Pengikut

Ahad, 15 Januari 2012

Tamat Sudah ASST?

 

Dah tamat baca novel Awak Suka Saya Tak? (ASST?). Novel terbaik yang pernah aku  baca. Kisah yang penuh kasih sayang melimpah ruah dalam novel ni memang best sangat. Sampaikan ayat-ayat dalam novel tu terulang-ulang di fikiran aku. Sangat kagum dengan perwatakkan Hilman Yong dan Intan Zulaikha di dalam novel ni.

Novel ni bukan sekadar hanya bacaan ringan..banyak nilai-nilai positif yang boleh kita ambil. Watak-watak yang dicipta oleh penulis memang bercirikan nilai-nilai baik yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Saya rasa saya dah angau dengan kisah cinta Hilman Yong dan Inta Zulaikha. Kalau la saya sendiri yang mengalaminya..alangkah bahagianya. Hehe..tapi takpelah..tak sama macam hilman yong layan intan pun takpelah..asalkan disayang dan dicintai suddehhhhh. Ada ke lelaki dan wanita yang sesempurna itu di dunia ni. Mungkin ada…”dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil”.

Ciri-ciri Hilman Yong yang Berkarisma, menjunjung tinggi agama, budaya dan adat. Sangat menghormati wanita, penuh dengan kasih sayang, sangat memahami, seorang yang sangat sabar, penuh kelembutan dan sangat sopan.  Manakala Intan pula memang sangat-sangat menjaga auratnya dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Ciri-ciri tersebut bukan susah sangat,kan..boleh dipupuk dalam diri. Antara nak dengan tidak aje.

Siapa peminat novel tu memang aku suggest sangat-sangatlah beli buku ni. Memang tak rugi. Banyak nasihat, hadis-hadis nabi dan info-info berguna diselitkan. chewaahhhhhhh…!

1 ulasan:

Melur Jelita berkata...

Salam Azwani jelita,
watak Hilman dan Intan tidak sempurna..mereka manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan dan dosa...
Hanya Hilman yang sangat mencintai Islam..dengan cara pemahamannya tersendiri cuba membimbing bakal surinya ke arah jalan Islam.
Di dalam perjalanan hidup itulah..mereka juga tergelincir dan tewas dengan godaan iblis syaitan
Terimakasih kerana menyukai ASST
DENGAN KASIH SAYANG ALLAH TIADA YANG MUSTAHIL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...