Pengikut

Isnin, 16 Januari 2012

Pastry daging burger

 

Terasa lama sangat tak mengedik kat sini. Lalu singgah blogwalking je. Nak buat entry sangat malas walaupun berlambak gambar-gambar. Lama aku tak tangkap gambar diri sendiri rupanya. Asyik dok tangkap gambar orang lain dan gambar makanan je.

kuih & masakan52

Eh yeke dah lama tak menggedik..? bukan semalam ada buat entry ke..

Makanan kat atas tu pun makanan untuk orang malas. Aku ni kalau bab makan, ok je telan semua asal sesuai ngan selera. Yang tu pun pakai pastry ready made. Inti aku pakai daging burger..cerai beraikan daging tu. Ek? Cerai berai ke? bahasa baru ye?

Pastu aku ambik daging burger, letakkan atas pastry empat segi tepat tabur mozarella cheese. Aku lupa plak nak letak bawang holland. Aku ni penggemar bawang holland, suka letak banyak-banyak dalam telur dadar, sayur goreng atau apa-apa jela makanan yang bersesuaian. Terasa macam makan ulam plak kalau ada bawang ni banyak-banyak.

Ok..lepas siap tutup buat tiga segi cam kat atas tu. Aku tekan tepi dengan garfu. Kelar kat bahagian atas dan sapu dengan telur kuning.

Bakar dengan suhu 200 darjah celcius dengan 20 hingga 30 minit. Itupun ikut oven masing-masing la.

Bila masak, meleleh-leleh mozzarella cheese..yummyyyyyyy

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...