Pengikut

Selasa, 29 Mei 2012

Sunyi dan rindu

Seminggu ni keluarga aku, keluarga pakcik aku serta nenek (mok) berkampung di rumah. Pagi tadi diorang dah balik. Alahai sedihnyaaaaa rasa. Terasa sangat balik umah sunyi sepi. Kalau sebelum ni ada je orang kat umah..boleh bersembang dan makan ramai-ramai. 

Lagi terasa takleh nak kacau sepupu aku yang 2 orang tu. Kecil dan comel..merajuk dan menangis..layan bersembang dengan budak kecik yang bijak dan petah berkata-kata itu yang paling terasa. Aduiii rindunyaaa...

Rasa cam nak balik kampung sekali tadi ikut budak kecik tu. Aku kat umah sekarang ni pun diorang belum sampai umah. Sempat gak ma aku tinggalkan lauk untuk makan malam ni. Jadi..relax la ek. Oh ya..sebenarnya cuti memasak sejak ma aku ada kat sini minggu lepas lagi. Bekalan untuk menantu dia gi kerja pun dia siapkan. Bangun pagi-pagi dan masak. Bini dia...(aku la) masih dibuai mimpi...haha..! Ma cakap kat abah pun dia tak layan camni..gulppp..


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...