Pengikut

Khamis, 5 April 2012

Spiral Goreng

 

spiral

Hari ni masak spiral goreng untuk sarapan dan bekal untuk suami. Buat ni senang lagi dari buat nasi goreng..hihiii sebab campak-campak je.

Spiral tu dah siap rebus semalam. Daging cincang pun dah siap pakai Ramly punya.

Tumis bawang merah, bawang putih cincang dan cili blend. Masak sampai garing pastu letak daging cincang dan air sikit. Sambil-sambil daging empuk tu aku potong dadu carrot dan campak masuk kuali.

Pastu masukkan telur 3 biji. Jangan bagi telur tu sampai masak,  terus campak spiral. Gaulkan dan masukkan sos cili dan daun bawang. Siap! Letak dalam bekas dan picitkan mayonis.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...