Pengikut

Isnin, 20 Februari 2012

Vegetarian

 

DSCN8489

Sebahagian dari barang-barang dalam peti sejuk rumah aku. Penuh dengan barang-barang dari cameron highland. Sebahagian je tu sebab tak muat. Mana yang boleh letak kat luar..letak kat luar je spt jagung, strawberi dan kiwi kering serta teh-teh dan bantal strawberi..hehe.. Smile with tongue out Strawberi saja pun dah berkotak-kotak. Rambang mata tengok strawberi yang besar-besar dan gemok-gemok smpai RM90 diborongnya strawberi.

Pagi ni sarapan vege plak…stok lauk pauk basah abis dah. Tunggu masa nak gi pasar je ni. Kalau malas..kita masak la gulai ikan kering kan..? Goreng telur dadar dan goreng sayur cameron.

kuih & masakan56

Ini sarapan pagi ni ubi keledek rebus yang kecik comel ni, kata jurujual ubi madu dan ubi kentang yang kecik comel ni. Kata keledek madu tapi rasanya takde la manis sangat pun, aku rasa sikit tadi ada rasa kelat-kelat juga atau mungkin sebab aku rasa yang hujung-hujung buah tu.

kuih & masakan57

Dan yang ni plak brokoli goreng tepung. Makan cicah sos cili. Kenyang brupppp..minum teh susu dari yang tehnya dari cameron jugak. Bab menggoreng tepung ni aku memang fail sikit sama fail juga bila menggoreng pisang.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...