Pengikut

Rabu, 4 April 2012

Kecil tapi sangat bermakna

 

Aku bangun awal pagi sejak dua menjak ni. Selepas suami gi kerja sempat la melepak sambil baring-baring sebelum keluar gi kerja. Masa tu la aku pasang radio. Adalah motivasi kat radio sinar FM oleh Dato’ Dr. Fazdillah Kamsah (salah ke eja nama?) yang membuatkan aku tertarik.

Topiknya ‘Kecil tapi  bermakna’ lebih kurang camtu la tajuknya. Aku tertarik berkenaan ulasan Dato’ berkenaan perkara-perkara yang kecil bagi kita tapi sangat bermakna untuk orang lain. Contohnya setiap pagi kalau kita pergi kerja. Apa kata masa kita buat air untuk kita tu, kita buat satu jug terus untuk sama-sama kawan pejabat minum sekali. Nampak simple je, alang-alang nak buat kat kita buatlah banyak sekali. Kawan-kawan datang kerja pun seronok sebab ada minuman yang disediakan.

Satu lagi pasal duit RM50. Duit RM50 tu kecil sangat bagi sesorang yang berduit. Sekali makan pizza hut pun dah abis RM50,kan? Tapi untuk yang tak berduit tu sangat besar nilainya. Apa kata sedekahkan juga ada anak yatim atau siapa-siapa yang memerlukan. Pendapat aku pulak, nilai RM50 tu mungkin hanya contoh Dato’. Berapa pun nilainya untuk disedakahkan pun setak kisah. Ikut kemampuan kita walaupun seringgit dua. Mungkin seringgit dua tu sangat besar nilainya untuk orang lain.

Satu lagi contoh mana yang memandu ke tempat kerja, masa berhenti kerja isi minyak tu beli la chewing gum ke biskut ke untuk diberi pada jurutol masa singgah kat tol. Bagi diorang sebungkus biskut atau chewing gum. Itupun dah membuatkan mereka suka sangat. Kalau kata nak buat apa bagi kat diorang, diorang minta duit kita. Kalau nak kata macam tu, semua pun minta duit kita. Pergi mana-mana pun pakai duit. Katanya kalau nak kira macam tu, takde la kita nilai-nilai baik yang boleh kita buat.

1 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

bagus2 kalau nak buat baik tak kira kecik besar janji niatnya baik kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...