Pengikut

Rabu, 29 Februari 2012

Kek Karamel yang musnah

 

Buat kek karamel ni memang mencabar sungguh..sangat..sangat…!

Dengan berkobar-kobarnya aku menyiapkan kek karamel…memang sangat cantik adunannya..sangat gebu..dan tak pahit lagi…hohoooohoo

Tapi sebab sikap kurang sabar aku nak cepat pindahkan kek ke atas papan kek selepas sejam siap dibakar memang mendapat padah. Karamel tu masih suam, jadinya…taraaa…pecah-pecah..

Toing…secara automatiknya ia tak laku lagi untuk diniagakan..

Ok…lain kali nak buat apa tindakan tu pakai otak jangan pakai hati…

Ajaib bakar loyang bulat..siap masak kek jadi bentuk empat segi.

kuih & masakan58

Mana yang karamel nampak pecah-pecah kat tepi tu aku potong..jadilah 4 segi. hohoooo takpelah bagi free kat sapa yang tempah tu ok jugak..hehe..sedekah jela..moga murah rezeki lepas ni..hehe..

Kek ni memang sentiasa buat aku berdebar dan takut bila nak membuatnya..takut tak jadilah..macam-macam kemungkinan boleh jadi..dengan merique kalau tak betul tak jadi jugak..

Selasa, 28 Februari 2012

Strawberi

 

Sebelum balik Putrajaya dari Cameron Highland hari tu, aku banyak beli stok buah strawberi. Kononnya stok untuk makan-makan kat umah. Kalau tengok memang berselera la buah tu merah dan manis. Beli dalm 3-4 kotak besar.

Mula-mula sampai hari pertama je makan..selain dibawa ke pejabat. Pastu  hari-hari seterusnya terlupa dah dengan stok buah tu. Bukan apa dah jadi tak sedap dan tak semanis makan kat atas sana. Terasa masannya walaupun yang besar-besar.

Masa kat sana tu yang besar-besar tu boleh tahan manisnya dah aku buat sarapan pagi je.

Sekali hujung minggu yang lepas buka peti, buah dah hampir rosak. Separuh darinya dah aku buang.

DSCN8542 

Separuh lagi dicincang untuk dibuat kek …..gambar kek sebelum dibakar. Selepas dibakar kek tak berapa jadi sebab aku ikut dalam majalah SAJI kena bakar 160 darjah celcius selama 30 minit tapi bila oven berdenting, belum masak lagi. Itupun aku check bila 20 minit selepas itu. Aku naikkan suhu jadi 180 darjah..

DSCN8549 baru masak tapi tak cantik lagi la..dah tak naik lagi la kek aku..jadi bantat dan berderai macam tu. Tapi rasanya memang mantop..sedap..sekejap je habis. Maklumlah campur susu segar dan strawberi segar serta dicampur juga parutan carrot.

jus 

….dan sebahagian lagi dijadikan jus buah strawberi. Jus buah strawberi tu aku blend strawberi, gula, susu segar dan ais.

Tapi tetap sedih dengan strawberi yang kena buang tu. Sob..sob..sob..mahal tu aku beli..hampir RM100 tau..

Isnin, 27 Februari 2012

Roti Sosej (tanpa resepi)

 

2012-02-26 0011

Sejak akhir-akhir ini semakin seronok plak meroti. Bukan tak boleh beli kat kedai. Tapi memang nak makan roti air tangan sendiri serta menambahkan ilmu didada dalam bab-bab meroti ni. Tahu macamna nak buat tapi tak pernah buat pun tak guna gak. Walaupun tak sebaik dan selembut dikedai roti.

Ini adalah hasil dari buku yang aku beli hari tu la CARA MUDAH MEMBUAT ROTI terbitan UTUSAN. Lebih dari 40 jenis roti yang boleh dicuba. Tapi aku pilih mana roti yang aku suka makan je.

2012-02-26 001

ROTI SOSEJ ni aku buat semalam. Aku campak dalam mixer je…suruh mixer yang uli memandangkan tak larat nak menguli dengan tangan tambahan plak takde BREADMAKER. Lepas mesin uli aku biarkan ia kembang sendiri tapi aku keluar ke MYDIN.

