Pengikut

Rabu, 27 Jun 2012

Kek Coklat Tiramisu

 

 

DSCN9495

Cerita lama tapi baru buat entry. Kuih kat atas tu adalah tiramisu.

DSCN9497

Nampak comot,kan? Tapi percayalah rasanya sedap. Biasalah amatur.

DSCN9499

Susun kek pun tak sama.

Bahan;

1 biji kek span coklat belah 3 bahagian (nak guna ladyfinger/kek span vanilla/kek span kopi pun boleh).

Krim ;

1 ketul cream cheese

1/2 cawan susu pekat

1 kotak whipping cream (200ml)

Sirap kopi

1 sudu besar nescafe + gula +  1 cawan air panas + esen vanila – bancuh

 

Cara nak buat ;

  • Pukul whipping cream hingga kental. Ketepikan – masuk dalam peti sejuk.
  • Pukul cream cheese dan susu pekat hingga kembang.
  • Campurkan adunan keju dengan whipping cream.
  • Letak 1 lapisan kek ke dalam loyang. Curahkan sirap kopi atas kek hingga basah.
  • Lapis adunan keju.
  • Lapis satu lagi kek span. Tabur adunan keju…dan buat sampai lapisan atas.
  • Curah lebihan cheese dan tabur dengan serbuk koko. Tabur pakai penapis teh.
  • Sejukkan 4-5 jam sebelum makan. Nak sedap simpan semalaman Winking smile

 

DSCN9500

Resepi ini tidak menggunakan gelatin. kalau menggunakan loyang atau bekas besar Jadi jangan harap struktur kek tiramisu anda terbentuk cantik bila dipotong.

DSCN9501

Tips : Guna mangkuk atau gelas utk seorang makan. Sudukan bila nak makan.

2 ulasan:

rahel berkata...

Salam..nampak sedap sangat kek coklat tiramisu ni...

Bila Hati Azwani Berbicara berkata...

tq..tapi comot..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...