Pengikut

Khamis, 26 Januari 2012

Redah+Pasrah = Seronok jugak…

 

Jumaat lepas kami berdua telah pulang ke kampung tanpa dirancang. Petang jumaat tu siap sopim sakan lauk-pauk kat pasar tani untuk bekalan masak memasak selama 4 hari . Tetiba plak suami bagitau nak balik kampung dia.

Ayaaaiiii .. aku ni kalau tak bersedia dari segi mental dan fizikal memang terasa 50 peratus saje perasaan nak balik tu. Cuba bagitau dari awal mesti aku redha…kalau dah last minute ni terpaksa PASRAH je la.

Mak mertua aku biasanya akan serahkan pada aku hal memasak dan dia plak cuma jadi pembantu je. Macam aku pandai masak je,kan tapi sebab aku tak pandai tu yang buat aku berat tulang. Aku nak masak apa?? Uwaaa..Aku paham la sebab dia takde anak perempuan yang besar, semua anak lelaki bujang kecuali yang paling bongsu sekali.

Dah aku rasa kali ni aku memang rasa menantu paling teruk sekali. Serba malas!! Semua mak mertua yang buatkan..aku tolong sikit-sikit je. Aku janji aku tak buat lagi…taknak la mertua terasa hati..aku plak yang rasa tak sedap hati. Mak mertua macam mak sendiri jugak.

Sebenarnya kali ni takdela rasa teruk sangat macam dulu-dulu sebab aku lupa la adik bongsu suami aku dah anak dara..dah boleh harap untuk tolong masak memasak kat dapur. Rajin plak tu..

2012-01-24 0011Aku tak boleh lupa betul la dengan masakan mertua. Akibat kemalasan aku itu, aku dapat merasa sarapan pagi lempeng kelapa paling sedap in the world. Memang terasa lemak kelapanya..mabelessss. Tapi kari daging tu aku la yang buat..ngehngehngeh.

2012-01-24 001

Tengok…sampai sekarang aku masih terasa kemelelehan air liur bila teringan akan menu diatas.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...