Pengikut

Ahad, 4 Mac 2012

Taman Teknologi MARDI

 

DSCN8330

Dah lama dok berkira-kira nak upload entry tapi asyik tertangguh je. Tertangguh sebab malas nak kumpulkan gambar-gambar dalam satu gambar. Nak upload satu-satu banyak plak. Jadi hari ni buat jugak la..rajinkan sikit-sikit walaupun tak semua gambar aku collage. Banyakkk oooo kalau nak collage semua. Aku jugak yang penat.

Cameron Highlands8

Ini program hari kedua di Cameron Highland. Taman Teknologi MARDI yang bertempat di Tanah Rata. Masuk RM3 je setiap orang, dewasa. Kalau datang satu bas, harga lain.

Cameron Highlands9

Mula masuk ke dalam taman ni kita akan jumpa Ladang contoh dulu. Bila masuk tu dah pekena eskrim dan strawberi coklat. Pagi-pagi plak tu. Tak boleh nak tolak keinginan nak merasa aiskrim ni. Pagi pun pagi la.

Cameron Highlands10

Sebelum keluar sempat posing dengan strawberi gergasi ni.

Cameron Highlands11

Laluan penjalan kaki yang dihiasi bunga-bungaan.

Cameron Highlands12

Ladang bunga…boleh tengok saja dan boleh beli juga. Aku memang tak beli la bukan suka pun jaga bunga. Semua tanaman dan bunga-bungaan kat disini diasingkan mengikut jenisnya atau kelompoknya. Besar sangat kawasannya.

Cameron Highlands13

Sayur-sayur memang aku teruja sungguh tengok. Memang segar bugar sayur kat sini. Pokok-pokok herba yang memang tak jumpa kat belakang umah kita pun ada kat sini..pokok parsly, rosemary dan sbgnya.

Cameron Highlands14

Buah labu gergasi..entah berapa lama dah hayat buah tu sebab siap ada orang toreh-toreh nama dia lagi kat buah tu. Teruk betullahh..

Cameron Highlands15

Aku dan bunga matahari…muka sapa lagi bulat?

Cameron Highlands16

Sedang melihat buah epal nan sebiji.

Cameron Highlands17

Layan tengok arnab bermain-main jap.

Cameron Highlands18

Lepas melawat kita masuk kedai jualan barangan IAT plak ye. Pelbagai jenis rambang mata dibuatnya. Kordial strawberi macam jenama ada…sampai tak tau nak pilih yang mana. Aiskrim malaysia tak sempat nak rasa macam baru lepas makan aiskrim kat atas tu..emmm padahal 2 jam yang lalu.

Lepas tu kami berehat kat gazebo situ sekejap sebelum beransur keluar.

3 ulasan:

rahel berkata...

Salam Azwani...besar gak buah strawberry tu...bole buat jem la..hehe..
oh ya,terima kasih dah singgah n join dapur Rahel.

Bila Hati Azwani Berbicara berkata...

sama2 :)

Mami DindaBella berkata...

hampir tak kenal tadi yang mana satu bunga matahari yang mana satu muka Azwani haha..diameter lebih kurang je..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...