Pengikut

Sabtu, 16 Jun 2012

Puasa ganti…huuhu

 

Hari ni ganti puasa lagi. Ganti puasa di hari cuti rasanya relax sikit. Dugaan utk tergoda tengok makanan dan orang makan kurang kecuali la masa baca blog orang pasal makanan dan resepi. Itu takpe lagi dari hidup-hidup ada depan mata.

Pagi tadi bangun dan azan subuh. Tak sahur pun tapi memang dah niat semalam nak puasa hari ni. Bangun tak bangun sahur tu belakang kira yang penting aku dapat merealisasikan impian utk berpuasa hari ni sementara belum datangnya ramadan..huhu..masa dah nak puasa balik la ni sibuk dok mengganti. Awal2 tak nak ganti..!

Ok sambung lagi..bangun dah azan subuh..memang tak sempat la nak sahur. AKu cuma bergegas ke dapur untuk menyediakan sarapan dan bekal utk suami tercinta. Puasa tak puasa aku kena jalankan tanggungjawab aku menyediakan hidangan utk suami segar dari dapur..wohoooo..masa rajin la..masa malas tak jugak. Tapi memang ada part yang malasnya..takkan nak citer sini kot..hah..oklaaa…aku mmng tak suka lipat kain baju..!! Teng…teng..teng…! Tapi buat jgk la sikit-sikit..perlahan-lahan..kalau tak makin menimbun la dalam bakul.

Ok melarat lagi..suami aku tak tau aku posa rini. Lepas solat subur aku layan internet dalam kul 9.00 pagi tu mata dah kembali berat..perut dah berkeroncong. Sedar tak sedar aku tertidur. Celik-celik mata dah pukul 2.00 ptg. Aku budget dalam kul 12.00 tengahari tapi tak sangka selama tu aku tidur. OH rancangan kegemaran Eternamentetuya tengah keudara sekarang.

Petang ni aku masak sup tulang, telur dadar dan sayur kangkung goreng belacan. Merembes air liur tak sabar nak makan..cepatla waktu berbuka.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...