Pengikut

Sabtu, 31 Mac 2012

Pasar Borong Selangor

 

 

DSCN8840

Baru siap sarapan nasi lemak untuk pagi ni. Sebenarnya ini nasi lemak untuk dinner semalam tapi since dah beli beras basmati dua hari lepas, setakat ni nasi yang dimasak tetap elok dan tak berair ala-ala bau nak basi pada hari esoknya.

Lepas makan malam semalam oh tak jugak sebenarnya lepas suami aku solat isyak, sebab makan awal semalam. Kami menuju ke pasar borong selangor. Dah 2 minggu berturut-turut sejak ni barangan dan lauk basah dibeli dari situ. Hasil serbuan kami beberapa minggu lepas, kami rasakan harga kat sini amat murah berbanding di Putrajaya serta lebih banyak pilihan.

Sejak itulah kami mula beli barangan dapur kat pasar borong untuk stok seminggu. Penuh bonet pun barangan belum cecah RM100. Sayur-mayur yang segar-bugar aku main ambik je masa dalam raga. Pelbagai jenis..aiikkk bila timbang hrganya tak cecah RM10..eh..eh..ni yang buat aku gila kuasa tambah lagi. Ikan-ikan plak paling cikai ikan pun boleh dapat RM4 sekilo kat sana..kat sini..? mimpilaaa..lagi-lagi kat pasaraya harga mahal tapi ikan dah mata merah dan lembik-lembik. Hamboiii kutuk tak hengattt..sebelum ni ikan kat situ juga yang aku hadap gi beli.

Barangan runcit plak beli kat kedai balaji enterprise tu. Owhhh memang sangat berbaloi untuk beli bilis dengan yang buat aku rambang mata, bawang merah dan bawang putih dengan rega RM1.00 sekilo serta barang-baran runcit lain dengan harga borong. Patutla pelanggan kat situ sentiasa ramai dan dibuka 24 jam. Telur AA tu yang aku takleh lupa, kalau kat sini harga RM12 satu tray. Kat sana RM8 je, suami aku smpai borong tak hengat 2 tray telur semalam. Mau tak terkejut beruk aku. Mana nak simpan ni, dalam peti tak muat lak. Tak pasal-pasal aku kena buat kek selalu..huhuuu

Bercerita pasal pasar borong la plak aku kali ni. Terpromosi..

Semalam ada beli kerang. Tertengok kerang yang segar bugar sebab masih terjelir-jelir kuar masuk isinya dalam cengkerang. Cadangnya nak buat mee kari. Entah jadi ke tak. Ada plan ‘bederak’ baik punya rini.

Khamis, 29 Mac 2012

Sayur Goreng Blackpaper

 sayur blackpaper

Dua hari lepas saya masak sayur ni. Idea dari Majalah Saji dan aku ubah mana yang patut ikut citarasa dan bahan yang ada kat umah.

Sos yang ni aku tak letak sebab takde…

  • Sayur-sayuran (kacang panjang, lobak merah, lada benggala, cili besar, jagung muda dsbnya ikut citarasa.
  • Daging batang pinang
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih, bawang merah, halia cincang.
  • sos tiram dan garam.

Tumis bahan cincang, masukkan daging. Biarkan daging masak. Masukkan sedikit air. Masukkan sos tiram, garam dan lada hitam. Kemudian masukkan sayur. Sedapppp…kalau ikut tekak aku..

Isnin, 26 Mac 2012

Kek, Nasi dan Lauk

 

Dah lama tak post gambar masak-masak kat sini. Kali ni nak post la tapi tanpa resepi. Maklumlah…blog aku ni bukan blog masak, tapi blog gambar.  Gambar sebagai koleksi…simpan saja pun buat apa..tepek jela sini..

2012-03-25 002 Ini menu tengahari semalam..dan lebih tepat lagi menu lewat tengahari. Sarapan bihun goreng pun dah pukul 10 pagi. Itu yang makan lambat sikit. Nasi minyak lauk dalca dengan ayam goreng berempah.

