Pengikut

Ahad, 8 Januari 2012

Spagetti Carbonara.

 

kuih & masakan47

Memang nampak tak menyelerakan tapi boleh tahan sedap gak. Nampak kering sikit sebab aku tak cedok kuah banyak sangat kat dlm pinggan aku lagipun aku gaul semua sekali bila dah masak sos.

Kali pertama aku cuba buat sendiri spagetti sos cabonara ni. Takde pakai sos ready made dalam tin. Buatnya pun tak susah pun.

Sebenarnya ini makanan makanm malam hari apa ntah. Tapi aku ingat masa ni aku memang takde mood nak buat apa-apa entry bila blog lama hilang. Saat tu kemurungan melanda.

Kalau pagi ni aku buat nasi goreng je. Tengahari tak tau lagi sebab sekarang tengah bakar biskut. Biskut apa? Biskut Famous Amos ataupun Oreo ataupun Biskut Coklat Chip Oreo. Ayoo penat jugak nak tunggu semua biskut dibakar maklumklah oven kecik je. Sekali masuk cuma satu tray je.

kuih & masakan44

Bebola ayam untuk spagetti ni pun aku buat sendiri jugak. Ayam kisar+garam+lada sulah+sedikit tepung diadun sebati. Asas mengentel bebola tu aku ingat masa tengok demo dari usahawan IAT anjuran bahagian aku masa MAHA kalau tak silap tahun 2007 dulu. Buat bebola tanpa mesin. Keluarkan adunan tu dari celahan antara ibu jari dan jari telunjuk, pastu tarik ngan ngan sudu. Memang payah nak cerita sebab kena tunjuk. Bila dah buat bulat-bulat aku rebus sampai masak.

kuih & masakan45

Sos putih plak aku tumis bawang putih dan bawang besar dengan mentega. Masukkan sedikt tepung, kacau hingga melekat di kuali. Masukkan susu segar dan sedikit air. Masukkan bebola ayam, garam dan serbuk oregano. Aku tambah cheddar cheese dan Mozarella cheese sikit. Kacau hingga pekat. Boleh la kot..ala-ala. Kalau tak sama yang sebenarnya pun yang penting selera masing-masing dapat terima.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...