Pengikut

Selasa, 24 April 2012

Koleksi Masakan Sayuran

 

Sejak tinggal sama dengan suami ni, setiap masakkan DIMESTIKAN mempunyai satu hidangan sayur. Suami penggemar sayur sejati. Kalau takde mesti dia bagi nasihat panjang berjela utk aku..”kerana sayur sangat penting dalam satu-satu hidangan, malas masak sayur pun takpe janji ada timun”. Okla..kalau ada timun tu memang masa tu aku malas sangat.

Yang ni koleksi masakan sayuran untuk minggu ni. Seperti yang aku katakan semalam.akibat kemalasan untuk update, kirannya aku jamak untuk seminggu terus dalam satu entry.

DSCN8975DSCN8972   Ini sayur bendi goreng pecah telur, makan dengan lauk Sup Tulang.

DSCN8925 DSCN8926  Yang ni plak cendawan goreng, Letak ikan bilis goreng je dalam tu.

DSCN8928 DSCN8929 Yang ni petola tumis air, letak daging sebagai rencah.

DSCN8933  Yang ni pun petola tumis air, tapi untuk hari lain tak sama sperti gambar diatas.

DSCN8938 Sayur kangkung goreng belacan.

DSCN8949 Pak Choy goreng tumis dengan sos tiram.

DSCN8950 DSCN8951 Sayur terung masak putih. Kuah santan letak bawang merah dan ikan kembung stim ditumbuk sebagai rencah.

 DSCN8953 DSCN8954

Sayur campur. Pelbagai jenis sayuran dimasukkan kat dalam ni sepeti kubis, tomato, lada benggala, lada besar, yang hijau tu lupa plak dah nama apa.

 

DSCN8960 DSCN8962 

Akhir sekali tu, kacang botol goreng. Pakai udang kering ditumbuk dengan bawang putih sebagai rencah tumis.

Nota Kaki : Setiap minggu kami akan borong pelbagai jenis sayuran hingga belasan ringgit setiap kali untuk hidangan seminggu. Sampai dah blur tak tau nak masak apa dengan sayur-sayur itu.

Isnin, 23 April 2012

Nasi Goreng Selalu

 

Koleksi sarapan utk suami tercinta..terpaksa dijadikan koleksi sebab malas nak update everyday & everytime.

DSCN8977 DSCN8978 

Ini nasi goreng untuk sarapan pagi ni. Letak lauk ayam dan goreng telur mata aje.

 

DSCN8916

Yang ni megi goreng  lagi.

DSCN8917 DSCN8918

Nasi goreng kampung, letak ikan bilis dan telur.

 

DSCN8930 DSCN8932

Nasi goreng jugak..letak daging dan telur.

DSCN8957

Nasi goreng lagi..dan lagi…yang ni letak seafood dan telur hancur.

 

DSCN8936

Spiral goreng dengan rencah daging dan telur hancur.

DSCN8958

Yang ni? Kacang Panggang gaul telur untuk dicicah dengan roti.

Kebanyakkan nasi goreng la sebab senang untuk dimasak pagi-pagi. Tak leceh kebetulan memang ada nasi lebih semalaman. Pastu aku memang penggemar telur yang sejati..setiap makanan bergoreng, aku memang wajib pecahkan telur. Uiiii WAJIB tu..

Khamis, 19 April 2012

Silap Mata


Lama tak meng'update' blog. Kemalasan yang amat. Padahal bukan tak buka internet, buka blog. Memang setiap masa buka cuma malas je nak update. Masuk baca dan intai-intai blog orang terus keluar.

Hari ni nak cerita sikit. Semalam tengahari aku gi Maybank. Lepas selesai urusan aku masuk kedai runcit jap. Tekak teringin-ingin nak makan coklat Cadbury.

Aku pun terus capai coklat cadbury satu bar. Dalam kedai tu ada sorang pelanggan lelaki. Memusing-musing dia dalam kedai tu. Masa aku belum ambik coklat, dia dah ambik dulu Kit Kat depan aku. Pastu dia pusing-pusing ke belakang dan ambik air kotak Dutch Lady dalam peti ais. Dia terus pegi bayar.

Aku pun lepas ambik cadbury pun terus gi bayar. Beratur belakang lelaki tu. Tapi pelik bin ajaibnya dia bayar air kotak je. Aikkk Kit Kat tadi dia buat silap mata letak kat mana?

