Pengikut

Khamis, 9 Februari 2012

Pelbagai jenis makanan Kelantan

 

Balik kampung aku kat Kelantan hari tu dapatlah makan pelbagai jenis makanan yang tak terdapat kat sini. Sebenarnya bukan semua kuih-muih tradisional kat bawah ni aku suka dan menjadi kegemaran aku. Maksudnya takde la sampai rindu-rinduan kalau tak dapat makan. Cuma kalau makan tu untuk merasa je, kalau makan pun setakat sebiji dua bolehlah.

2012-02-07 0011

Yang kuih kat atas tu Pulut Dakap (gambar atas kiri dan bawah kanan). Yang tu suka jugaklah sebab cuma pulut dan pisang serta kurang manis. Yang satu lagi kuih tu (gambar atas kanan dan bawah kirii) aku lupa apa nama kuihnya. Ada jugaklah ma dan abah aku sebut tapi kuih yang aku tak minat ni aku selalu lupa. Kuih tu daripada santan dan keledek. Agak manis dan rasa lemak santan.

2012-02-06 001 Yang ni memang feberet aku. Memang tak dapat disangkal lagi. Kalau makanan ni boleh buat aku rindu-rinduan sentiasa. Nasi tumpang yang dibungkus dalam daun pisang berbentuk kon. Macam nasi himpit gak dan ada 5 layer hingga 7 layer. Bawah nasi, pastu ada sambal daging, nasi lagi, pastu gulai udang atau gulai ikan serta diletakkan dengan potongan telur dadar. Sekarang ni payah sangat nak dapat nasi tumpang ni. Ada sesetengah kedai je dijual. Satu masa nanti aku nak cuba  buatlah sendiri la nasi tumpang ni.

2012-02-07 001

Ini kuih Che Mek Molek. Dibuat daripada ubi keledek dan berintikan gula pasir. Kalau aku buat sendiri lagi sedap kot daripada beli..hehe. Kalau beli banyak tepung terasa kurang keledek dan keras sikit. Kalau aku buat sendiri aku kurang letak tepung, gula letak banyak sikit dan bila digoreng, gula pasir akan cair ..sedappp!

DSCN7776

Ini namanya Pulut Pagi. Inipun kuih bukan pilihan aku jugak. Tapi balik hari tu makan habis sebungkus tak sedar. Sedap plak, selalu makan secubit dua je. Dibungkus dengan daun pisang berbentuk kon jugak. Ada 3 layer, kelapa muda, kacang (aku tak pasti kacang apa tu) dan pulut. Pulut ni kalau tak silap aku dimasak dengan gula melaka, orang sini panggil ‘nise’.

Satu lagi kat sini, ada sesetengah kedai nasi dagang pun dibungkus berbentuk kon. Kalau nasi dagang tu dibungkus siap dan diletakkan di atas meja makan. Pelanggan nak makan, ambik je. Tapi sekarang jarang jumpa dah sebab selalu nasi dagang tu dijual sekali dengan nasi berlauk-lauk lain kat gerai.

2 ulasan:

NooR hEkmAt HasHiM berkata...

sedapnyo..
mmm.. gano wat blog baru ni?

Bila Hati Azwani Berbicara berkata...

blog lama tiba2 hilang dari alam maya ni..tak tau bakpo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...