Pengikut

Khamis, 16 Februari 2012

Tersedak Sambal Sotong Kering

 

Pagi ni sarapan dengan nasi lemak sambal sotong kering beli kat kafe bawah ni. Memang sedap..tak mengecewakan la nasi lemak dia. Memang terasa lemak nasi dan sambalnya..ok la. Aku suka kalau sambal nasi lemak tu pedas-pedas dan tak manis sangat.

Tapi hari ni sambal banyak akak tu letak dan mungkin juga terlampau pedas campur dengan keadaan selesema aku yang tak hilang lagi serta masa makan tu terpaksa berlari-larian kejar telefon berbunyi…membuatkan aku tersedak…oh myyyyyyyyyyyyyyyyyyy…memang rasa nak pitam je bila sambal yang pedas tu telah masuk ke saluran yang tak sepatutnya. Memang terbatuk-batuk, mata nak merah dan meleleh airmatanya serta aku muntah.  Yela batuk tak berhenti serta menahan perit kepedasan..

Terpaksa berlari-lari ke tandas plak. Tapi lepas muntah tu dah legaaaaaaaaaa sangat..mungkin sambal yang melekat di saluran yang tak sepatutnya tu dah keluar..hehee…

Tapi aku teringin la nak makan sambal sotong dengan petai plak. Petai yang dibeli dengan orang asli di kaki jalan ke Cameron Highland..hehe..biji-bijinya kan besar-besar..mak mertua aku panggil petai gajah..

DSCN7704

DSCN7703

Ini bukan sambal sotong kering kat kafe bawah ni. Ni sambal sotong kering fresh dengan petai gajah yang dibeli masa balik umah mak mertua yang lepas.

1 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

aku tau mcmana azabnya kalau tersedak..kadang2 tersedak air liur pun rasa mcm nak mati hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...