Pengikut

Rabu, 18 Januari 2012

Oreo Cheese Cake

 

kuih & masakan54

Tak elok sikit gambar yang ditangkap ni sebab ambik bawah cahaya lampu. tangkap waktu malam.

Kek yang dibuat hari minggu lepas. Resepi kat sini ye dari blog Ummizaihadi. Agak mencabar sikit nak buat kek ni, nak mengadun memang senang tapi nak membakar tu boleh buat sakit jiwa.

Sakit hati betul pakai loyang yang boleh buka tepi tapi kena bakar guna bain marie. RIsau kalau air masuk ke dalam loyang melalui mana-mana ruang yang tak rapat. Tapi kalau loyang aku tu aku rasa memang masuk air pun sebab kek aku lembap je.

Sebenarnya kek ni aku  buat untuk suami aku. Aku buat pun beberapa jam sebelum dia balik Kedah. Tapi bila sampai masa dia nak balik ke kedah. Bila nak potong kek lembik lagi. Aku potong jugak dia hancur @ memang tak keras lagi. Kalau ikutkan memang kena simpan lama dulu dalam peti ais baru boleh dipotong. Ini tak sampai tiga jam lepas masak terus nak potong memang kirim salam laaa..

Tak dapat dia bawak balik kek tu. Dapat bawak balik biskut coklat chip oreo yang aku simpankan untuk dia sebekas. Kek keju oreo ni pun aku simpankan sebekas untuk dia makan bila dia balik hujung minggu ni. Harap-harap masih ok lagi. Seminggu? Boleh ke tahan??

1 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

apsal garfu hang tu terkankang??? apalah yang dicocoknya tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...