Pengikut

Rabu, 18 Januari 2012

Nasi Serai




Tengahari ni pun masih lagi makan nasi serai dan kari daging semalam punya. Memang masak banyak pun semalam. Cuma hari tambah lauk lagi ayam goreng berempah. Nasi masih ok macam baru masak. Itu la kelebihan beras siam ni. Walaupun dah semalaman masih belum keluar tanda-tanda akan basi. Bukan beras siam beli kat pasaraya tu..tapi memang beras pure thai dalam guni tulisan siam lagi yang aku beli kat kelantan. Pernah jugak beli beras siam di pasaraya tu tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan..nasi lembik, berlekit-lekit dan cepat basi.
Apa nak buat, lepas ni kalau beras kat umah ni nak habis..terpaksa balik kelantan beli kot. Bukannya nak menganaktirikan beras Malaysia..aku makan lorrr…bukan tak makan tapi aku lebih berselera makan dengan beras siam tu sebab dah terbiasa dari kecil. Harga pun bukan murah..5 kilo RM30 tapi berbaloi la dengan kualiti. Kalau nak masak nasi minyak, beriani takyah nak beli beli beras bastmathi dah sebab beras ni pun dah panjang, berderai dan kurang kanji. Tapi kalau beli beras basmathi untuk makan sebagai nasi putih je, tak sedap plak.

Nasi serai ni kali kedua aku cuba buat. Kali pertama kat sini. Kalau dulu aku ketuk-ketuk je tapi kali ni aku blend sebab serai yang ada tak banyak. Kalau ketuk aku risau tak jadi nasi serai sebab tak rasa serai.
  • Aku blend serai, bawang merah, bawang putih.
  • Aku tumis rempah 4 beradik (kulit kayu masis, buah pelaga, ….bla..bla) dengan minyak sapi.
  • Pastu aku masukkan bahan blend. Aku tumis sampai naik bau dan bwng2 garing.
  • Beras aku dah basuh, aku masukkan 1/2 kiub pati ayam dan garam. Bila bahan tumis dah garing aku masukkan dalam rice cooker tu.
Kari tu plak aku pakai daging tetel. Sedap jugak makan daging ni sbb bukannya daging semata-mata tapi ada urat. Makan urat rasa kenyal-kenyal..nyum..nyum. Tapi nak masak tetel tu bukan main lama. Daging tetel tu aku tak rebus asing. Aku renih sekali ngan bahan-bahan rempah.
Aku tumis bawang merah, bawang putih, halia. Pastu masukkan rempah kari daging. Tumis hingga naik garing. Bila dah garing tu aku masukkan tetel dan air asam jawa. Masukkan air beberapa kali dan renih je la atas tu sampai tetel empuk. Kentang pun aku masukkan jugak. Bila dah empuk baru aku masukkan santan, garam,gula dan gula melaka. Tapi kari ni tak manis ye, gula dan gula melaka tu sekadar nak balance kan rasa kari. Apa nak buat, itulah yang aku belajar dari mak aku..kami orang kelantan,kan!
Dalam nasi serai ni aku tak buat acar atau sayur sebab tu aku terus tambah sayur campuran dalam nasi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...