Pengikut

Selasa, 29 Mei 2012

Sunyi dan rindu

Seminggu ni keluarga aku, keluarga pakcik aku serta nenek (mok) berkampung di rumah. Pagi tadi diorang dah balik. Alahai sedihnyaaaaa rasa. Terasa sangat balik umah sunyi sepi. Kalau sebelum ni ada je orang kat umah..boleh bersembang dan makan ramai-ramai. 

Lagi terasa takleh nak kacau sepupu aku yang 2 orang tu. Kecil dan comel..merajuk dan menangis..layan bersembang dengan budak kecik yang bijak dan petah berkata-kata itu yang paling terasa. Aduiii rindunyaaa...

Rasa cam nak balik kampung sekali tadi ikut budak kecik tu. Aku kat umah sekarang ni pun diorang belum sampai umah. Sempat gak ma aku tinggalkan lauk untuk makan malam ni. Jadi..relax la ek. Oh ya..sebenarnya cuti memasak sejak ma aku ada kat sini minggu lepas lagi. Bekalan untuk menantu dia gi kerja pun dia siapkan. Bangun pagi-pagi dan masak. Bini dia...(aku la) masih dibuai mimpi...haha..! Ma cakap kat abah pun dia tak layan camni..gulppp..


Ahad, 13 Mei 2012

Periuk Tekanan Noxxa

 

DSCN9063

Selain mesin Felcon yang menjadi kebanggaan aku. Satu lagi barang yang aku sayang pemberian dari suami tercinta adalah periuk tekanan Noxxa dari Amway ni. Beli dah bertahun-tahun dah tapi baru je pakai.

DSCN9065DSCN9066

Baru je sekali guna..terkial-kial jgk la aku nak menggunakannya dibantu oleh si suami. Orangnya cerewet..jadi setiap tindakan dia menggunakan periuk ni dirujuk dengan buku manual.

DSCN9067

Emmm paham sangatlah..jadi masa masak ritu tugas aku cuma memasukkan tulang aje ke dalam periuk tu. Tugas-tugas lain serahkan kepada dia.

DSCN9069DSCN9070

Periuk non-stick perlu di handle dengan berhati-hati agar salutannya tak tertanggal.

DSCN9071

Bila dah masukkan bahan utk memasak tinggalkan je lepas set timer. Siap masak nanti pandai-pandai la mengokok bagitau kita dah masak dan automatik di set ke warm macam periuk nasi tu.

DSCN9073

Hasilnya sup tulang aku siap dan boleh dimakan dalam masa 20 minit.

DSCN9072

DSCN9074

Kalau biasa tu..duduk la koooo tulang bertenggek atas dapur tu selama sejam ke dua jam. Itu belum lagi terbeli tulang lembu dah pencen/tua..lagi haruuuuuuuuu…

Ahad, 6 Mei 2012

Mesin Felcon menyenangkan hidupku..

 

Hari ni aktiviti membasuh segala mak nenek toto, hamparan dan selimut kat dalam umah Dari pagi lagi aktiviti ini dijalankan sampai sekarang belum siap lagi. Rasanya sarung2 bantal tak sempat la basuh kot. Kesian mesin basuhkan yang berkerja non stop dari pagi lagi tanpa rehat.

Sambil menjalankan aktiviti pembasuhan tersebut. Aku menyempatkan diri membuat biskut semperit. Segala tugasan mengaul dan mengadun menjadi senang dengan adanya mesin ini. Terima kasih ya mesin..kerana adamu tugasku menyediakan hidangan air tangan sendiri kepada keluarga menjadi senang..yang penting berkhasiat dan menjimatkan.

DSCN9109

Hari ni hasil adunan pertamaku menggunakan mesin serbaguna dari Falcon tersebut.

DSCN9176DSCN9181DSCN9182DSCN9183

Sebenarnya dah lama berminat dengan mesin ini hasil dari jolokan dan recommanded dari Pn. Hatijah. Jadi Pn. Hatijah cadangkan, kalau berminat boleh panggil Pn. Norma buat demo kat bahagian waktu rehat hari jumaat. Pikir punya pikir, apalah salahnya panggil ramai-ramai sekali tengok. Jadi masa mesyuarat AJK puspanita yang lepas aku telah cadangkan untuk demo ini. Nampaknya cadangan tak ditolak, Timbalan Pengerusi siap menawarkan rumah beliau lagi untuk demo tersebut.

DSCN9130DSCN9131DSCN9080

Demo tersebut telah dijalankan pada 4 Mei yang lepas. Selain demo mesin, kita dapat belajar teknik, bentuk-bentuk dan petua dalam menghasilkan roti dan pizza.

DSCN9111DSCN9128DSCN9135DSCN9136DSCN9138DSCN9142DSCN9151DSCN9155

Kami juga dihidangkan dengan makanan tengahari yang sangat sedap oleh Timbalan Pengerusi. Terima kasih. Ramai juga yang berminat dengan mesin ni, hampir separuh juga la yang beli mesin ni..

Next…

Projek Nak buat pizza dan mee kuning. Kalau ada Tepung High Protein memang dah jadi dah roti hari ni. Maklumlah dengan takyah bersusah payah menguli. Mesin ni lagi hebat dari BM sebab pelbagai fungsinya.

DSCN9115

Bagus juga mee kuning dibuat sendiri..tak perlu makan sekali dengan pengawet dan air kapur yang kadang-kadang membuatkan kita takde selera nak menelannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...