Pengikut

Isnin, 12 Mac 2012

Soft Cotton Japanese Cheesecake

 
Ini percubaan pertama membuatnya. Dah lama cari resepi kek keju yang gebu ini. Akhirnya jumpa di blog omputih. Kat blog orang melayu pun ada juga tapi bila dah taip nama kek tu...sahih la kuar blog omputih sbb tajuknya dah english.

ni resepi saya nak copy paste jugak dari MYRESEPI.


Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).


 
Seminggu selepas tu, ada pegawai kat tempat kerja aku ni nak tempah kek untuk besday suami dia. Aku tanya dia, dia pun tak tau nak kek apa. Jadi aku rekemenkan kek ni kat dia. Kek ni sedap dan moist. Dia kata ok je. Jadi untuk menampakkan kek ni 'tak biasa sangat'..aku curahlah coklat ganache. Entahla..aku ni kalau bab mendeko ni tak reti..kena masuk kelas deko kek ni nampaknya..dan lebih selamat aku buat simple deko saje. 'Minimum' is better.

4 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

ishh kalau aku yg deco mesti cun..aku akan taburkan coklat rice warna merah (eh ada ke??) pastu letak kuntuman mawar merah sejambak..perghhh romantik habislah..

Bila Hati Azwani Berbicara berkata...

tu la, sepatutnya aku hantaq kat hang suh deko kek ..hang kan terror bab untuk 'cantik-cantik' ni..

Mami DindaBella berkata...

hai perli nampak..aku ni huduh selekeh lagi selebet..

Bila Hati Azwani Berbicara berkata...

elehhh mana de perli...dah hang kata hang pandai...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...