Pengikut

Selasa, 24 April 2012

Koleksi Masakan Sayuran

 

Sejak tinggal sama dengan suami ni, setiap masakkan DIMESTIKAN mempunyai satu hidangan sayur. Suami penggemar sayur sejati. Kalau takde mesti dia bagi nasihat panjang berjela utk aku..”kerana sayur sangat penting dalam satu-satu hidangan, malas masak sayur pun takpe janji ada timun”. Okla..kalau ada timun tu memang masa tu aku malas sangat.

Yang ni koleksi masakan sayuran untuk minggu ni. Seperti yang aku katakan semalam.akibat kemalasan untuk update, kirannya aku jamak untuk seminggu terus dalam satu entry.

DSCN8975DSCN8972   Ini sayur bendi goreng pecah telur, makan dengan lauk Sup Tulang.

DSCN8925 DSCN8926  Yang ni plak cendawan goreng, Letak ikan bilis goreng je dalam tu.

DSCN8928 DSCN8929 Yang ni petola tumis air, letak daging sebagai rencah.

DSCN8933  Yang ni pun petola tumis air, tapi untuk hari lain tak sama sperti gambar diatas.

DSCN8938 Sayur kangkung goreng belacan.

DSCN8949 Pak Choy goreng tumis dengan sos tiram.

DSCN8950 DSCN8951 Sayur terung masak putih. Kuah santan letak bawang merah dan ikan kembung stim ditumbuk sebagai rencah.

 DSCN8953 DSCN8954

Sayur campur. Pelbagai jenis sayuran dimasukkan kat dalam ni sepeti kubis, tomato, lada benggala, lada besar, yang hijau tu lupa plak dah nama apa.

 

DSCN8960 DSCN8962 

Akhir sekali tu, kacang botol goreng. Pakai udang kering ditumbuk dengan bawang putih sebagai rencah tumis.

Nota Kaki : Setiap minggu kami akan borong pelbagai jenis sayuran hingga belasan ringgit setiap kali untuk hidangan seminggu. Sampai dah blur tak tau nak masak apa dengan sayur-sayur itu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...