2012-03-25 001 Kek coklat kukus dan dibuat dalam cup kecil. Senang dan mudah dimakan serta senang disimpan dalam peti ais.

2012-03-23 001

Yang ni kek karamel yang diorder pada 23 Mac 2012.

2012-03-22 001 Yang ni kek karamel yang diorder pada 22/3/2012

Ahad, 25 Mac 2012

Tempat Keja Suamiku

Lama tak menghapdate blo. Bnyak sangat benda yan terbuku nak diceritakan. Banyak gambar2 beratur menunggu giliran tapi masa tidak mengizikan.

Masuk gitu2 je..pastu kuar balik. Sejak suami ada kat sini, banyak masa terisi. Asyik bertempek ngan laki je. Tu belum ada anak, ada anak entah2 tak sempat jenguk langsung.

Semalam aku dan suami menuju ke Sepang. Intai-intai dan cari tempat suami kerja nanti. Memang betul2 bersebelahan dengan Litar Sepang. Cantik plak tempat tu. 

Kebetulan plak 23-25 hb Mac ada perlumbaan F1. Menang banyak gilerrr la kereta, muka-muka imputih plak tu ramai. Polis trafik bersimpang siur. Suami aku berhenti tepi jalan, tengok perlawanan dari luar je...cukuplaaaaaaa...

Lepas tau tempat tu, kami ke Nilai 3 lak..uhhhh aku rempah 2 pasang kain. Maunya abis seratus ringgit malaysia semalam beli kain dua pasang. Cadangnya nak buat raya. Ok..bila siap nanti tak tau la sempat pakai untuk raya ke tak.

Khamis, 22 Mac 2012

Bukit Gambang Resort City Hari 1

 

Pada 16 – 18 Mac 2012 aku ikut Hari Keluarga anjuran KESUVET ke Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang. Aku pergi dengan menaiki bas. Lagi best naik bas sebab dapat beronok-ronok beramai-ramai dari gi sendiri. Urusetia bagitau 3 bas panjang, 3 bas pendek. Aku kena naik bas pendek ITU, Melaka.

Sangat-sangat berbaloi ikut hari keluaga ni. Bayar RM 100 je..sangat murah tapi habuannya..ermmm dengan biliknya yang besar…makan pun sedap-sedap. Siap dapat hadiah lagi. Sape nak bagi?? Cer cakapppp. Kalau gi sendiri bilik saja dah RM200++ lebih dah semalaman.

DSCN8638 DSCN8639 Ni bilik kami berdua. Besar untuk kami berdua. Kawan-kawan aku yang bawak anak-anak yang kecil (baby dan budak umur 3 tahun) dah dapat apartment 2 bilik tau.

DSCN8642 Ni pandangan dari bilik aku. Mula-mula sedih dapat bilik ni sebab jauh dari kawan-kawan. Kawan-kawan semua dapat bilik seberang sana nun. Tapi kesedihan bertukar jadi gembira sebab tanya kawan-kawan yang dapat blok sana pemandangan tak cantik. Nampak bukit je.

DSCN8643 Ok aku gembira dapat bilik ni sebab mengadap segala-segalannya. Lobi, tempat makan dan dapat tengok kawan-kawan yang turun makan atau berhibur sekali dari sini…hehe

DSCN8647

Petang tu belum ada aktiviti lagi. Jadi kami berdua ambik angin di sekitar resort dan beli sepasang t-shirt sama warna dan corak 2 pasang.

Lepas makan malam, kami gi dewan dengar ceramah kekeluargaan. Penceramah dari Pahang, Pak Engku. Pengerusi salah satu rumah anak yatin di Pahang. Penceramah ni memang best,la dan pandai tarik perhatian kanak-kanak dalam dewan tu sekali. Sedih pun ada dalam ceramah tu bila diselitkan kisah-kisah anak yatim kat sana.