Balik umah kerja dah senang, boleh terus capai doh nak mula letak sosej. Kelebihan bila buat roti sendiri ni kita boleh letak bahan inti sebanyak mungkin ikut selera kita. Kalau kat kedai tu limit sikit dan nipis je sosej, tapi takpelah paham la orang meniaga.

Yang ni aku letak sebatang dan potong tebal-tebal. Paipkan sos dan mayonis dengan banyak selain ditaburi serbuk oregano dan daun basil.

Buat ni pun sebagai bekal family aku dalam perjalanan balik kelantan. Boleh la diorang makan bila singgah berehat nanti.

Ahad, 26 Februari 2012

Beli beli dan makan makan

 

DSCN8552

Pagi tadi dalam pukul 10 pagi aku, mak dan adik perempuan aku keluar menghiburkan hati..ececee…abah aku dah awal-awal lagi keluar ke Karnival Wow tu bawak motor.

Tempat pertama kami ke Pesta Buku Islam kat Dewan Cempaka, perbadanan putrajaya. Semua buku-buku dijual adalah buku berunsurkan islam. Lebih dari 100 buah booth. Buku dipamer berusurkan islam tapi aku belik komik dan novel.

Komik tu beli 2 naskhah dapat satu paper bag. RM5.00 je dua naskhah, takdelah komik lama aku ambik yang bulan januari 2012 dan awal februari 2012. Dapat paperbag yang comel.

Novel plak, satu novel berunsur islam dan satu lagi novel yang biasa-biasa je. Less 20%.

Lepas merayau kat pesta buku, kami ke Alamanda plak. Pusing barang seposen dua, balik la kami ambik abah untuk bawa gi makan. Aku bawa diorang makan Nasi Arab kat Restoren Saba’ di Cyberjaya. Merayau jugaklah aku cari jalan sebab lupaaaa..

Ramai sungguh orang hari-hari cuti ni, kalau order tak menunggu selama 20-30 minit memang tak sahla. Tapi memandangkan makanannya sedap..kena tunggu pun tunggu la. Pastu aku order plak untuk bungkus. Bila nak tunggu tu seorang brother tu cop tempat kami. Dahlah belum habis minum lagi. Aku tanya pelayan restoren dah siap belum yang aku order, dia kata lambat lagi kak sebab order banyak. Pastu bro tu mencelah bagitau makanan yang dia order kat sekian-sekian meja hantar kat sini ye (sini tu maksudnya meja yang aku duduk la). Pelayan tu cakap, tapi akan ni tengah tunggu order bungkus dia. Bro tu tunggu je belakang kerusi aku. Pastu siap macam nak menghalau plak. Suh aku tunggu order kat kaunter. Banyak cantikkk. Dahla order dihantar ke meja. Jadinya aku yang tengah menunggu order ni kena bangun berdiri bagi kat dia. Aku buat dekkk je l..lama-lama bro tu lari. Dia sebenarnya dah ada meja pun, saja je tu nak meja yang best sikit kat dalam restoren.

Sekian entry membebel aku kali ni. 

Jumaat, 24 Februari 2012

Bharat Tea Valley

 

Lepas menikmati sarapan pagi di Brincang, kami memulakan perjalanan menjelajah cameron highlands hari kedua dengan melawat ke Ladang Teh. Ladang pilihan kami cuma kat Bharat je. Malas nak nyusahkan abah aku memandu ke Ladang Tea Boh yang jalannya mungkin teruk. Kalau suami aku yang memandu bolehlah demand sikit.. :)

 CM day 23 Bila dah sampai tu kitorang masuk ke kiosk jualan teh.

CM day 24 Membuat pilihan teh..yang warna kuning tu memang pilihan pertama kami. Tea gred satu yang sesuai untuk dibuat teh tarik. Yummm memang sedappp!

CM day 25 Lagi-lagi memilih dan posing dalam kedai.

CM day 26 Antar teh yang paling mahal. Yang ni memang tak beli la. 200gram RM20.00. Aku minum teh yang murah-murah jekkkk…

CM day 27 Pening gakla nak memilih sebab banyak jenis teh..aku ada ambik jugak teh uncang perisa strawberi.

