Pengikut

Selasa, 14 Februari 2012

Plan Bertukar

 

Nampaknya plan aku hujung minggu ni dah bertukar. Kalau ikutkan aku dan suami akan berhujung minggu di Cameron Highland selama 3 hari 2 malam tapi cuti suamiku tak diluluskan. Plan bertukar aku bawak family aku dari kelantan ke sana.

Ok.. sangat-sangat bengang pasal cuti yang tak diluluskan tu. Minggu lepas masa cuti Thaipusam dan Maulidur Rasul pun suamiku terpaksa berkorban jugak tak cuti gara-gara bos dia suruh atau mengiringi bawa peserta ke suatu negeri. Padahal dia tahu keadaan suami aku yang terpaksa berulang-alik jumpa bini dia sekali sekala dan peluang tersebut adalah waktu cuti-cuti macam tu la. Macam la takde orang lain,kan…nak harapkan laki aku jugak.

Yang kali ni suami aku dah awal-awal apply cuti dan bagitau keadaan sebenar yang memang kitorang dah plan awal dan siap dah tempah bilik. Bukan nak berkompromi….lagi tak mau bagi cuti katanya cuti semua kakitangan dibekukan sebab ada majlis di Perak dengan YB Menteri. Bukan takde orang lain pun. Tapi seperti biasa SYMP. Ok..terpaksa terima dengan pasrah padahal pada mulanya aku sangat kecewa. Akhir sekali hari ni, suami aku bagitau dia plak yang nak cuti!!! Nak hantar anak dia. Bukan cuti dibekukan ke?  Tau plak dia sayang anak dia…yang orang lain ni takdak family ke..yang orang lain ni tak sayang bini ke??

2 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

hishh kurang asam jawa betulla bos laki hang tu..geram je dengar..

Bila Hati Azwani Berbicara berkata...

kurang asam limau dan cuka jgk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...