Pengikut

Jumaat, 3 Februari 2012

Siapkan cheese tart.

 

Hari Jumaat…!

Malam ni balik Kelantan. Cuti 4 Hari. Husband tak dapat balik sini sebab dia ada kerja kat kelantan sabtu ni. Daripada aku kebosanan melanguk kat sini 4 hari baik aku balik Kelantan.

Itu pun agak terkilan sikit sebab tak dapat balik awal lagi. Kalau tak boleh aje sambung dengan cuti hari wilayah. Tapi kita kena la beringat sendiri. Aku kena la jimat cuti. Cuti tu perlu disimpan jugak. Nanti kalau ada hal kecemasan kan susah plak..nak kutip cuti kat mana, lagipun pertengahan bulan ni nak cuti lagi. Ambik cuti 2 hari sebab bercadang nak pergi bercuti. InsyaAllah.

Ingatkan balik tengahari ni nak siapkan cheese tart. Nak letak filling. Shell dah buat siap-siap 2 hari lepas. Buah tangan untuk keluarga di kampung. Semalam pun ada buat kek coklat kukus..pakai resepi baru..maksud aku baru cuba resepi baru. Tapi aku kecewa la sikit dengan hasilnya. Tapi maklumlah, pertama kali cuba takkan dah dapat hasil terbaik. Practices make perfect,kan?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...