Pengikut

Rabu, 27 Jun 2012

Kek Coklat Tiramisu

 

 

DSCN9495

Cerita lama tapi baru buat entry. Kuih kat atas tu adalah tiramisu.

DSCN9497

Nampak comot,kan? Tapi percayalah rasanya sedap. Biasalah amatur.

DSCN9499

Susun kek pun tak sama.

Bahan;

1 biji kek span coklat belah 3 bahagian (nak guna ladyfinger/kek span vanilla/kek span kopi pun boleh).

Krim ;

1 ketul cream cheese

1/2 cawan susu pekat

1 kotak whipping cream (200ml)

Sirap kopi

1 sudu besar nescafe + gula +  1 cawan air panas + esen vanila – bancuh

 

Cara nak buat ;

  • Pukul whipping cream hingga kental. Ketepikan – masuk dalam peti sejuk.
  • Pukul cream cheese dan susu pekat hingga kembang.
  • Campurkan adunan keju dengan whipping cream.
  • Letak 1 lapisan kek ke dalam loyang. Curahkan sirap kopi atas kek hingga basah.
  • Lapis adunan keju.
  • Lapis satu lagi kek span. Tabur adunan keju…dan buat sampai lapisan atas.
  • Curah lebihan cheese dan tabur dengan serbuk koko. Tabur pakai penapis teh.
  • Sejukkan 4-5 jam sebelum makan. Nak sedap simpan semalaman Winking smile

 

DSCN9500

Resepi ini tidak menggunakan gelatin. kalau menggunakan loyang atau bekas besar Jadi jangan harap struktur kek tiramisu anda terbentuk cantik bila dipotong.

DSCN9501

Tips : Guna mangkuk atau gelas utk seorang makan. Sudukan bila nak makan.

Isnin, 25 Jun 2012

Ungkep Hati Lembu

 

DSCN9601

 

Ok..hari ni aku mencuba resepi baru. Takdela baru tapi baru bagi aku yang baru mencuba resepi ini. Sanggup ok menyusakan CC khadijah kat ofis tu kirim beli hati lembu.

Padahal ada je ayam kat rumah. Tapi selalu makan ayam pun bosan gak. Kira tukar selera la tu guna Hati Lembu. Resepi ni boleh juga pakai daging atau paru.

Kata dari sumber yang boleh dipercayai masakan ni adalah masakan golongan Jawa. Suamiku orang jawa tapi tak pernah plak makan lauk ni. Mungkin jawa negeri lain kot.

Resepi asal dari Majalah Saji Bulan Julai 2012.

 

DSCN9599

Bahan-bahan;

1/2 kg hati lembu – hiris nipis

3 keping lengkuas – yang telah dihiris halus

3 batang serai – aku pakai 2 batang

3 helai daun limau purut – tak letak pun

*20 tangkai cili padi – pakai dalam 12 biji je

*3  cm kunyit hidup

*5 ulas bawang putih – pakai 2 ulas je

*3cm halia

*2 labu bawang besar

*1 sudu besar ketumbar biji – aku tambah juga ketumbar serbuk

* 1 sudu jintan manis

Gula Garam

1/2 cawan air asam jawa cair

1 ketul kiub lembu – aku tak letak

Cara-cara;

  1. Bahan bertanda * dikisar. Aku kisar kering je pakai mesin ‘chopper’ sebab malas nak tumis lama.
  2. Pastu tumis bahan kisar hingga naik minyak. Kemudian masukkan serai yang diketuk, lengkuas dan daun limau purut.
  3. Masukkan hati lembu yang dicuci bersih. Tutup periuk hingga hati empuk. Tak empuk lagi boleh tambah air sikit.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam.
  5. Masak hingga kering. Kalau nak makan berkuah tak payah masak sampai kuah kering.

 

DSCN9600

Sedap makan dengan nasi panas-panas. Takde lauk lain pun dah ok.

Ahad, 24 Jun 2012

Strawberi Nenas Trifle Yogurt

 

April Mei Jun

Asal dari trifle jugak. Tapi memandangkan ada yang tak cukup bahan. Aku ubat sikit la. Ada lebih sebiji kek span coklat dan ada setin nanas gelang dalam tin. J

 

DSCN9502

Jadi kalau selalu kita makan triffle yang manis. Aku ubahkan jadi triffle manis manis masam. Apa nak kata ikut citarasa mulut masing-masing la.

DSCN9503

Kat atas lapisan tu aku ganti yogurt. Tak letak agar-agar.

DSCN9504

Lapisan Bawah.

Kek Span coklat dipotong potong kecil. Saiz, ikut suka la. Kemudian curahkan air nenas dalam tin.