Aku memang tak heran pun kalau pelanggan boleh buat silap mata kat dalam kedai tu. Jurujual pun lepak depan komputer main game, dahla kaunter tu tinggi tak nampak jurujual dan begitulah sebaliknya.

Kalau betul la, lelaki tu buat silap mata ngan kit kat tadi. Alangkah malunya, dah tahap bapak orang pun perangai camtu. Macamna nak ajar anak kalau diri sendiri camtu?

Aku plak terasa bersalah...tak bagitau jurujual..kalau betul la dia buat silap mata..adakah aku tergolong dalam orang yang bersubahat sekali sebab aku nampak tapi diam-diam je..?

Jumaat, 13 April 2012

Forever Yours a.k.a ETERMANANTETUYA


Hari ni hari jumaat?...kan???? Esok cuti la ye...

Tapi lepak kat umah seperti biasa la. Suami kerja..sabtu dan ahad..nak tak nak..

Apa nak buat..koje..koje..koje..selagi hidup selagi tu koje..

Lepakkk umah je aku..tak leh nak jejalan? Tapi kalau boleh jejalan...nak pi mana...ingat kat umah jugak. sonok dok umah ...layan talenovela...fuhhh memang layannnnnnnnnnnn la..

Forever Yours a.k.a ETERMANANTETUYA esok!!! Yeyyyy...siaran terus menerus di hari minggu selama 4 jam sabtu dan ahad.

Kisah cinta bersegi-segi..

Hensem, kacak dan cantik sekali heroinnya...cair hatiku bila tengok..



Suka tengok pompuan ni..sweet sangat..








Kan..kan..kan...hensem dan cantik,kan? 

Selasa, 10 April 2012

Kari Ikan Duri

 

DSCN8914

Entry tertunggak sebab makanannya dah abis pun. Masak ahad malam. Pertama kali beli dan masak ikan duri ni. Apalagi makan. Tak kenal pun. Masa kat pasar borong selangor pusing cari lauk-lauk yang berkenan di hati. Tetiba terpaut pada ikan yang pelik. Pelikla bagi aku sebab baru tengok. Rupa cam ikan patin siap ada sesunggut tapi warna putih ala cream.

Tanya peniaga tu ikan apa? Dia jawab ikan duri. Ohhh ni la rupanya ikan duri. Kawan-kawan kat pejabat selalu citer pasal ikan duri ni sedap masak asam pedas.

Suami  dok bisik-bisik kat telinga ni sedap ikan ikan ni. Aku jawab tak tau masak ikan ni. Dia kata goreng pun ok. Emmm ikut jela dah dia nak makan. Aku belilah sekor, nak beli banyak-banyak takutnya takleh telan. Kalau sekor selamat sikit kalau takleh makan, aku pass kat somi suh perabih semua.

Nak dijadikan cerita, takkan nak goreng je kan. Nak masak asam pedas, bahan tak cukup. Masak kari je la. Jenuh SMS otai-otai kat pejabat tanya ikan duri boleh masak kari tak. Diorang kata boleh aje. Sedap lagi!

DSCN8913

Apalagi..masak la aku kari ikan duri untuk pertama kalinya. Rempah kari import dari Kelantan..takde rempah-rempah kari mamaknya ye. Bila makan..pergghhh tak sangka sedapnya ikan duri ni. Lemak-lemak lembut je isinya. Tak sangka jugak dengan hebatnya aku masak kari ikan..chewahh perasan lebih ni.

Bila makan tu, setiap suapkan. Aku teringat-ingat macam nak sama je dengan isi ikan yang pernah aku makan, tapi ikan apa ek? Tak terjangkau di minda, malas nak pikir-pikir, makan jela. Tang kepala ikan tu..yummyyyy..

Ini plak cara aku masak kari ikan. Tak taula kan, betul tak..bantai jela masak sama cam kari ayam.

  1. Aku tumis bawang merah, bawang putih, halia dan halba campur hingga garing. Daun kari tak letak sebab takde stok.
  2. Pastu masukkan rempah kari ikan yang dibancuh dengan air dan asam jawa. Tumis sampai naik minyak.
  3. Pastu masukkan santan. Aku letak air sikit je sebab nak kuah pekat.
  4. Bila dah mendidik, aku masukkan ikan.
  5. Bila dah mendidih sekali lagi, aku masukkan tomato yang dibelah 4 dan lada besar belah dua. Aku masukkan garam. Aku masukkan juga secubit gula, memang terbiasa camtu letak gula tapi takla sampai manis. Bendi takde stok plak. Selalu aku tengok orang letak dalam kari ikan.