CM day 28 Posing lagi depan bangunan Bharat Tea Plantation.

CM day 29 Lepas tu kita jalan la plak melalui cafe ke ladang. Cafenya lupa plak nak ambik gambar. Mentang-mentang dah sarapan sebelum datang sini. Pandang cafe dengan sebelah mata aje.

CM day 210

Posing di tangga. Sebelum turun ke ladang. Ma aku sementinya tak mau turun bila tengok tangga tinggi. Sayang lutut katannya..hehe..(eh itu aku yang kata)

Alaaaa…sambung letak gambar lagi la lepas ni…picasa crashed plak dahhhhh…!

Sarapan hari-2 di CH

 

Hari kedua di Cameron Highland kami keluar jalan-jalan jauh sikit. Dimulakan dengan bersarapan pagi di Brincang. Food Court yang berhampiran dengan kedai-kedai cenderamata dan baju, berhadapan dengan restoren KFC.

sarap CH

Mula-mula aku order roti tampal..mak abah aku makan nasi lemak lauk telur dan sambal sotong. Belum abis pun roti canai yang aku makan, ada pelayan melintas depan kami dengan megi goreng yang orang order dari meja sebelah kami.

DSCN8122

Mak aiiii teliur la plak…tengok rupa nampak sedap. Aku tolak tepi roti tampal, aku panggil pelayan order maggi goreng jugak..bila makan..memang super duper sedap…! Sotong dalam megi tu bersepah…ada telur hancur..sayur pun banyak gak maklumlah tempat tanam sayur.

CM day 22 CM day 21

Lepas sarapan kami jalan-jalan plak kat kedai-kedai sekitar food court tu. Belek-belek t-shirt, ada gak orang terbeli t-shirt..aku plak beli bantal strawberi yang besar. Ingat nak beli patung bantal strawberi…tapi tunggu dulu la. Banyak masa lagi untuk survey.

Destinasi selepas itu akan bersambung kemudian..

Khamis, 23 Februari 2012

Garlic Bread cicah Mushroom Soup

 

Tengahari tadi balik umah makan tengahari macam biasa…eh macam biasa bila mak ada kat sini balik makan tengahari. Pastu,kan sebabnya semua hidangan dah ada cuma balik ambik pinggan dan cedok makanan…banyak masa terluang sementara nak balik ke pejabat.

Aku pun dengah rajinnya singsing lengan baju dan buat hidangan garlic bread dengan mushroom soup. Ala buat simple-simple dah main campak-campak je.

GB

Garlic Bread tu aku cuma pakai roti gardenia. Sapuannya tu aku tumbuk bawang putih (bawang putih goreng tanpa minyak) campur dengan mentega, sedikit garam dan aku campur sikit daun oregano dan basil kering. Sapu kat roti dan bakar.

Yang sup pun campak-campak je. Aku masukkan air dalam 41/2 cawan, dan masukkan bawang besar cincang dan kiub pati ayam.  Didihkan dan kemudian aku masukkan cendawan butang yang dah dicincang. Lepas tu masukkan dalam 500 ml susu segar +garam secukup rasa  dan 2 atau 3 sudu tepung gandum yang dah dibancuh dengan air (sukatan tu terpulang macamna nak pekat sup tu). Lupa plak aku nak masukkan herba kering omputih tu dalam sup ni.

Jadi, makanlah aku ni garlic bread dan mushroom soup di tengahari rembang..

Rabu, 22 Februari 2012

Ladang Strawberi

 

Cameron Highlands1

Lepas check in je kat RPP kami bertiga keluar menuju ke ladang strawberi yang berada di hadapan RPP. Jalan kaki je tapi penat sikit la…rasa macam jantung mengepam dengan laju sebab kawasan berbukit. Nak keluar ke pagar utama jalan menaik plak.

Cameron Highlands2

Masa masuk ke dalam, buah baru dipetik tapi tak tau trip petikan yang ke berapa untuk hari tu. Banyak betul..geram tengok buah besar-besar dan merah. Harganya murah plak tu. Kalau ikut harga tu beli 2 dapat 1 kotak kecil tapi hari tu aku beli beli 2 kotak besar dapat 2 kotak kecil.