DSCN9505

Lapisan Kedua ; Kastard.

Masukkan susu cair 1 tin, 1 tin air kosong, 3 sudu besar penuh serbuk kastad (bancuh dengan air  1 tin tu dulu), 1/2 cawan (ikut selera manis masing-masing la ye), 1 sudu kecil esen vanilla.

Bancuh atas api sampai likat. Curahkan atas lapisan kek span coklat. Sejukkan.

DSCN9506

Lapisan Ketiga.

Satu bekas atau dua bekas yogurt. Terpulang nak plain atau yang berperisa.

Curah atas lapisan kartard.

Tabur hirisan nenas dan stawberi. Sejukkan sebelum dimakan. Akan rasa manis-manis masam bila dimakan.

 

Tips : Masukkan dalam bekas kecil atas cawan utk hidangan seorang makan. Lapisan kastad likat ye walaupun disejukkan. Kalau pakai bekas besar, bila disendukkan akan bercampur ketiga-tiga adunan.

Sabtu, 23 Jun 2012

Cherating, Pahang, Malaysia

Baru nak buat entry masa mesyuarat bahagian kat Cherating, Pahang yang lepas. Tapi lupa tarikhnya..hujung bulan 4 atau bulan  5 kot.Oh i’m forgot already.

Tapi taknak la masukkan gambar masa mesyuarat tu boleh? Nak upload gambar gambar masa berjimba-jimba di waktu senggang. Jadual padat sampai petang jadi kita keluar lepas isyak sampai lewat malam..pukul 12-2 pagi pun ada.

DSCN8984DSCN8985

 

Apabila sampai di Cherating. Maafla aku ni memori dah hilang kot. Resort mana pun dah lupa..huhu. Lepas check in dan tengok bilik yang akan diadakan mesyuarat. Kami pun jalan-jalan di tepi pantai sementara tunggu untuk makan malam.

 

DSCN8991DSCN8994

Waktu malam takde apa nak buat kami keluar minum. Tapi tak tau nak menghala ke mana. Lepas pusing punya pusing sampai ke kemaman patah balik ke Cherating.

 

DSCN8997DSCN8998

Akhirnya makan roti canai jugak berhampiran dengan resort. Bukan restoren tapi food court stesyen bus.

 

DSCN8999

 

Aku tak makan roti canai tapi order Nasi AIr iaitu bubur nasi pantai timur. Oleh kerana aku memang tak sedap perut malam tu akibat gastrik. Aku order teh halia. Noted ; 2 kali aku muntah hokkay. Petang masa on d way ke Cherating, aku telah makan kerepek ubi kayu. Oklah aku memang alah dengan benda tu. Balik resort, aku minum ubat kapur gastrik kak ila.

DSCN9017

Oklah ini program malam kedua. Keluar ke Kuantan. Kerana menunggu orang habis mesyuarat hampir pukul 10.00 malam. Jadi keluar pun lewat la. Apa lagi yang ada,kan kat Kuantan..jadi kitorang gi Karaoke jela.

 

DSCN9022DSCN9026

Pilih lagu..

DSCN9028

Menyanyi sepuas hati legakan tekanan. Tertekan la sangat.

 

DSCN9040DSCN9041DSCN9042

Hari ketiga, hari terakhir. Lepas tengahari dan check out kami singgah membeli keropok di  Kemaman.

 

DSCN9043DSCN9044DSCN9046

Tidak lupa juga membeli satar terengganu. Ok, aku rasa satar terengganu dan satar kelantan lain sikit.

 

DSCN9048DSCN9049

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Oh En. Zaki….! Selamat Pengantin Baru. Hari ni majlis kenduri kat rumah beliau. Ok..tak dapat hadir..sorry..

 

 

DSCN9051DSCN9052DSCN9053DSCN9056DSCN9057DSCN9059

Oklah lepas membeli kami singgah di gerai plak. Minum air kelapa, makan satar dan keropok lekor sambil.

Lepas tu berpecah, sebuah kereta terus balik. Kami bertiga opss berempat termasuk pemandu terus ke Pantai Cherating untuk membeli buah tangan dalam kurungan T-Shirt sebagai kenang-kenangan.

Rindu Di Awan Biru

Gambar : Laman Web Alaf21

Khatam sattu novel lagi. Jalan cerita novel Rindu Di Awan Biru karya Meen Zulaikha  best sangat. Selagi tak abis baca selagi tu teringat-ingat. Aku cuma tak puas hati sebab penceritaan dalam ni longgar sangat.  Tak dihuraikan dengan lengkap dalam satu-satu situasi (tak semua).