Isnin, 9 April 2012

Maggi/Mee Goreng

 

maggi goreng

Hari ni masak maggi goreng untuk sarapan pagi dan bekalan untuk suami. Maggi segera, atau sebenarnya MEE dari jenama EKA. Maggi kosong tanpa perencah. Masak ikut citarasa sendiri. Beli sepekat dalam RM 3.70  ada 10 keping mee segera.

  1. Tumis bawang merah, Bawang putih dan cili kering blend hingga garing.
  2. Masukkan sayur mengikut citarasaku sendiri, masukkan sos cili, sos tiram, gula secubit, garam secukup rasa dan kicap.
  3. Pecahkan telur, gaul agak-agak separuh masak dan masukkan mee segera. Masukkan tomato. Ratakan dan goreng sampai masak atau sebati bahan-bahan dan mee.

Siap dan sedia untuk di tupperwarekan untuk santapan pagi di pejabat.

Jumaat, 6 April 2012

Kek Red Velvet

 

Hujung minggu lepas aktiviti aku menghabiskan stok barangan kek sebelum rosak atau expired. Yela macam susu cair dan whipping cream tu kalau dah buka mana boleh biar lama-lama nanti rosak. Pastu shortening pun dah hampir nak expired bulan 5 nanti. Maklumlah jarang-jarang pakai shortening tu. Beli masa buat almond london raya tahun lepas.

Jadi aku buatlah Red Velvet Cake ni menggunakan buttercream..kali ni takde pakai cheesenya.

red velvet 1

Mencurahkan kekreativiti yang melampau kat atas kek menggunakan buttercream.

red velvet 3Bila buttercream tu ada lebih, sayang nak buang. Kira perabihlah semua sekali kat atas kek. Tu yang nampak sememeh sikit.

red velvet 2 

Potong dan makan tapi tak dapat menandingi kek red velvet dengan topping cheese!

Khamis, 5 April 2012

Spiral Goreng

 

spiral

Hari ni masak spiral goreng untuk sarapan dan bekal untuk suami. Buat ni senang lagi dari buat nasi goreng..hihiii sebab campak-campak je.

Spiral tu dah siap rebus semalam. Daging cincang pun dah siap pakai Ramly punya.

Tumis bawang merah, bawang putih cincang dan cili blend. Masak sampai garing pastu letak daging cincang dan air sikit. Sambil-sambil daging empuk tu aku potong dadu carrot dan campak masuk kuali.

Pastu masukkan telur 3 biji. Jangan bagi telur tu sampai masak,  terus campak spiral. Gaulkan dan masukkan sos cili dan daun bawang. Siap! Letak dalam bekas dan picitkan mayonis.

Rabu, 4 April 2012

Kecil tapi sangat bermakna

 

Aku bangun awal pagi sejak dua menjak ni. Selepas suami gi kerja sempat la melepak sambil baring-baring sebelum keluar gi kerja. Masa tu la aku pasang radio. Adalah motivasi kat radio sinar FM oleh Dato’ Dr. Fazdillah Kamsah (salah ke eja nama?) yang membuatkan aku tertarik.

Topiknya ‘Kecil tapi  bermakna’ lebih kurang camtu la tajuknya. Aku tertarik berkenaan ulasan Dato’ berkenaan perkara-perkara yang kecil bagi kita tapi sangat bermakna untuk orang lain. Contohnya setiap pagi kalau kita pergi kerja. Apa kata masa kita buat air untuk kita tu, kita buat satu jug terus untuk sama-sama kawan pejabat minum sekali. Nampak simple je, alang-alang nak buat kat kita buatlah banyak sekali. Kawan-kawan datang kerja pun seronok sebab ada minuman yang disediakan.

