Pengikut

Khamis, 22 Mac 2012

Bukit Gambang Resort City Hari 1

 

Pada 16 – 18 Mac 2012 aku ikut Hari Keluarga anjuran KESUVET ke Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang. Aku pergi dengan menaiki bas. Lagi best naik bas sebab dapat beronok-ronok beramai-ramai dari gi sendiri. Urusetia bagitau 3 bas panjang, 3 bas pendek. Aku kena naik bas pendek ITU, Melaka.

Sangat-sangat berbaloi ikut hari keluaga ni. Bayar RM 100 je..sangat murah tapi habuannya..ermmm dengan biliknya yang besar…makan pun sedap-sedap. Siap dapat hadiah lagi. Sape nak bagi?? Cer cakapppp. Kalau gi sendiri bilik saja dah RM200++ lebih dah semalaman.

DSCN8638 DSCN8639 Ni bilik kami berdua. Besar untuk kami berdua. Kawan-kawan aku yang bawak anak-anak yang kecil (baby dan budak umur 3 tahun) dah dapat apartment 2 bilik tau.

DSCN8642 Ni pandangan dari bilik aku. Mula-mula sedih dapat bilik ni sebab jauh dari kawan-kawan. Kawan-kawan semua dapat bilik seberang sana nun. Tapi kesedihan bertukar jadi gembira sebab tanya kawan-kawan yang dapat blok sana pemandangan tak cantik. Nampak bukit je.

DSCN8643 Ok aku gembira dapat bilik ni sebab mengadap segala-segalannya. Lobi, tempat makan dan dapat tengok kawan-kawan yang turun makan atau berhibur sekali dari sini…hehe

DSCN8647

Petang tu belum ada aktiviti lagi. Jadi kami berdua ambik angin di sekitar resort dan beli sepasang t-shirt sama warna dan corak 2 pasang.

Lepas makan malam, kami gi dewan dengar ceramah kekeluargaan. Penceramah dari Pahang, Pak Engku. Pengerusi salah satu rumah anak yatin di Pahang. Penceramah ni memang best,la dan pandai tarik perhatian kanak-kanak dalam dewan tu sekali. Sedih pun ada dalam ceramah tu bila diselitkan kisah-kisah anak yatim kat sana.

2 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

amboi awat katil asing2???

Bila Hati Azwani Berbicara berkata...

dah dia bai amtu..terima jela

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...