Pengikut

Selasa, 13 Mac 2012

Something Wrong SomeWhere

 

Ni haaa nak memulakan cerita..ada orang dah geram nampaknya..

Semalam pagi, Isnin pagi aku dapat panggilan tak berjawab jam 5.00 pagi dari suamiku. Aku hello..hello takde jawapan. Aku telefon balik tanya apasal…dia kata tertekan. Okla tertekan tapi apsal bunyi bising macam dalam kereta je. Kul 5.00 pagi gi merayau kemana? Katannya gi kedai…gi kedai kul 5.00 pagi..okla malas aku nak bersoal jawab walaupun aku tanya dan dia jawab..

Akibat mamai…aku tak set jawapan dalam kepala aku. Cuma terset dalam kepada, dia kata adik dia Nizam datang sini..satu ‘something’ kat situ. Setahu aku sewenang-wenangnya takkan datang keluarga dia ke sana..nak cari apa!

‘Something’ kedua plak..aku tanya dia dapat pergi tak Hari Keluarga KESUVET hujung minggu ni..yang ni memang aku dah booked dia lama dah. Memang dipaksa. Tapi takde la berharap sangat kalau dia tak dapat. Sebab dah frust masa tak dapat gi sama-sama ke Cameron ritu jadi harapnya kali ni jadilah walaupun tak dapat gi berdua tapi gi reramai.

Alehhh melalut plak..nak citer something kedua ni. Dia kata JADI, aku tanya lagi..dapat ke mohon cuti ni. Dua hari tau. ermm BOLEH CUTI..eh senangnya..!

Petang semalam dia mesej aku…ambik abang kat Putrajaya Sentral. Terkujat aku.. awalnya cuti. Dia silap hari ke apa…aku suruh cuti ahad dan isnin bukan selasa, rabu, khamis. Habislaaaaaaaaa kali ni…tercancel lagi kah program??

AKu tanya la..awalnya cuti…boleh ke cuti lama-lama ni? Dia balas nanti dia citer. Ok fine aku tunggu walaupun tak sabar nak tau. Dalam kereta pun masih sabar lagi…sabar..jangan tanya lagi.

Masa dia tengah makan tu , aku dah takleh sabar dah lepas puas aku kerobek dia punya beg pakaian nak menyiasat, cuma yang ada bantal dua bijik tanpa sarung je dalam beg. Apa kes bawak bantal…selama berulang alik 3 tahun lebih ni tak pernah bawak bantal.

Dia tengah makan tu, aku tuju berdas-das soalan..kenapa cuti lama? Dia kata dia dah berhenti kerja sambil mata dia menjeling tengok reaksi/respon aku camna..

Hahhh…berhenti!!! Pastu nak kerja apa. Sebenarnya aku dah agak-agak dah sesuatu ni masa ‘something wrong somewhere’ bermain di kepala aku. Samada dia dapat ditukarkan…tapi yang tu rasa cam payah sikit la…satu lagi dia berhenti kerja sebab dapat kerja baru. Minggu lepas katannya ada  survey-survey kilang ngan adik dia. Dapat kot fikir aku…

Dia jawab..dia dah dapat kerja kat ladang di Sepang..anak syarikat Genting Plantations. Hahhh…tak dapat nak gambarkan perasaan aku kala tu..suka pun ada..bercampur baur…tapi lebih pada suka dan lega sebab suami aku dekat ngan aku dah. Takyah risau lagi dia makan apa dan setiap kali dia berulang-alik sini dan sana. Gaji..? oklah…yang penting kami dekat takyah nak abiskan duit untuk ulang alik..dan spend duit utk belanja 2 umah.

Dia cakap dia akan sewa jugak bilik kat area sepang tu. Buat standby je kalau hujan ke apa…dan aku paham la kerja kat ladang ni bukan cam kerja kat pejabat. Kena keluar di awal-awal pagi..sanggup ke nak bagi laki tercinta meredah naik motor awal-awal pagi. Walaupun pada mulanya aku cakap kat dia, takyah la sewa bilik..ulang alik je bawa keta tu. Aiiihhh ingat keja macam keja kat pejabat ke boleh bawak masuk kereta baru..ladangg oiii…ermmm okkklaaaa..…

Sekarang aku rasa..bahagianya…tapi tak mengharap sangat sebab dia belum lapor diri lagi. Mula lapor diri 2 April nanti. Harap-harap kerja-kerja dia di tempat baru ni dipermudahkan olehNya.. Kat tempat kerja yang lama tu pun dia bagi notis berhenti kerja dengan bayar sebulan gaji.

Dan sebenarnya semua dah settle dalam masa aku tak tau apa-apa. Aku tau pun semua dah settle. Cuci kaki je dapat berita ni. Adik dia datang pun sebab bawak lori angkut barang-barang bawak balik umah mak mertua kat Teluk Intan. Ambik la mak barang-barang tu semua..saya taknak…saya nak anak mak je..haha!

2 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

poyos nye ayat yang last tu...ni bukan wrong ni..ni semua the right thing..saspen jugak baca cerita hang ni tang dia bawak bantal tu..aku dh fikir macam2 dah haha..nway i'm happy for you..bersama juga akhirnya.

boleh sambung pt II kenapa dia berhenti kerja plak..

Bila Hati Azwani Berbicara berkata...

haha..takyah sambung takpe...dia benti keja kan sebab bini dia ada kat sini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...