Selasa, 13 Mac 2012

Something Wrong SomeWhere

 

Ni haaa nak memulakan cerita..ada orang dah geram nampaknya..

Semalam pagi, Isnin pagi aku dapat panggilan tak berjawab jam 5.00 pagi dari suamiku. Aku hello..hello takde jawapan. Aku telefon balik tanya apasal…dia kata tertekan. Okla tertekan tapi apsal bunyi bising macam dalam kereta je. Kul 5.00 pagi gi merayau kemana? Katannya gi kedai…gi kedai kul 5.00 pagi..okla malas aku nak bersoal jawab walaupun aku tanya dan dia jawab..

Akibat mamai…aku tak set jawapan dalam kepala aku. Cuma terset dalam kepada, dia kata adik dia Nizam datang sini..satu ‘something’ kat situ. Setahu aku sewenang-wenangnya takkan datang keluarga dia ke sana..nak cari apa!

‘Something’ kedua plak..aku tanya dia dapat pergi tak Hari Keluarga KESUVET hujung minggu ni..yang ni memang aku dah booked dia lama dah. Memang dipaksa. Tapi takde la berharap sangat kalau dia tak dapat. Sebab dah frust masa tak dapat gi sama-sama ke Cameron ritu jadi harapnya kali ni jadilah walaupun tak dapat gi berdua tapi gi reramai.

Alehhh melalut plak..nak citer something kedua ni. Dia kata JADI, aku tanya lagi..dapat ke mohon cuti ni. Dua hari tau. ermm BOLEH CUTI..eh senangnya..!

Petang semalam dia mesej aku…ambik abang kat Putrajaya Sentral. Terkujat aku.. awalnya cuti. Dia silap hari ke apa…aku suruh cuti ahad dan isnin bukan selasa, rabu, khamis. Habislaaaaaaaaa kali ni…tercancel lagi kah program??

AKu tanya la..awalnya cuti…boleh ke cuti lama-lama ni? Dia balas nanti dia citer. Ok fine aku tunggu walaupun tak sabar nak tau. Dalam kereta pun masih sabar lagi…sabar..jangan tanya lagi.

Masa dia tengah makan tu , aku dah takleh sabar dah lepas puas aku kerobek dia punya beg pakaian nak menyiasat, cuma yang ada bantal dua bijik tanpa sarung je dalam beg. Apa kes bawak bantal…selama berulang alik 3 tahun lebih ni tak pernah bawak bantal.

Dia tengah makan tu, aku tuju berdas-das soalan..kenapa cuti lama? Dia kata dia dah berhenti kerja sambil mata dia menjeling tengok reaksi/respon aku camna..

Hahhh…berhenti!!! Pastu nak kerja apa. Sebenarnya aku dah agak-agak dah sesuatu ni masa ‘something wrong somewhere’ bermain di kepala aku. Samada dia dapat ditukarkan…tapi yang tu rasa cam payah sikit la…satu lagi dia berhenti kerja sebab dapat kerja baru. Minggu lepas katannya ada  survey-survey kilang ngan adik dia. Dapat kot fikir aku…

Dia jawab..dia dah dapat kerja kat ladang di Sepang..anak syarikat Genting Plantations. Hahhh…tak dapat nak gambarkan perasaan aku kala tu..suka pun ada..bercampur baur…tapi lebih pada suka dan lega sebab suami aku dekat ngan aku dah. Takyah risau lagi dia makan apa dan setiap kali dia berulang-alik sini dan sana. Gaji..? oklah…yang penting kami dekat takyah nak abiskan duit untuk ulang alik..dan spend duit utk belanja 2 umah.

