Pengikut

Rabu, 20 Jun 2012

Gulai Ikan, Kerabu Jantung Pisang dan Sagu Gula Melaka

 

Baru nak update entry ni walhal menu ni dah berhari-hari belalu. Hidangan ni hidangan waktu berbuka hari minggu yang lalu. Walaupun puasa, tetap masak sendiri walaupun yang simple saja.

Gulai Ikan Selayang/Sardin

.

DSCN9539

  • Ikan – rebus dengan air sikit hingga kering dengan garam dan asam keping
  • Santan – perah. Perghhh memang menguji kesabaran betul sebab beli kelapa parut. Frust beli santan siap parut sebab banyak air dari santan. Sakit tanganku dok memerah kelapa.
  • Kunyit hidup, Bawang merah, 1/2 inci lengkuas, cili padi ikut kepedasan  – ditumbuk. Aku blend kering je memandangkan aku baru beli chopper Cornell. Memang memudahkan kerjaku.
  • Timun – Potong menyerong.

DSCN9540

Aku humban semua bahan-bahan kat atas tu kecuali ikan rebus dan timun. Renih dulu bahan-bahan tu sampai mendidih. Masukkan ikan dan asam keping (asam keping ambik yang guna masa rebus ikan).

Biarkan mendidih sekali lagi. Masukkan timun dan tutup api. Biar je timun tu masak sendiri dalam kuah panas. Oh ya! Jangan lupa masukkan garam dan sedikit gula. Takde aji-aji ye. Gula tu la yang pelengkap rasa.

 

Kerabu Jantung Pisang.

DSCN9541

Hidangan kat atas tu pula Kerabu Jantung Pisang. Seumur hidup tak pernah lagi buat makanan ni. Tapi hati dan perasaan sangat-sangat teringin utk cuba membuatnya. Jadi beli la dua jantung pisang kat pasar malam dengan harga RM1. Murah kot..entahl aku tak pasti sebab tak pernah beli. Dapatla yang besar satu, kecik satu.

Resepi? Hooohooo apa lagi minta la dengan bonda kita pakar masak memasak kat kampung tu. Lalu bergayutla minta resepi melalui telefon. Ermm tak susah tapi leceh sikit kot sebab banyak step. Aku ni suka gedebushhhh campak sekali harung je. Nak makan punya pasal kita buatlah jugak. Selera orang tengah berpuasa plak tu, macam-macam la hinginnya.

  • Jantung pisang tu dibuang bahagian kulit luarnya. Dihiris halus dan direbus. Bila siap rebus. Perah airnya.
  • Kelapa parut – goreng tanpa minyak dan tumbuk. Aku? Aku blend kering je.
  • Bawang merah + Ikan Rebus (ambik ikan yang direbus utk resepi kat atas tu. Lagi banyak ikan lagi sedap hokkayyyy.) – Tumbuk
  • Sedikit pati santan
  • Cili padi dan bawang merah hiris halus.
  • Garam dan gula. Sedikit air limau nipis (memandangkan aku takde air limau nipis. AKu pakai tomato dicincang halus)

DSCN9542

Aku gaul semua bahan-bahan kat atas tu. Letak garam secukup rasa dan sedikit gula.

 

DSCN9543

Goreng ikan masin sekali.

 

Sagu Gula Melaka.

DSCN9545

Untuk dessert atau pencuci mulut aku buat Sagu Gula Melaka. Kuih ni senang je nak buatnya sebab tu aku buat.

  • Aku rebus sagu, dah masak hingga hilang mata dan toskan air. Masukkan dalam loyang/bekas bagi sejuk. Aku pakai sagu yang memang dah warna hijau.
  • Gula Melaka masak dengan sedikit air daun pandan. Jangan buat cair sangat. Ada orang campur gula tapi aku cuma pakai gula melaka aje.
  • Santan – Santan kotak aku masak, masukkan sedikit air sebab santan kotak sangat pekat. Letak sedikit garam.

DSCN9547

Bila nak makan campur semua sekali. Ermmm nyamannya makan sekiranya baru dikeluarkan dari peti sejuk.

1 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

hai sama pulak kita aku pun baru je buat sagu gula melaka..best kan makan sejuk2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...