Pengikut

Rabu, 4 April 2012

Berubah 360 darjah

 

Minggu ni hidup aku mula berubah 360 darjah. Selama suami aku berhenti kerja sebelum lapor diri kerja hanya berubah 180 darjah aje. Cuma bangun seperti biasa 6.30 pagi sediaakan sarapan sebelum gi kerja. Aku bawa bekal sekali. Sekarang lebih suka bawa makanan dari umah walaupun hanya sekadar roti kapit cheese.

Sejak suami mula kerja, terpaksa bangun 5.00 pagi kejutkan dia dan siapkan sarapan dia. Dia akan bertolak ke sana seawal 6.00 pagi. Masuk kerja pukul 7.00 pagi dan balik pukul 6.00 petang. Rehat tengahari 2 jam setiap hari dari jam 12 hingga 2 petang. Dia kata semua staft  balik umah masing-masing sebab mereka ada menyewa bilik kat tempat berhampiran. Dia plak terpaksa melepak kat pejabat. Pastu masuk waktu zuhur gi kat masjid berhampiran untuk solat. Kemungkinan suami aku pun akan sewa bilik jugak kot untuk ‘standby’. Dia kata tak larat jugak hari-hari bangun pukul 5.00 pagi ulang-alik jauh.

Semalam kami gi hantar motor dia kat pejabat. Suami aku bawak motor dan aku follow bawak kereta. Dia kata penat nak buat kerja kalau takde motor. Nak jalan kaki round sekitar ladang yang besar tu penat dan lambat kerja.

Dan buat masa sekarang, aku gi kerja pun naik bas. Bagi jela kemudahan kereta tu kepada yang lebih memerlukan. Bukannya hak aku seorang. Setakat pejabat sekangkang kera ni aku masih mampu naik turun bas.Cuma patah kaki sikit la, tengahari takleh nak kuar makan kat luar dan waktu balik kerja takleh merayap sebelum balik umah.

Jadi umah aku tu ada 3 sesi waktu keluar dan masuk umah. Suami dan adik aku masing-masing keluar jam 6.00 pagi dan sampai umah 7.00 petang manakala adik aku akan sampai umah jam 7.30 petang sebab dia keluar kilang jam 7.00 petang. Itupun kalau adik aku kerja  shift pagi. Kalau shift malam dia kuar umah  jam 6.00 petang dan 7.45 pagi smpai umah. Aku plak pukul 7.15 pagi kuar umah sejak naik bas ni.

Jadi sekarang umah aku ni dah jadi tempat orang kuar masuk. Sekejap-sekejap bunyi orang buka grill tutup grill. Tak heran dah. Kalau dulu masa dok sorang bunyi grill kat pintu dan berdebar-debar dah padahal bunyi grill umah orang lain dan apalagi la bila orang ketuk pintu rumah lagi berdebar-debar..sapelaaa tu??

Eh…Apalah yang aku melalut panjang-panjang ni…huhu..

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...