Dia cakap dia akan sewa jugak bilik kat area sepang tu. Buat standby je kalau hujan ke apa…dan aku paham la kerja kat ladang ni bukan cam kerja kat pejabat. Kena keluar di awal-awal pagi..sanggup ke nak bagi laki tercinta meredah naik motor awal-awal pagi. Walaupun pada mulanya aku cakap kat dia, takyah la sewa bilik..ulang alik je bawa keta tu. Aiiihhh ingat keja macam keja kat pejabat ke boleh bawak masuk kereta baru..ladangg oiii…ermmm okkklaaaa..…

Sekarang aku rasa..bahagianya…tapi tak mengharap sangat sebab dia belum lapor diri lagi. Mula lapor diri 2 April nanti. Harap-harap kerja-kerja dia di tempat baru ni dipermudahkan olehNya.. Kat tempat kerja yang lama tu pun dia bagi notis berhenti kerja dengan bayar sebulan gaji.

Dan sebenarnya semua dah settle dalam masa aku tak tau apa-apa. Aku tau pun semua dah settle. Cuci kaki je dapat berita ni. Adik dia datang pun sebab bawak lori angkut barang-barang bawak balik umah mak mertua kat Teluk Intan. Ambik la mak barang-barang tu semua..saya taknak…saya nak anak mak je..haha!

Something wrong somewhere

Tak tau nak mulakan dari mana..heheeee...lain kali citer...

Isnin, 12 Mac 2012

Soft Cotton Japanese Cheesecake

 
Ini percubaan pertama membuatnya. Dah lama cari resepi kek keju yang gebu ini. Akhirnya jumpa di blog omputih. Kat blog orang melayu pun ada juga tapi bila dah taip nama kek tu...sahih la kuar blog omputih sbb tajuknya dah english.

ni resepi saya nak copy paste jugak dari MYRESEPI.


Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).


 
Seminggu selepas tu, ada pegawai kat tempat kerja aku ni nak tempah kek untuk besday suami dia. Aku tanya dia, dia pun tak tau nak kek apa. Jadi aku rekemenkan kek ni kat dia. Kek ni sedap dan moist. Dia kata ok je. Jadi untuk menampakkan kek ni 'tak biasa sangat'..aku curahlah coklat ganache. Entahla..aku ni kalau bab mendeko ni tak reti..kena masuk kelas deko kek ni nampaknya..dan lebih selamat aku buat simple deko saje. 'Minimum' is better.

Ahad, 4 Mac 2012

Taman Teknologi MARDI

 

DSCN8330

Dah lama dok berkira-kira nak upload entry tapi asyik tertangguh je. Tertangguh sebab malas nak kumpulkan gambar-gambar dalam satu gambar. Nak upload satu-satu banyak plak. Jadi hari ni buat jugak la..rajinkan sikit-sikit walaupun tak semua gambar aku collage. Banyakkk oooo kalau nak collage semua. Aku jugak yang penat.

Cameron Highlands8

Ini program hari kedua di Cameron Highland. Taman Teknologi MARDI yang bertempat di Tanah Rata. Masuk RM3 je setiap orang, dewasa. Kalau datang satu bas, harga lain.

Cameron Highlands9

Mula masuk ke dalam taman ni kita akan jumpa Ladang contoh dulu. Bila masuk tu dah pekena eskrim dan strawberi coklat. Pagi-pagi plak tu. Tak boleh nak tolak keinginan nak merasa aiskrim ni. Pagi pun pagi la.

Cameron Highlands10

Sebelum keluar sempat posing dengan strawberi gergasi ni.

Cameron Highlands11

Laluan penjalan kaki yang dihiasi bunga-bungaan.

Cameron Highlands12

Ladang bunga…boleh tengok saja dan boleh beli juga. Aku memang tak beli la bukan suka pun jaga bunga. Semua tanaman dan bunga-bungaan kat disini diasingkan mengikut jenisnya atau kelompoknya. Besar sangat kawasannya.

Cameron Highlands13

Sayur-sayur memang aku teruja sungguh tengok. Memang segar bugar sayur kat sini. Pokok-pokok herba yang memang tak jumpa kat belakang umah kita pun ada kat sini..pokok parsly, rosemary dan sbgnya.

Cameron Highlands14

Buah labu gergasi..entah berapa lama dah hayat buah tu sebab siap ada orang toreh-toreh nama dia lagi kat buah tu. Teruk betullahh..

