Pengikut

Khamis, 26 Januari 2012

Rompakan, Tikam dan Kelar

 

Lama tak menulis di sini. Cuti raya cina.. blog saya pun cuti jugak.Tapi tak kisah la update tak update takde sapa yang datang baca pun. Apa nak kisahkan sangat. Saya sebenarnya masih trauma dengan kejadian yang berlaku di blok kuaters saya.

Tentang rompakan dan samun. Kejadian tu berlaku pada pagi selasa lepas. Lebih kurang jam 6.00 pagi atau 6.30 pagi. Mengejutkan, kan? Kejadian berlaku di awal pagi. Selalu kita dengar waktu tengah malam.

Yang saya trauma tu bukan sebab berlaku pada saya tapi berlaku pada rumah yang satu blok dengan saya bezanya cuma aras sahaja. Patutla pagi tu masa tengah tidur bunyi siren yang panjangggggggggg..

Saya tak dapat nak dikir apa yang berlalu tetapi saya hanya menyambung tidur. Itulah orang kita, saya tak kata orang lain..diri saya sendiri pun. Tak kisah dengan hal-hal sekeliling sebab tu la penyamun dan pencuri berleluasa. Diorang fikir dan dah memerhati tempat tersebut takde komuniti kejiranan yang baik.

Perompak tersebut telah mengelar leher dan menikam belakang mangsa. Menakutkan! Perompak tu telah menyamun barang kemas dan wang tunai. Mengikut yang diperkatakan memang Fasa 18R12 dan 18R13 banyak berlaku rompakan dan kecurian motosikal memandangkan tempat tu agak sunyi.

Saya tidur pun tak lena sampai ke pagi. Takut..takut…hanya berserah pada tuhan dan keajaiban Ayat Kursi dan 3 Qul.

1 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

yakinlah dengan ayat suci Al-Quran tiada kuasa lain yang boleh menandingiNya..

sapa suruh hang ber"dikir" plak ni hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...