Pengikut

Rabu, 4 Januari 2012

Zaman Sekolah

 

Kenyang sesudah menikmati hidangan tengahari. Lauk special tengahari ni daging barbeku dari Thailand. Pengarah yang bawak balik dari audit kat rumah sembelih thailand. Kitorang tadah perut makan aje. Dari pagi sampai ke tengahari hari ni makanan di sponsor oleh Pengarah.

Ooohhh takde la tadah saje…kena goreng jugak sebab daging frozen yang belum masak. Lauk pauk tambahan yang lain kena beli dan nasi pun kena masak.

Tapi yang paling mendapat pujian adalah rempah marinate daging tu la… yang sangat sedap..urmmppppp. Mesti ada orang cakap halal ke? Halalll…laaa

Sedap, manis dan juicy…

Hari ni hari pertama bebudak sekolah memulakan persekolahan sesi 2012. Ermmm teringat zaman sekolah dulu…balik umah tengahari mak dah sediakan masakan yang sedap-sedap. Balik sekolah pun tadah perut je. Letak beg terus makan, tak yah pikir susah-susah nak cari duit atau penat-penat nak masak. Esoknya dan seterusnya ulang rutin yang sama,

Cuma tinggal belajar rajin-rajin je..itu pun malas gak. Jadi orang berguna? Setakat ini je yang aku mampu..tak jadi orang besar dan disegani pun takpe la…yang penting aku tak susahkan keluarga aku dan masyarakat . Hidup dengan cara aku sendiri….

2 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

kita adalah sangat berguna kepada suami kita ;)

Bila Hati Azwani Berbicara berkata...

hahaaaaaa...lain macam je..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...