Pengikut

Jumaat, 10 Februari 2012

Blueberry Cheese Tart & Tart Telur


Cuti maulidur rasul dan thaipusam lepas masa balik kelantan bawak cheese tart dan tart telur ke kampung. Dapat jugaklah satu balang besar dalam 80 biji.

2012-02-02 003 Dua hari sebelum balik siapkan bekasnya dulu..apa ek namanya..aduii tetiba lupa plak…arhhh lantaklah…bila dah siap simpan dalam balang ketat-ketat.

2012-02-03 0011

Masa untuk mengisi blueberry filling. Pastu paipkan adunan cheese ke dalam shell.

2012-02-03 0012

Dah siap bakar..disejukkan atas redai.

2012-02-03 001  

Buat bunga warna biru. Resepi aku ambik dari Blog ini yang siap diajar caranya step by  step… di SINI. Boleh rujuk kat situ ye kalau nak buat. Taknak la copy paste hasil buah pemikiran orang. Bukan senang blogger azlita nak karang tu..nak citer cara buat step by step..lainlah kalau ditepek resepi saja,kan?

tart telur

Dan ini plak tart telur. Campuran 2 cawan susu cair atau 1 tin , 1 cawan air, telur 4 biji, gula satu cawan (taknak manis kurangkan gula),, 1 sudu besar tepung kastard. Kacau sebati dan tapis. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...