Pengikut

Selasa, 10 April 2012

Kari Ikan Duri

 

DSCN8914

Entry tertunggak sebab makanannya dah abis pun. Masak ahad malam. Pertama kali beli dan masak ikan duri ni. Apalagi makan. Tak kenal pun. Masa kat pasar borong selangor pusing cari lauk-lauk yang berkenan di hati. Tetiba terpaut pada ikan yang pelik. Pelikla bagi aku sebab baru tengok. Rupa cam ikan patin siap ada sesunggut tapi warna putih ala cream.

Tanya peniaga tu ikan apa? Dia jawab ikan duri. Ohhh ni la rupanya ikan duri. Kawan-kawan kat pejabat selalu citer pasal ikan duri ni sedap masak asam pedas.

Suami  dok bisik-bisik kat telinga ni sedap ikan ikan ni. Aku jawab tak tau masak ikan ni. Dia kata goreng pun ok. Emmm ikut jela dah dia nak makan. Aku belilah sekor, nak beli banyak-banyak takutnya takleh telan. Kalau sekor selamat sikit kalau takleh makan, aku pass kat somi suh perabih semua.

Nak dijadikan cerita, takkan nak goreng je kan. Nak masak asam pedas, bahan tak cukup. Masak kari je la. Jenuh SMS otai-otai kat pejabat tanya ikan duri boleh masak kari tak. Diorang kata boleh aje. Sedap lagi!

DSCN8913

Apalagi..masak la aku kari ikan duri untuk pertama kalinya. Rempah kari import dari Kelantan..takde rempah-rempah kari mamaknya ye. Bila makan..pergghhh tak sangka sedapnya ikan duri ni. Lemak-lemak lembut je isinya. Tak sangka jugak dengan hebatnya aku masak kari ikan..chewahh perasan lebih ni.

Bila makan tu, setiap suapkan. Aku teringat-ingat macam nak sama je dengan isi ikan yang pernah aku makan, tapi ikan apa ek? Tak terjangkau di minda, malas nak pikir-pikir, makan jela. Tang kepala ikan tu..yummyyyy..

Ini plak cara aku masak kari ikan. Tak taula kan, betul tak..bantai jela masak sama cam kari ayam.

  1. Aku tumis bawang merah, bawang putih, halia dan halba campur hingga garing. Daun kari tak letak sebab takde stok.
  2. Pastu masukkan rempah kari ikan yang dibancuh dengan air dan asam jawa. Tumis sampai naik minyak.
  3. Pastu masukkan santan. Aku letak air sikit je sebab nak kuah pekat.
  4. Bila dah mendidik, aku masukkan ikan.
  5. Bila dah mendidih sekali lagi, aku masukkan tomato yang dibelah 4 dan lada besar belah dua. Aku masukkan garam. Aku masukkan juga secubit gula, memang terbiasa camtu letak gula tapi takla sampai manis. Bendi takde stok plak. Selalu aku tengok orang letak dalam kari ikan.

2 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

ohhh ini ikan favorito aku nih..kecik2 dulu selalu makan..mak aku selalu goreng, masak asam, masak cuke memang bestla..aku suka ikan ni sbb dia mcm adik beradik ikan mayong..

Bila Hati Azwani Berbicara berkata...

ikan mayong pun aku tak kenal;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...