Pengikut

Khamis, 19 April 2012

Silap Mata


Lama tak meng'update' blog. Kemalasan yang amat. Padahal bukan tak buka internet, buka blog. Memang setiap masa buka cuma malas je nak update. Masuk baca dan intai-intai blog orang terus keluar.

Hari ni nak cerita sikit. Semalam tengahari aku gi Maybank. Lepas selesai urusan aku masuk kedai runcit jap. Tekak teringin-ingin nak makan coklat Cadbury.

Aku pun terus capai coklat cadbury satu bar. Dalam kedai tu ada sorang pelanggan lelaki. Memusing-musing dia dalam kedai tu. Masa aku belum ambik coklat, dia dah ambik dulu Kit Kat depan aku. Pastu dia pusing-pusing ke belakang dan ambik air kotak Dutch Lady dalam peti ais. Dia terus pegi bayar.

Aku pun lepas ambik cadbury pun terus gi bayar. Beratur belakang lelaki tu. Tapi pelik bin ajaibnya dia bayar air kotak je. Aikkk Kit Kat tadi dia buat silap mata letak kat mana?

Aku memang tak heran pun kalau pelanggan boleh buat silap mata kat dalam kedai tu. Jurujual pun lepak depan komputer main game, dahla kaunter tu tinggi tak nampak jurujual dan begitulah sebaliknya.

Kalau betul la, lelaki tu buat silap mata ngan kit kat tadi. Alangkah malunya, dah tahap bapak orang pun perangai camtu. Macamna nak ajar anak kalau diri sendiri camtu?

Aku plak terasa bersalah...tak bagitau jurujual..kalau betul la dia buat silap mata..adakah aku tergolong dalam orang yang bersubahat sekali sebab aku nampak tapi diam-diam je..?

1 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

aku x suka kedai tu..maksud aku budak jaga kaunter tu muka kelat 24 jam tak penah senyum..boleh bankrup kedai kalau selalu mcm tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...