Kisah mengeni Hanan yang tidak percaya kepada lelaki dan serik utk bercinta dan berkahwin akibat pengalaman ibunya yang ditinggalkan oleh ayahnya kerana berkahwin lain. Dalam taknak berkahwin tu akhirnya ternikah secara ringkas juga dengan Akmal yang seorang pilot di sebuah masjid di Instanbul. Puas hidup-hidup Hanna ditipu. Huhuu..bawa ke rumah bakal mak mertua, bukannya mak Akmal yang betul. Yela orang dah ada isteri, bawa ke rumah mak betul kan naya pulak.

Balik ke Malaysian. Lepas nikah nak buat kenduri, datang rombongan berbincang ketika Hanan ke luar negara. Entah sapela yang Akmal bawa utk datang berbincang dengan ibu Hanan. Nak buat kecil-kecil je kenduri memangkan rombongan Akmal cuma dua kereta je.Maklumla kaaaaaan...

Dalam novel ni banyak watak yang 'mati'. Maksudnya waktu yang hilang bila hampir di penghujung cerita. Kalau ulas lebih lagi mesti best macam mana ayah Hanan dengan keluarga barunya.

Ok mungkin itu tak penting sangat sebab cuma watak sampingan je. Cuma paling tak puas hati Akmal hilang camtu je sampai tamat tanpa diceritakan. Ermmm aku nak tau juga apa jadi Akmal selepas  menceraikan Hanan dengan talak tiga. Bukan ke Akmal tu watak utama (hero) dalam novel ni. 

Tapi bila lepas diceraikan hilang terus watak tu...emmm tak puas la. Nak tau juga perassan dia, isteri pertama dia macamna. Takkan takde marah-marah sikit pun sebab isteri pertama dia punya fitnah dan rancangan la Hanan isteri kedua diceraikan dengan talak tiga.

Ermmm ok la juga sebab banyak info-info tempat percutian yang menarik. Walaupun cuma baca aja tapi rasa diri sama-sama menjelajah ke negara tersebut.

Khamis, 21 Jun 2012

Menghitung hari.


Owh...bosannya hari ini.

Lepak..ngantuk..kenyang...belum pun makan tengahari lagi. Habiskan Tosei pagi tadi punya. AKu bayang nak makan capati tapi order tosei. Nak cancel takleh dah sebab dah atas kuali.

Masam? erkk masammmmmmm...aku ni bukan tahan makan makanan masam. Akhirnya aku makan tosei cicah kaya. 

Oklah sekarang tengah menghitung hari. 8 days to go to HO CHI MINH CITY, VIETNAM.

Masa sekarang ni dah tengah sibuk search maklumat, tips utk shopping dan servey 'apa barang' kat sana.

Oklah takde kirim-kirim ye. Harap maklum..wahaaaaaaaaa..

Rabu, 20 Jun 2012

Gulai Ikan, Kerabu Jantung Pisang dan Sagu Gula Melaka

 

Baru nak update entry ni walhal menu ni dah berhari-hari belalu. Hidangan ni hidangan waktu berbuka hari minggu yang lalu. Walaupun puasa, tetap masak sendiri walaupun yang simple saja.

Gulai Ikan Selayang/Sardin

.

DSCN9539

  • Ikan – rebus dengan air sikit hingga kering dengan garam dan asam keping
  • Santan – perah. Perghhh memang menguji kesabaran betul sebab beli kelapa parut. Frust beli santan siap parut sebab banyak air dari santan. Sakit tanganku dok memerah kelapa.
  • Kunyit hidup, Bawang merah, 1/2 inci lengkuas, cili padi ikut kepedasan  – ditumbuk. Aku blend kering je memandangkan aku baru beli chopper Cornell. Memang memudahkan kerjaku.
  • Timun – Potong menyerong.

DSCN9540

Aku humban semua bahan-bahan kat atas tu kecuali ikan rebus dan timun. Renih dulu bahan-bahan tu sampai mendidih. Masukkan ikan dan asam keping (asam keping ambik yang guna masa rebus ikan).

Biarkan mendidih sekali lagi. Masukkan timun dan tutup api. Biar je timun tu masak sendiri dalam kuah panas. Oh ya! Jangan lupa masukkan garam dan sedikit gula. Takde aji-aji ye. Gula tu la yang pelengkap rasa.

 

Kerabu Jantung Pisang.

DSCN9541

Hidangan kat atas tu pula Kerabu Jantung Pisang. Seumur hidup tak pernah lagi buat makanan ni. Tapi hati dan perasaan sangat-sangat teringin utk cuba membuatnya. Jadi beli la dua jantung pisang kat pasar malam dengan harga RM1. Murah kot..entahl aku tak pasti sebab tak pernah beli. Dapatla yang besar satu, kecik satu.