Cameron Highlands3

Antara produk-produk hasilan strawberi yang dijual disitu.

Cameron HighlandsCameron Highlands5Cameron Highlands6

Lepas beli strawberi tu kami bergedik keliling kebun strawberi macam hindustan dok bergambar ngan buah. Nampak cam jakun ngan buah strawberi pun ya jgk.

Cameron Highlands7

Tapi pada hari pertama tu aku cuma beli 2 kotak strawberi aje buat makan dalam bilik. Nak balik Putrajaya nanti beli la lagi. Kebetulan aku memang bawa coklat nutella dari rumah..memang mencicah ngan strawberi la. Malam strawberi, nak tido strawberi dan sarapan pun ngan strawberi..nyummnyummm..

Selasa, 21 Februari 2012

Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands

 

DSCN8082

Yeayyy akhirnya kami sampai ke Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland. Tempatnya berhampiran dengan Brincang walaupun ikutkan alamat kat Tanah Rata. RPP ni dengan Brincang lagi dekat Brincang dari Tanah Rata.

 

DSCN8009

Ada signboard arah ke RPP ni..masuk ke dalam dan naik bukit. Phewww boleh tahan tinggi dan curamnya tapi memang suasananya cantiklah…atas bukittt..kannnnn. Satu jalan untuk ke Healty Strawberry Park..strawberry park tu depan RPP ni je. Kami ke situ pun menapak je.

DSCN8010

Aku tempah bilik biasa je sebab apartment memang penuh. Plan asal nak gi dengan suami je tu yang tak kisah dapat bilik biasa. Last minute husband tak dapat ikut, jadi aku bawak la family. Boleh lerr diorang jalan-jalan sekali sebab memang bilik pun dah siap bayar.

DSCN8011   

Kat atas tu la bilik biasa. Mula-mula pergi tu, ada  rasa berdebar gakla sebab cukup ke kami 4 orang ni dalam satu bilikk…dan terfikir lagi boleh ke bawa masuk sampai 4 orang dalam satu bilik. Masa sampai dan bagitau kat kaunter tu, nampak diorang macam tak kisah je. Cuma perlu tambah RM 4 setiap orang yang lebih tu dan kalau 2 malam jadi RM16 la. Tapi bagi aku memang dah sangat-sangat murah walaupun kena tambah lagi duit sebab harga bilik satu malam cuma RM25.00.

 

DSCN7994

Patutlah wanita kat kaunter tu memang tak kisah nak bawak masuk berapa orang pun sebab bilik sangat-sangat luas. Rupanya orang kat bilik sebelah aku tu lagi ramai..aku kiran selipar/kasut depan pintu bilik ada dalam 10 pasang.

DSCN7974

Ada 2 katil, satu katil queen dan satu katil single. Semua dapat tidur atas katil. Takde sape pun kena bentang toto kat bawah. Katil single tu mak dan abah aku tidur berdua. Katil single tu pun boleh muat 2 orang. Bukan taknak bagi diorang tidur atas katil besar, memang itu cadangan mak aku..diorang tau anak-anak diorang ni saiz XXL, nanti bagi katil single tak cukup plak. Diorang berdua tu saiz M je, jadi bolehlah tido atas katil single.

 DSCN7972

Bilik air pun selesa, luas..tandas pun memang disediakan untuk kemudahan OKU atau orang tua. Ada air pemanas, sabun dan syampu disediakan. Tapi aku cadangkan bawa dari rumah la sebab tak cukup kalau datang ramai-ramai. Tuala pun bawa dari bawa dari rumah sebab tak disediakan. Selimut memang dah tebal, tapi tahap kesejukkannya memang tak padan dengan selimut tebal tu. Aku double kan selimut tu dengan selimut bawa dari umah jugak.

DSCN8007 

Peti sejuk kecil jugak disediakan. Tapi tak  boleh masak ye. Cuma boleh masak air je. Kettle jug dah ada dalam bilik siap dengan 2 cawan. Untuk bancuhan teh, kopi dan sebagainya tidak disediakan.

DSCN7984 Ada kerusi rehat.