Satu lagi pasal duit RM50. Duit RM50 tu kecil sangat bagi sesorang yang berduit. Sekali makan pizza hut pun dah abis RM50,kan? Tapi untuk yang tak berduit tu sangat besar nilainya. Apa kata sedekahkan juga ada anak yatim atau siapa-siapa yang memerlukan. Pendapat aku pulak, nilai RM50 tu mungkin hanya contoh Dato’. Berapa pun nilainya untuk disedakahkan pun setak kisah. Ikut kemampuan kita walaupun seringgit dua. Mungkin seringgit dua tu sangat besar nilainya untuk orang lain.

Satu lagi contoh mana yang memandu ke tempat kerja, masa berhenti kerja isi minyak tu beli la chewing gum ke biskut ke untuk diberi pada jurutol masa singgah kat tol. Bagi diorang sebungkus biskut atau chewing gum. Itupun dah membuatkan mereka suka sangat. Kalau kata nak buat apa bagi kat diorang, diorang minta duit kita. Kalau nak kata macam tu, semua pun minta duit kita. Pergi mana-mana pun pakai duit. Katanya kalau nak kira macam tu, takde la kita nilai-nilai baik yang boleh kita buat.

Berubah 360 darjah

 

Minggu ni hidup aku mula berubah 360 darjah. Selama suami aku berhenti kerja sebelum lapor diri kerja hanya berubah 180 darjah aje. Cuma bangun seperti biasa 6.30 pagi sediaakan sarapan sebelum gi kerja. Aku bawa bekal sekali. Sekarang lebih suka bawa makanan dari umah walaupun hanya sekadar roti kapit cheese.

Sejak suami mula kerja, terpaksa bangun 5.00 pagi kejutkan dia dan siapkan sarapan dia. Dia akan bertolak ke sana seawal 6.00 pagi. Masuk kerja pukul 7.00 pagi dan balik pukul 6.00 petang. Rehat tengahari 2 jam setiap hari dari jam 12 hingga 2 petang. Dia kata semua staft  balik umah masing-masing sebab mereka ada menyewa bilik kat tempat berhampiran. Dia plak terpaksa melepak kat pejabat. Pastu masuk waktu zuhur gi kat masjid berhampiran untuk solat. Kemungkinan suami aku pun akan sewa bilik jugak kot untuk ‘standby’. Dia kata tak larat jugak hari-hari bangun pukul 5.00 pagi ulang-alik jauh.

Semalam kami gi hantar motor dia kat pejabat. Suami aku bawak motor dan aku follow bawak kereta. Dia kata penat nak buat kerja kalau takde motor. Nak jalan kaki round sekitar ladang yang besar tu penat dan lambat kerja.

Dan buat masa sekarang, aku gi kerja pun naik bas. Bagi jela kemudahan kereta tu kepada yang lebih memerlukan. Bukannya hak aku seorang. Setakat pejabat sekangkang kera ni aku masih mampu naik turun bas.Cuma patah kaki sikit la, tengahari takleh nak kuar makan kat luar dan waktu balik kerja takleh merayap sebelum balik umah.

Jadi umah aku tu ada 3 sesi waktu keluar dan masuk umah. Suami dan adik aku masing-masing keluar jam 6.00 pagi dan sampai umah 7.00 petang manakala adik aku akan sampai umah jam 7.30 petang sebab dia keluar kilang jam 7.00 petang. Itupun kalau adik aku kerja  shift pagi. Kalau shift malam dia kuar umah  jam 6.00 petang dan 7.45 pagi smpai umah. Aku plak pukul 7.15 pagi kuar umah sejak naik bas ni.

Jadi sekarang umah aku ni dah jadi tempat orang kuar masuk. Sekejap-sekejap bunyi orang buka grill tutup grill. Tak heran dah. Kalau dulu masa dok sorang bunyi grill kat pintu dan berdebar-debar dah padahal bunyi grill umah orang lain dan apalagi la bila orang ketuk pintu rumah lagi berdebar-debar..sapelaaa tu??

Eh…Apalah yang aku melalut panjang-panjang ni…huhu..

Isnin, 2 April 2012

First Day

 

Hari ni hari pertama suami aku memulakan kerja. Hari ni ada taklimat di cawangan kat Taman Teknologi Park, Bukit Jalil. Esok baru kat Sepang.

Dari semalam, dan sebelum sebelum ni dia selalu cakap..”tak tau la camna lagi kerja kat tempat baru ni”. Mungkin masih berdebar-debar dengan kerja baru  dan suasana baru nanti.

Semoga dipermudahkan semuanya..amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...