Pengikut

Ahad, 6 Mei 2012

Mesin Felcon menyenangkan hidupku..

 

Hari ni aktiviti membasuh segala mak nenek toto, hamparan dan selimut kat dalam umah Dari pagi lagi aktiviti ini dijalankan sampai sekarang belum siap lagi. Rasanya sarung2 bantal tak sempat la basuh kot. Kesian mesin basuhkan yang berkerja non stop dari pagi lagi tanpa rehat.

Sambil menjalankan aktiviti pembasuhan tersebut. Aku menyempatkan diri membuat biskut semperit. Segala tugasan mengaul dan mengadun menjadi senang dengan adanya mesin ini. Terima kasih ya mesin..kerana adamu tugasku menyediakan hidangan air tangan sendiri kepada keluarga menjadi senang..yang penting berkhasiat dan menjimatkan.

DSCN9109

Hari ni hasil adunan pertamaku menggunakan mesin serbaguna dari Falcon tersebut.

DSCN9176DSCN9181DSCN9182DSCN9183

Sebenarnya dah lama berminat dengan mesin ini hasil dari jolokan dan recommanded dari Pn. Hatijah. Jadi Pn. Hatijah cadangkan, kalau berminat boleh panggil Pn. Norma buat demo kat bahagian waktu rehat hari jumaat. Pikir punya pikir, apalah salahnya panggil ramai-ramai sekali tengok. Jadi masa mesyuarat AJK puspanita yang lepas aku telah cadangkan untuk demo ini. Nampaknya cadangan tak ditolak, Timbalan Pengerusi siap menawarkan rumah beliau lagi untuk demo tersebut.

DSCN9130DSCN9131DSCN9080

Demo tersebut telah dijalankan pada 4 Mei yang lepas. Selain demo mesin, kita dapat belajar teknik, bentuk-bentuk dan petua dalam menghasilkan roti dan pizza.

DSCN9111DSCN9128DSCN9135DSCN9136DSCN9138DSCN9142DSCN9151DSCN9155

Kami juga dihidangkan dengan makanan tengahari yang sangat sedap oleh Timbalan Pengerusi. Terima kasih. Ramai juga yang berminat dengan mesin ni, hampir separuh juga la yang beli mesin ni..

Next…

Projek Nak buat pizza dan mee kuning. Kalau ada Tepung High Protein memang dah jadi dah roti hari ni. Maklumlah dengan takyah bersusah payah menguli. Mesin ni lagi hebat dari BM sebab pelbagai fungsinya.

DSCN9115

Bagus juga mee kuning dibuat sendiri..tak perlu makan sekali dengan pengawet dan air kapur yang kadang-kadang membuatkan kita takde selera nak menelannya.

2 ulasan:

Adora Abu Hasan berkata...

Macam menarik jer. Berapa harganyer?

arizal juhaida abd razak berkata...

Berapa harga machine ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...