Pengikut

Sabtu, 11 Februari 2012

penuh gebu ye..dan lembut..

 

Hari cuti hari bermalas-malasan. Yeke?

Memang betul2 malas la. Pagi tadi sarapan kat kedai, tengahari lunch kat MC’D. Separuh hari suntuk keluar tanpa tujuan dan memperabihkan duit dan minyak keta.

Dalam kepala ni petang ni nak kena masak laiiiiiii…ikan sungai lak tu. Aduhaiiii..aku bab-bab ikan sungai ni fail betul la…tak tau nak masak apa. Tapi dah ada ikan patin tu..asyik timbul masak tempoyak jela. Masak tempoyak ni pun bukannya reti sangat nak membuatnya maklumlah bukan makanan aku. Aku tak membesar dengan masakan tu. Kalau ikutkan suamiku itu, dia suruh goreng je ikan patin tu. Ikan patin goreng, boleh ke?

Tadi singgah kat yummy bangi tu, Iskkk aku ni kalau lalu bangi tu kalau tak singgah kat Yummy rasa cam tak lengkap hidup. Rindu nak tengok ‘gadget-gadget’ bakery kat sana. Cuci mata la konon,kan..masuk sekadar beli tepung gandum pun ok dah..hehe

Projek petang ni ingat nak meroti. Plannya nak buat Mexican Bun a.k.a coffee bun. Harap-harap menjadi dengan jayanya roti aku tu penuh gebu ye..dan lembut..

Oklah ye..terpaksa beransur dulu..ada orang dah sound suh masak nasi tu..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...