Cameron Highlands15

Aku dan bunga matahari…muka sapa lagi bulat?

Cameron Highlands16

Sedang melihat buah epal nan sebiji.

Cameron Highlands17

Layan tengok arnab bermain-main jap.

Cameron Highlands18

Lepas melawat kita masuk kedai jualan barangan IAT plak ye. Pelbagai jenis rambang mata dibuatnya. Kordial strawberi macam jenama ada…sampai tak tau nak pilih yang mana. Aiskrim malaysia tak sempat nak rasa macam baru lepas makan aiskrim kat atas tu..emmm padahal 2 jam yang lalu.

Lepas tu kami berehat kat gazebo situ sekejap sebelum beransur keluar.

Sabtu, 3 Mac 2012

abanggggg dah nak kiamat dahhhh..


Tadi masa hantar suami gi Putrajaya sentral dengan berita kat Bernama Radio 24. Katanya Salji turun buat kali pertama di Baitulmaqdis dalam tempoh 4 tahun ini…bla..bla..laaa…
Aku cakap kat husband aku…”abanggggg dah nak kiamat dahhhh..”
“Hahhh…tau takpe..tapi tak sedar-sedar lagi dok derhaka kat suami..”
Arggg…sentap aku..dia anggap aku derhaka ke…huaaaa…aku cuma nak merajuk je. Memang aku rasa macam nak marah (sayang) dan banyak merajuk takmau pandang muka dia dan buat jelingan maut ngan dia (lately ni la)..ada aje yang tak kena (abang jugak yang buat saya marah dan merajuk..hehe..dicampur lagi termakan dengan hasutan dan bisikan syaitan yang direjam)…kalau dia anggap derhaka dan tak maafkan aku atau terdetik dalam hati dia ‘sesuatu’..makkkk takut aku…taknak buat lagiiiiiiii..mintak maapppp la abang..
Sampai sentral tadi siap salam (salam tu setiapkali) dan cium (cium tu kadang-kadang)..serta sebut mintak maap…yang tu memang tak pernah...kecuali hari raya..
DSCN8589
3 bungkus rendang. Cukuplah untuk makan 3 hari..2 hari lagi tu goreng telur jela ye cik abang.
Ok hari ni aku masak rendang ayam seekor, kacang botol goreng untuk bekalan suami aku. AKu buat Soft Cotton Cheese Cake..kalau dah pukul 4.30 petang baru mula membakinggggkan Soft Cotton Cheese Cake..alamatnya memang tak sempat la nak tapau. Kek Masak pun ngam-ngam kul 7.00 petang. Nak bagi sejuk lagi.
Seperti biasa cheese cake ni memng kena sejukkan 3,4 jam selepas masak bagi dia keras sikit. Oleh kerana niat murni aku ni nak tapaukan jugak utk suami aku..maka berderailah kek tu. SObb..sobbb..sedih sangat. Remuk rasa hati..pertama sebab kek berderai dan satu lagi sebab tak dapat tapaukan utk suami. Nak tauu kek tu berderai pun aku marah dan merajuk ngan suami aku. Laaa apa salah dia..(merajuk pada yang sayang.. Smile with tongue out, kan?).

DSCN8592
Uikkk minyak berladung-ladung…ermmmppp mintak maaf la ye kalau ada yang sakit mata..aku meman kaup ngam minyak2 kat bahagian atas tadi..huhuu

Khamis, 1 Mac 2012

Karnival Wow

 

Hujung minggu lepas hanya ke Karnival WOW ..pusing-pusing je…biasa-biasa jela..takde la menyeronokkan sangat bagi aku.. hehee tak seseronok masa Karvival 1 juta belia dulu. Tangkap gambar pun tak sampai 5 keping :)…ek? yeke?

2012-02-26 002

2012-02-26 0021 

DSCN8560  DSCN8559

 

wow

DSCN8532

Kereta ni comel,kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...