh Allah. Tidakkah Baginda SAW meragui Allah? Tidak sama sekali. Tetapi Baginda terus beribadat dan beramal kerana kecintaan Baginda SAW yang tinggi kepada Allah. Cinta Rasul dan Nabi kepada ALlah sangat tinggi maqamnya. Tak tercapai oleh kita, manusia biasa."

Dan banyak lagi la..saya malas nak salin. Lagipun hak cipta terpelihara. Kena baca sendiri novel ni dari awal sebab memang best.

 

.

102NIKON

Lagi satu banyak perkara dan istilah mengenai sukan berkuda diselitkan kat sini kerana kuda kerana minat Hilman Yong.

102NIKON1

Dibayangkan Hilman Yong kacak dengan t-SHirt POLO, cermin mata hitam dan bertopi menaiki kuda dan ketika bersukan Polo. Suka berkuda, sukan golongan elit. Rumah Hilman Yong yang diceritakan tu pun buat aku ‘wooowwww’.

Nampak cam gedik dan gatal plak aku bercerita pasal kekacakkan Hilman Yong kat enty sini. Entah-entah ada yang nak termuntah kot. Jangan salah faham..aku cuma obses pada novel AWAK SUKA SAYA TAK ? je ek..

 

di tampal juga pada blog Melur Jelita

1 ulasan:

Melur Jelita berkata...

Salam Azwani jelita,
terimakasih kerana sudi menulis mengenai ASST.
DENGAN KASIH SAYANG ALLAH TIADA YANG MUSTAHIL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...