Pengikut

Isnin, 18 Jun 2012

Happy Birthday to youuuuuuu…!

 

Ini kisah lama..kisah bertarikh 12 Jun lepas. Lambat sikit masukkan blog sebab hari tu kan blog hilang utk kali kedua. Penasaran kejap aku..sampai dah taknak buat lagi dah. Geram!

Pastu aku jalan-jalan kat google. Terjawab soalan dari google dan tanpa disedari ia mengembalikan semula blog kesayangan aku ni.

Bila dah dapat yang ni..rasa nak cuba dapatkan yang lama dulu. Blog yang pertama. Tapi tak dapatlaaaa.. huhuuu

Ok kembali kepada kisah 12 Jun 2012. Aku telah buat suprise sempena besday suami aku yang ke 31. Malam tu, aku beriya-iya pegi cari whipping creme malam-malam sampai ke Giant Bangi oleh sebab dah lewat.

Kebanyakkan kedai dah hampir nak tutup. Ohhh tak la aku memandu sendiri, Suami jugak yang drive. Dia kata takyah la buat-buat kek. Ohya sebab dia berkata begitu, bila aku ajak keluar beli whipping cream kerana bahan yang aku  pukul tu tak jadi akibat salah teknik.

Dia dah tido pun aku dok kat dapur lagi siapkan kek ni. Mujurlah kek senang je..godak2..simpan dalam freeze. Rasa macam esok tak mau gi keja je sebab nak kena masak nasi arab hadramaut plak. Plan kena siapkan semua tu sebelum suami balik. Nak buat kejutan.

Tapi kejutan bendanya sebab bukan boleh makan pun sebab aku puasa hari tu. Cuma aku suprisekan kek jela..itupun takut terkantoi bila dia buka peti ais. Pastu simpan balik kek tu dalam freeze. Tunggu buka puasa ye kita potong kek dan makan sama-sama.

DSCN9519

Oreo Strawberry Cheese Cake..chill….

 

Besday Mr Hubby

Agak sememeh sikit kek sebab tak dilayurkan dengan pisau panas. Strawberry pun dah tinggal bebapa ketul je yang elok. Yang lain tak dapat diselamatkan kerana beli stok awal sangat.

DSCN9520

Nasi Arab Hadramaut. Pertama kali menghasilkan nasi ni. Memang agak kelam kabut sikit. Buat sikit rujuk resepi. Buat ni rujuk resepi.

DSCN9523

Besday Boy (boyyyyy ke??? haha) melarang keras gambarnya disiarkan di internet. Oklah kita letak gambar tengah potong kek tanpa badan je la ek…

1 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

dahsat gilerrr lah nasik hadramaut tuuu...mesti besday boy suka bangattt..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...