Pengikut

Sabtu, 31 Mac 2012

Pasar Borong Selangor

 

 

DSCN8840

Baru siap sarapan nasi lemak untuk pagi ni. Sebenarnya ini nasi lemak untuk dinner semalam tapi since dah beli beras basmati dua hari lepas, setakat ni nasi yang dimasak tetap elok dan tak berair ala-ala bau nak basi pada hari esoknya.

Lepas makan malam semalam oh tak jugak sebenarnya lepas suami aku solat isyak, sebab makan awal semalam. Kami menuju ke pasar borong selangor. Dah 2 minggu berturut-turut sejak ni barangan dan lauk basah dibeli dari situ. Hasil serbuan kami beberapa minggu lepas, kami rasakan harga kat sini amat murah berbanding di Putrajaya serta lebih banyak pilihan.

Sejak itulah kami mula beli barangan dapur kat pasar borong untuk stok seminggu. Penuh bonet pun barangan belum cecah RM100. Sayur-mayur yang segar-bugar aku main ambik je masa dalam raga. Pelbagai jenis..aiikkk bila timbang hrganya tak cecah RM10..eh..eh..ni yang buat aku gila kuasa tambah lagi. Ikan-ikan plak paling cikai ikan pun boleh dapat RM4 sekilo kat sana..kat sini..? mimpilaaa..lagi-lagi kat pasaraya harga mahal tapi ikan dah mata merah dan lembik-lembik. Hamboiii kutuk tak hengattt..sebelum ni ikan kat situ juga yang aku hadap gi beli.

Barangan runcit plak beli kat kedai balaji enterprise tu. Owhhh memang sangat berbaloi untuk beli bilis dengan yang buat aku rambang mata, bawang merah dan bawang putih dengan rega RM1.00 sekilo serta barang-baran runcit lain dengan harga borong. Patutla pelanggan kat situ sentiasa ramai dan dibuka 24 jam. Telur AA tu yang aku takleh lupa, kalau kat sini harga RM12 satu tray. Kat sana RM8 je, suami aku smpai borong tak hengat 2 tray telur semalam. Mau tak terkejut beruk aku. Mana nak simpan ni, dalam peti tak muat lak. Tak pasal-pasal aku kena buat kek selalu..huhuuu

Bercerita pasal pasar borong la plak aku kali ni. Terpromosi..

Semalam ada beli kerang. Tertengok kerang yang segar bugar sebab masih terjelir-jelir kuar masuk isinya dalam cengkerang. Cadangnya nak buat mee kari. Entah jadi ke tak. Ada plan ‘bederak’ baik punya rini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...