Pengikut

Sabtu, 2 Jun 2012

Gulai Ikan Talang Oiii

Hari ni suami aku puasa. Dia puasa ganti sehari untuk tahun lepas masa diserang demam. Aku kalau ikutkan nak join sekali tapi keadaan tuttt yang tidak mengizinkan. Risau gak ni memandangkan belum lagi ganti puasa tahun lepas nasib baik tak banyak. Dup dap dup dap rasa...harap2 minggu depan dapat settlekan semua sebelu m ke Vietnam.

Semalam ada makan-makan sikit kat pejabat. BUkannya sempena atau ada apa-apa pun tapi biasalah sekadar berpotluck di pejabat. Adalah satu hidangan tu buat aku termimpi-mimpi sampai ke hari ni. Gulai Lemak Ikan Talang Masin denan nanas buatan ataupun air tangan Kak Jah. Sedap bangatttttt.. ! Semalam lauk tu aku makan ngan telur dadar pun dah bertambah-tambah.

Jadinya tadi gi beli barang dapur kat Econsave Bangi. Nampak ada ikan talang. Tanpa fikir panjang terus capai. Niat ni hati nak masak Gulai Lemak Ikan Talang dengan Timun untuk berbuka petang ni. Tapi stail/bahan-bahan tu cara masakan negeri aku la ye. Tak reti dah masakan lain.Nak tanya atau google sebenarnya boleh tapi apa kata untuk hari ni masak macam tu je. Hahaa..sedap jugak..

Tapi apa la hai aku gi masukkan garam macam masak gulai ikan biasa tu. Masin la ooiii dahla ikan tu dah masin..sob..sob..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...