Resepi? Hooohooo apa lagi minta la dengan bonda kita pakar masak memasak kat kampung tu. Lalu bergayutla minta resepi melalui telefon. Ermm tak susah tapi leceh sikit kot sebab banyak step. Aku ni suka gedebushhhh campak sekali harung je. Nak makan punya pasal kita buatlah jugak. Selera orang tengah berpuasa plak tu, macam-macam la hinginnya.

  • Jantung pisang tu dibuang bahagian kulit luarnya. Dihiris halus dan direbus. Bila siap rebus. Perah airnya.
  • Kelapa parut – goreng tanpa minyak dan tumbuk. Aku? Aku blend kering je.
  • Bawang merah + Ikan Rebus (ambik ikan yang direbus utk resepi kat atas tu. Lagi banyak ikan lagi sedap hokkayyyy.) – Tumbuk
  • Sedikit pati santan
  • Cili padi dan bawang merah hiris halus.
  • Garam dan gula. Sedikit air limau nipis (memandangkan aku takde air limau nipis. AKu pakai tomato dicincang halus)

DSCN9542

Aku gaul semua bahan-bahan kat atas tu. Letak garam secukup rasa dan sedikit gula.

 

DSCN9543

Goreng ikan masin sekali.

 

Sagu Gula Melaka.

DSCN9545

Untuk dessert atau pencuci mulut aku buat Sagu Gula Melaka. Kuih ni senang je nak buatnya sebab tu aku buat.

  • Aku rebus sagu, dah masak hingga hilang mata dan toskan air. Masukkan dalam loyang/bekas bagi sejuk. Aku pakai sagu yang memang dah warna hijau.
  • Gula Melaka masak dengan sedikit air daun pandan. Jangan buat cair sangat. Ada orang campur gula tapi aku cuma pakai gula melaka aje.
  • Santan – Santan kotak aku masak, masukkan sedikit air sebab santan kotak sangat pekat. Letak sedikit garam.

DSCN9547

Bila nak makan campur semua sekali. Ermmm nyamannya makan sekiranya baru dikeluarkan dari peti sejuk.

Isnin, 18 Jun 2012

Happy Birthday to youuuuuuu…!

 

Ini kisah lama..kisah bertarikh 12 Jun lepas. Lambat sikit masukkan blog sebab hari tu kan blog hilang utk kali kedua. Penasaran kejap aku..sampai dah taknak buat lagi dah. Geram!

Pastu aku jalan-jalan kat google. Terjawab soalan dari google dan tanpa disedari ia mengembalikan semula blog kesayangan aku ni.

Bila dah dapat yang ni..rasa nak cuba dapatkan yang lama dulu. Blog yang pertama. Tapi tak dapatlaaaa.. huhuuu

Ok kembali kepada kisah 12 Jun 2012. Aku telah buat suprise sempena besday suami aku yang ke 31. Malam tu, aku beriya-iya pegi cari whipping creme malam-malam sampai ke Giant Bangi oleh sebab dah lewat.

Kebanyakkan kedai dah hampir nak tutup. Ohhh tak la aku memandu sendiri, Suami jugak yang drive. Dia kata takyah la buat-buat kek. Ohya sebab dia berkata begitu, bila aku ajak keluar beli whipping cream kerana bahan yang aku  pukul tu tak jadi akibat salah teknik.

Dia dah tido pun aku dok kat dapur lagi siapkan kek ni. Mujurlah kek senang je..godak2..simpan dalam freeze. Rasa macam esok tak mau gi keja je sebab nak kena masak nasi arab hadramaut plak. Plan kena siapkan semua tu sebelum suami balik. Nak buat kejutan.

Tapi kejutan bendanya sebab bukan boleh makan pun sebab aku puasa hari tu. Cuma aku suprisekan kek jela..itupun takut terkantoi bila dia buka peti ais. Pastu simpan balik kek tu dalam freeze. Tunggu buka puasa ye kita potong kek dan makan sama-sama.

DSCN9519

Oreo Strawberry Cheese Cake..chill….

 

Besday Mr Hubby

Agak sememeh sikit kek sebab tak dilayurkan dengan pisau panas. Strawberry pun dah tinggal bebapa ketul je yang elok. Yang lain tak dapat diselamatkan kerana beli stok awal sangat.

DSCN9520

Nasi Arab Hadramaut. Pertama kali menghasilkan nasi ni. Memang agak kelam kabut sikit. Buat sikit rujuk resepi. Buat ni rujuk resepi.

DSCN9523

Besday Boy (boyyyyy ke??? haha) melarang keras gambarnya disiarkan di internet. Oklah kita letak gambar tengah potong kek tanpa badan je la ek…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...