DSCN7988  Cermin besar ada 3 dalam bilik tu termasuk cermin kat almari. Bola Bola API…

DSCN7995 Almari yang memang cukup besar.

DSCN7996 Disediakan dengan Tv lengkap dengan Astro sekali.

DSCN8000 Depan bilik kami, RPP ni memang dah atas bukit..tengok bukit-bukit lain nampak sama paras je dengan tempat kami duduk.

DSCN8001 Ini bangunan bilik biasa.

DSCN7982

Yang ni plak blok aparment. Belakang bilik kami. Bilik biasa ni satu bangunan dengan pejabat.

DSCN8002 DSCN8003 Taman permainan juga ada.

DSCN8095 

Ini banglo untuk gred 48 ke atas rasanya. Jauh sikit dari pejabat dan bilik-bilik lain. Atas bukit lain la plak ni, ada dua buah je rasanya. Satu lagi kat jalan lain, luar dari pagar RPP.

Pastry Strawberi

 

2012-02-21 0012

Balik tengahari tadi nak makan nasi mak masak. Mak masak sayur lemak pucuk labu campur ubi keledek dan kubis sikit dengan paru goreng. Pastu tengah nak ambil air dari peti, adunan kastard/telur lebih buat tart telur berdentum jatuh dari Freezer..pecah plak sikit bontot thumbler. Bila dah pecah tu takkan nak simpan lagi, aku pun panaskan la atas api adunan kastart/telur bagi pekat.

 2012-02-21 001 Ada idea nak buat sesuatu kebetulan bahan-bahan pun ada. Maka, terjadilah pastry telur buah strawberi.

PAstry ready made Kawan tu aku potong empat segi tepat dan tampal dalam acuan tart. Aku bakar dalam suhu 200 darjah selama 20-25 minit.

Inti tu boleh pakai adunan kastard macam biasa tu. Bahan-bahan sama cam buat kastard dalam puding trifle. Aku lupa dah bahannya apa. Kalau nak buat, kena la search resepi lengkap kat internet. Aku selalu agak-agak je susu cair 1/2 tin, air 1/2 tin, serbuk kartard 2 sudu besar, sebiji telur saiz kecil dan gula 2-3 sudu besar dan satu sudu kecil esen vanilla.

2012-02-21 0011

Pastry tu bila masak takde la bentuknya bermangkuk sangat sebab pastry tu bila bakar akan naik tapi bolehlaaa daripada leper langsung. Pastu aku paipkan adunan kastard, letak potongan strawberi  dan tabur gula aising atas pastry buah ni. Bila dah buat macamni takde la terasa sangat masam buat strawberi tu.

Perjalanan ke Cameron Highlands

 

Perjalanan ke Cameron Highland melalui gua musang dari Kota Bharu sebab aku balik kampung dulu. Jalan elok sangat tak macam jalan tapah dan jalan ni jalan besar yang mempunyai dua lane dan jalan satu lane yang luas.

DSCN7951 DSCN7952 DSCN7950

DSCN7949

Pemandu berhenti rehat sekejap kat bus stop perkampungan orang asli Pos Brooke.

DSCN7954

Orang asli sekarang dah tak macam dulu dah, dah berumah batu pun walaupun tidak sebesar mana. Tapi bolehlah bagi mereka..hasil dari bantuan kerajaan :). Wanita-wanita orang asli nampak bersantai je sambil bersembang sesama mereka. Yela, apa nak buat,kan…keliling hutan..hehe. Kalau dah hampir dengan cameron  highland tu, aku tengok diorang berkerja di kebun sayur.

DSCN7957

Kebun sayur penuh kiri dan kanan sepanjang jalan sebelum masuk ke Kampung Raja Cameron Highland.

DSCN7958 DSCN7955 DSCN7956

DSCN7970 DSCN7961 DSCN7962 DSCN7963

Bila dah masuk cameron, kami mula mencari arah untuk ke Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands. Sebenarnya tak susah pun nak mencari sebab banyak papan tanda menunjuk arah untuk ke rumah peranginan tersebut.

DSCN7964

Sampai cameron hujan renyai-renyai..bestnya nyaman dan sejukkkkkkk. Pasar malam pun ada…ngengeeee..

DSCN7965 DSCN7969

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...