Pengikut

Khamis, 2 Februari 2012

Nasi Hujan Panas

 

DSCN7712

Nasi hujan panas menu hidangan makan malam 2 hari lepas. Berlaukkan ayam kurma. Ayam kurma tu sengaja dicairkan kuahnya. Kalau pekat-pekat rasa cam muak la plak dan jugak nak banyakkan kuah untuk digaul dengan nasi.

Cara nak buat nasi hujan panas ni sama je dengan cara buat nasi minyak. Nasi minyak versi kelantan la yang aku tau sebab ada letak susu cair. Ada kawan-kawan cakap kat tempat dia nasi minyak tak letak susu cair.

Untuk nasi tu aku tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah 4 beradik (bunga lawang, kulit kayu manis..dan bla..bla..cukupkan la sendiri adik beradik beliau). Kalau ikutkan kena tumis pakai minyak sapi, memandangkan takde stok minyak sapi..aku pakai mentega je. Sama je fungsinya.

DSCN7713

Beras aku dah siap basuh. Pakai 3 pot. Lepas tumis, aku masukkan dalam beras, air, 1/4 cawan susu cair, dua atau tiga helai daun pandan dan garam. Masak nasi sampai kering. Bila dah kering nasi a.k.a dah masak, titikkan pewarna ikut suka saya. Saya pakai warna ungu, merah dan biru. Gaul perlahan…jangan gaul ganas-ganas sangat. Nanti warna bercampur tak cantik lak. Bila nasi tu masak .. memang harum memenuhi seganap ruang rumah.

Ayam kurma..cam biasa la buatnya. Aku makan dengan timun jepun. Krukk..krakkk..rangupnya. Okiesss…!

Pagi esoknya siap tapau lagi gi ofis memandangkan nasi banyak lebih. Lauk pun ada lagi tapi kena tambah telur rebus la sebab ayam yang tinggal tak balance ngan nasi. Idea letak telur tu atas tunjur ajar rakan FB..sebelum ni tak pernah buat pun. Tak terfikir langsung nak letak telur rebus.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...