Pengikut

Rabu, 8 Februari 2012

Emmm maju betul ye bisnes diorang ek

 

Minggu lepas adik aku yang belajar kat UITM tu ada janji nak belanja aku beli novel. Mulanya aku keberatan nak terima..kesian plak,kan dia yang tengah belajar nak belanja aku yang dah kerja ni. Kalau ikutkan memang la seronok orang nak belanja,kan. Tapi aku cakap simpan jela duit tu..takyah belanja.

Lepas tu aku terpikir la, kan budak-budak IPT dapat Baucer Buku 1Malaysia. Mungkin dia nak belanja aku pakai baucer tu kot. Aku SMS la kat dia. Dia kata yalah. Aku apalagi tak agak-agak terus mengoder 2 buah novel. Kalau boleh nak lagi 2, 3 biji lagi tapi tuan dia kata tak boleh dah…huhu..mulut aku pun moncong panjang sampai 2 meter.

Sebenarnya dengan buku tu kita boleh beli apa-apa jenis buku pun tak terhad kepada buku pelajaran saja. Semua barangan yang berada di dalam kedai buku tu boleh beli. Adik aku cakap buku-buku pelajaran dia, dia dah order dengan pensyarah. Aku tanya dia, ngan pensyarah tu takleh beli pakai ke baucer tu? Pastu dia tanya aku balik, boleh ke? Haiyaa..aku tanya dia..dia tanya aku balik.

Lagi satu, aku masuk kat kebanyakkan kedai-kedai buku tu memang huru hara dengan orang. Dengan buku-bukunya yang kelam kelibut bersepah dan rak-rak pun kebanyakkan kosong. Emmm maju betul ye bisnes diorang ek kebelakangan ini sebab ada baucer tu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...