Pengikut

Rabu, 8 Februari 2012

Rasa cam menyesal sungguh

 

Hari pertama minggu ini memulakan kerja setelah bercuti selama 4 hari. Mood ok je…takde blues..bluesssss..

Mungkin sebab dah puas bercuti kat kampung. Seronokkk sangat..asyik keluar dan makan je. Semalam balik awal sikit, ambik bas siang dengan harapan boleh la sampai umah petang dan berehar-rehat. Rupanya dugaanku tersasar jugak. Langsung sampai lambat kat Putrajaya. Gara-gara jem yang amat sangat mula dari Kuala Lipis hingga ke Tol Gombak.

Rasa cam menyesal sungguh! Atas bas siap berpeluh-peluh kepanasan. Aircond dah tak rasa dah…

Bas sepatutnya bertolak jam 9.00 pagi, tapi setengah jam tunggu baru sampai. Dan bila memulakan perjalanan, segenap tempat dan daerah berhenti ambik orang. Itu dah buat aku membebel dah, apasal tak jalan terus je. Pukul 2.00 petang masih lagi dok dalam negeri Kelantan.

Masa tu fikir, kalau ambik bas malam..nyaman je..walaupun kadang-kadang aku maki jugak kalau naik bas malam sebab bukan saja nyaman..tapi mengigil kesejukkan. Tapi sejuk tu lagi ok dari panas.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...